10 malam terakhir Ramadhan 2018

colloqium-menghafaz-al-Quran-malaya-Journal

Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarga Baginda serta para sahabat Baginda selepasnya.

Memandangkan 10 malam terakhir ramadhan 2018 bakal tiba, Admin akan kumpulkan segala amalan yang korang semua dan Admin boleh amalkan  sebagai amalan kita sepanjang 10 malam terakhir ramadhan 2018 ini.  Semoga dengan amalan ini, kita semua akan mendapat malam yang diidamkan oleh semua umat Nabi Muhammad SAW. Insya Allah.

Namun begitu, saya berharap kita tidak lupa akan peluang yang diberikan oleh Allah SWT sekali lagi pada 10 malam terakhir ramadhan 2018, untuk kita menghidupkan sepuluh malam terakhir ini. Janganlah kita tenggelam dalam keghairahan menyambut bulan Syawal kerana kita mungkin akan terlepas malam yang lebih baik daripada seribu bulan iaitu malam Lailatul-Qadar.

Pesanan ini juga diri saya dan anda semua supaya kurangkan ber”shopping” raya sakan pada 10 malam terakhir ramadhan 2018 kerana 10 malam ini sepatutnya kita semakin kita kuat beribadah bukan sebaliknya.

Pertama sekali, sebelum Admin share amalan-amalan di 10 malam terakhir ramadhan 2018. Admin nak share kelebihan-kelebihan beribadah jika kita mendapatkan malam lailatul qadar pada 10 malam terakhir ramadhan 2018 ini. Antaranya adalah:

“Sesiapa yang melakukan qiam (solat malam) pada malam al-Qadar kerana iman dan mengharapkan (pahala) nescaya dosanya yang lalu diampuni.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan hadith di atas, ganjaran besar sudah dijanjikan kepada umat Islam yang menghayati amal ibadahnya pada 10 malam terakhir ramadhan 2018. Jadi, saya menyeru kepada diri saya dan anda semua agar kita mengejar bersungguh-sungguh dalam mencari malam lailatul qadar sebagaimana kita bersungguh-sungguh mencari rezeki di atas muka bumi ini.

 

Amalan 10 malam terakhir ramadhan 2018 menurut Imam Makkah.

Imam Makkah telah memberi nasihat yg sungguh praktikal untuk kita semua. Beliau mengatakan, untuk 10 malam terakhir ramadhan 2018 ini:

1. Sedekahlah walau RM1 setiap malam. Jika ia jatuh pada malam lailatul qadar, bermakna seolah-olah kita bersedekah setiap hari selama 84 tahun.

2. Solat 2 rakaat setiap malam atau lebih. Jika ia jatuh pada malam lailatul qadar, bermakna seperti  kamu solat malam setiap hari selama 84 tahun.

3. Baca Surah Al-Ikhlas 3 kali setiap malam. Jika jatuh pd mlm lailatul qadar, bermakna seolah-olah kita telah membaca seluruh Al-Quran setiap hari selama 84 tahun.

Beliau berkata lagi, sebarkan maklumat ini supaya nanti kita akan dpt hasil yg lumayan dalam akaun pahala kita. In Shaa Allah. Mari sama-sama kita amalkan segala amalan simple tetapi sangat membantu untuk ke syurga Allah SWT.

 

Amalan terbaik 10 malam terakhir ramadhan 2018.

Sebelum ini kan, Admin pernah jalankan kempen hafal Quran tetapi Admin stop kejap sebab Admin ingat bulan Ramadhan nak khatam banyak-banyak je. Tetapi rupanya Admin tersilap sama sekali kerana Dr Syafie Mohd Amin mengatakan bahawa amalan terbaik di bulan Ramadhan adalah mengahafal al-Quran.

Sejak hari itu, Admin terus kembali hafal Quran balik dan lagi terbaik adalah Dr Syafie siap ada buat colloqium mengahafal al-Quran pada 10 Jun ini di Masjid Jamek Ar-Rahimiah Klang dan Admin mestilah dah daftar awal-awal. Sebab kelas di buka hanya untuk 100 orang peserta sahaja dan yuran sebanyak RM50.  colloqium-menghafaz-al-Quran-malaya-Journal

Kepada sesiapa yang berminat bolehlah wassap nombor di atas untuk join kelas tersebut. Dan sebenarnya ada je kelas Dr Syafie yang dibuat khusus mengajar bab hafaz al-Quran daripada pukul 8 sampai 5 petang tapi macam dah terlambat untuk register. Yang di atas ini kalau sempat korang semua join, bolehlah jumpa Admin. Hehe.

P.S. 1000 bulan bersamaan 84 tahun.

Wallahua`lam.

Comments

comments




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.