10 Sebab keras hati seseorang Muslim

10-Punca-Hati-Keras-menurut-Imam-Sufyan-Ath-Thauri-Malaya-Journal

الحمد لله رب العالمين، وصلى الله وسلم وبارك على عبده ورسوله، نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين، وبعد

Pada kali kita akan membincangkan tentang 10 sebab keras hati seseorang Muslim itu. Dan kesepuluh sebab ini adalah pesanan daripada Imam Sufyan Bin Said Ath-Thauri dan telah disyarah oleh Ustaz Nazrul kita. Sebelum menyampaikan pesanan beliaun, marilah kita mengenal siapakah dia Imam Sufyan Bin Said Ath-Thauri ini.

Untuk pengetahuan anda, Imam Sufyan Bin Said Ath-Thauri telah dilahirkan pada 97 hijrah dan meninggal pada 161 Hijrah pada umur 64 tahun. Beliau merupakan salah seorang mujtahid mutlak, yang bermakna Imam Sufyan Ath-Thauri adalah seorang yang mampu mengistinbatkan hukum hakam berdasarkan al-Quran dan al-Hadith.

Selain itu, Imam Sufyan Ath-Thauri juga merupakan seorang yang sangat alim dan faqih serta mendirikan mazhabnya yang tersendiri yang bernama Mazhab Ath-Thauri. Di samping itu juga, beliau juga merupakan ulama yang hidup sezaman dengan Imam Abu Hanifah. Sya rasa cukuplah itu sahaja sebagai pengenalan tentang beliau. Dan mari kita kembali ke tajuk asal perbincangan kita di bawah.

 

Antara 10 sebab hati keras adalah:

1.  Seorang lelaki yang berdoa untuk dirinya sahaja.

Yang bermaksud, beliau hanya mendoakan untuk dirinya sahaja. Beliau tidak mendoakan untuk kedua ibubapa dia dan juga orang-orang muslim yang lain. Sedangkan membaca doa yang umum adalah lebih diutamakan daripada diri sendiri lebih-lebih lagi kepada kedua ibubapa kita sendiri. Malah, Ustaz Nazrul juga menambah bahawa, sebanyak mana doa kita kepada orang-orang Muslim, sebanyak itulah doa-doa akan dikembalikan kepada kita. Jadi tenanglah, Allah S.W.T. itu Maha Adil.

 

2. Seorang yang pandai membaca al-Quran tetapi tidak membaca sekurang-kurangnya 100 ayat.

Lebih-lebih lagi para huffaz. Jadi banyak-banyakkanlah membaca al-Quran sekurang-kurang 100 ayat sehari. Jika tidak mampu, bacalah surah-surah pilihan pada setiap hari seperti surah al-Waqiah dan Surah Al-Mulk sekurang-kurangnya.

 

3. Lelaki yang masuk ke dalam masjid dan keluar tanpa solat 2 rakaat.

Contohnya seperti solat sunat Rawatib dan solat sunat tahiyatul masjid. Malah, solat-solat inilah yang akan menampung kekurangan solat fardhu yang lima itu. Jadi, pastikan diri anda tidak ketinggalan melakukan solat-solat sunat sekiranya anda solat berjemaah di masjid. Train diri anda supaya membiasakan diri untuk melakukan solat sunat tersebut insyaAllah berjaya.

 

4. Seorang lelaki yang berjalan di kubur dan tidak memberi salam kepada ahli qubur.

Dan ini antara yang penulis selalu terlepas pandang juga. Tersentap juga hati penulis ketika mendengar syarahan yang disampaikan oleh Ustaz Nazrul itu. Astaghfirullahal Azim. Antara salam atau doanya apabila melalui qubur adalah seperti dibawah:

doa-ziarah-kubur-Malaya-Journal

 

5. Seorang lelaki yang masuk dalam satu negeri pada hari Jumaat tetapi tidak solat Jumaat di negeri tersebut.

Penjelasan ini agak direct sahaja kerana seseorang itu hanya perlu solat jumaat sahaja jika dia bermusafir pada hari jumaat dan bergerak selepas solat subuh. Jika sebelum subuh, tidak perlulah dia melakukan solat jumaat, kerana menurut Mazhab Syafie’ seseorang itu terlepas hukum melakukan soalt Jumaat jika bergerak sebelum subuh.

 

6. Seorang lelaki yang jika ada orang Alim turun ke tempat dia, tetapi dia tidak datang untuk menuntut ilmu.

Dan maksud alim ini adalah orang-orang yang berilmu. Dan yang lebih diutamakan adalah para syeikh dan alim ulama’. Malah, Nabi Muhammad S.A.W. juga pernah bersabda bahawa para alim ulama itu adalah pewaris para nabi. Justeru, jika ada Syeikh yang datang ke tempat anda, sambutlah mereka dengan hormat dan menuntutlah ilmu dengan mereka. Jangan malu dan jangan sombong kerana akan kedua-dua sifat ini adalah penyebab manusia kekal di dalam kebodohan.

 

7. Lelaki yang baru berkenalan tetapi tidak bertanya nama sahabat tersebut.

Sebagai contoh, anda bersama-sama di dalam bas yang hendak ke Selangor. Anda (seorang lelaki) duduk pula sebelah seorang lelaki dan mula berbual semasa dalam perjalanan tersebut. Tetapi sayangnya, anda terlupa bertanya nama sahabat baru anda tersebut. Dan situasi ini boleh berlaku dimana-mana sahaja sama ada lelaki atau perempuan. Ini kerana, Islam sangat menggalakkan orang Islam memberi salam, bertegur sapa dan mengeratkan hubungan silaturrahim. Kalau nama pun anda tidak tahu, sudah tentu hubungan anda tidak begitu akrab.

 

8. Seorang lelaki yang dijemput datang ke majlis tetapi tidak hadir.

Kecuali jika dia tidak berkemampuan. Sebagai contoh, jika sahabat anda mengajak anda ke Majlis Kenduri Kahwin mereka dan anda pula menjawab InsyaAllah anda akan hadir. Tetapi pada hari tersebut anda tidak hadir pula. Dan ini menurut Imam Sufyan Ath-Thauri adalah salah satu punca hati keras. Sebaliknya, jika anda betul-betul tidak dapat hadir, maklumkanlah keapda mereka awal-awal lagi supaya tidak tersinggung perasaan mereka.

 

9. Seorang pemuda yang tidak menghabiskan masa muda dengan menuntut ilmu dan adab.

Hal ini kerana, ilmu sahaja tidak mencukupi. Menurut Imam Al-Ghazali pula,  ilmu dan adab adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan seperti ilmu dan kepercayaan atau ilmu dan agama. Disebabkan itu, kita perlu mengaji ilmu beradab terdahulu. Contohnya seperti bagaimana menghormati para guru, cara membaca kitab-kitab dan cara mendapat keberkatan semasa menuntut ilmu. Begitulah kepentingan ilmu dan adab. Amat ditekankan lebih-lebih lagi dalam diri seorang pemuda pewaris bangsa.

 

10. Lelaki yang kenyang tetapi jirannya kelaparan.

Untuk membanteras perkara ini daripada berlaku,pastikan anda prihatin terhadap kekurangan yang jiran kita hadapi. Berilah bantuan kepada mereka sekadar kemampuan. Tambahan pula, pada pandangan saya, amalan bantu-membantu jiran yang kelaparan ini kebanyakannya hanya dihidupkan pada Bulan Ramadhan sahaja. Dan ini sesuatu yang membimbangkan sebagai seorang muslim. Jadi marilah kita sama-sama membantu mana-mana jiran yang berada di dalam kesusahan. Dermalah sama ada dari segi kewangan atau pun makanan semampunya kepada mereka yang memerlukan. Semoga Allah Ta’ala akan membalas jasa-jasa anda semua.

Moga-moga dengan mengelakkan kesepuluh sebab punca hati keras di atas hati kita akan menjadi selembut sutera. InsyaAllah.

Comments

comments




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.