10 Tanda Kita Mencintai Nabi Muhammad S.A.W

Akhlak-Mulia-Adalah-Satu-Kewajipan-Malaya-Journal

الحمد لله رب العالمين، وصلى الله وسلم وبارك على عبده ورسوله، نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين، وبعد

Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana,

Pada hari ini, saya akan menulis tentang bagaimana kita hendak membuktikan cinta kita kepada insan yang paling agung di atas muka bumi ini iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Sedikit sebanyak tentang Nabi Muhammad S.A.W. adalah Baginda merupakan seorang yang sangat jujur sehingga digelar Al-Amin yang bermaksud orang yang tidak pernah menipu. Malah, Baginda juga merupakan seorang yang sangat berakhlak mulia dan amat mementingkan akhlak peribadi umatnya. Tambahan pula, Baginda juga merupakan penutup segala nabi iaitu nabi terakhir dan juga diberi penghormatan daripada Allah S.W.T. sebagai penghulu segala manusia di Hari Akhirat nanti.

Disebabkan begitu hebatnya dan mulianya Nabi Muhammad S.A.W. itu, kita sepatutnya berasa bangga kerana dihidupkan dalam kalangan umat Baginda. Tetapi, hanya cakap, baca atau tulis sahaja bukanlah caranya untuk kita berasa bangga dengan Baginda. Sebaliknya, cara yang terbaik adalah dengan membuktikan kecintaan kita kepada Baginda dengan menghidupkan amalan-amalan sunnah yang ditinggalkan Baginda.

Justeru, 10 tanda mencintai Nabi Muhammad S.A.W. ditulis untuk memudahkan anda semua supaya beramal dengannya:

1. Berusaha seboleh mungkin untuk mengikuti ajaran Nabi Muhammad S.A.W.

Iaitu dengan redha dan tunduk kepada segala ajaran Baginda. Sebagai contoh, kita membayar zakat kerana untuk mentaati perintah Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W. Kalau nak diikutkan, jika kita membayar zakat wang kita akan berkurangan tetapi untuk membuktikan kita cinta kepada Nabi Muhammad S.A.W. dan taat kepada Allah Ta’ala, kita masih juga melakukannya. Alhamdulillah.

 

2. Kita taat kepada Nabi Muhammad S.A.W. dan jangan melampau terhadap pujian kepada Baginda.

Iaitu kita jangan melebih-lebih dalam memuji Baginda kerana segala apa yang diberikan oleh Baginda adalah pemberiaan daripada Allah Azza Wa Jalla. Dan Baginda juga tidak pernah berasa bangga dan takjub dengan dirinya walaupun beliau merupakan orang yang paling tinggi makamnya disisi Allah. Malah, Baginda selalu beristighfar untuk mengajar umatnya agar sentiasa meminta ampun kepada Allah Ta’ala dan solat malam hingga bengkak kaki Baginda sebagai tanda syukur. Padahal, Baginda merupakan manusia yang tidak ada dosa. Begitulah, betapa mulianya akhlak Nabi Muhammad S.A.W.

 

3. Sangat suka mengenali sunnah nabi dan sirah-sirah Nabi Muhammad S.A.W.

Iaitu dengan mempelajari kitab-kitab yang ditulis berkenaan kisah Rasulullah atau sejarah Nabi Muhammad S.A.W. sejak kecil sehinggalah ke hujung akhir hayatnya. Dengan itu, barulah dapat dibuktikan kita cinta kepada rasulullah S.A.W. kerana mana mungkin kita kata, kita sayang Baginda sedangkan apa yang kita tahu tentang Baginda hanyalah tarikh lahirnya sahaja.

Sebagai contoh, seorang yang sayang kepada emaknya akan sentiasa membantu dan ziarah maknya pada bila-bila masa sahaja. Bukan datang zairah ketika sakit atau pada hari lahirnya sahaja. Saya syorkan anda memahami kitab Insan Agung yang disyarah oleh Dr Abdul Basit jika anda mahu mengenali tentang Nabi Muhammad S.A.W. dengan lebih mendalam.

 

4. Menghayati Akhlak Nabi Muhammad S.A.W.

Kerana Baginda amat mementingkan akhlak seseorang muslim itu dan terdapat banyak hadith tentang kelebihan dan kepentingan akhlak mulia itu. Antaranya:

Daripada Abdullah bin Amru bin al-As RA katanya, tidaklah Rasulullah SAW seorang yang bersifat keji, dan tidak pernah melakukan perkara-perkara yang keji, Baginda bersabda, “Sesungguhnya di antara orang-orang yang terpilih di antara kamu ialah orang yang paling mulia akhlaknya.”

Disebabkan itu, maka wajiblah kita berusaha berakhlak mulia kerana itu adalah antara ajaran yang telah disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W. dan contoh yang terbaik seorang yang berakhlak mulia adalah Baginda sendiri. Sehingga Allah S.W.T sendiri memuji akhlak mulia Baginda di dalam al-Quran. Firman Allah:

وَإِنَّكَ لَعَلَى خُلُقٍ عَظِيمٍ

“Dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad S.A.W.) mempunyai akhlak yang sangat mulia.”

(Al-Qalam 68: 4)

 

5. Dalam hati sentiasa ingat kebaikan yang telah dibuat oleh Nabi Muhammad S.A.W.

Sebagai contoh,  Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat telah dipukul, dihina, dikutuk dan diludah demi untuk menyampaikan agama Islam kepada kita semua. Tanpa pengorbanan mereka semua itu,mustahil untuk Islam sampai ke Malaysia yang beribu-ribu Kilometer jauhnya daripada Mekah dan Madinah.

Baginda juga telah banyak kali mengingatkan umat akhir zaman tentang kedatangan dajjal lakanatullah supaya dapat menyelamatkan akidah umatnya walaupun baginida sudah wafat beribu-ribu tahun yang lalu. Hadith tentang dajjal juga sering kali kita dengar dan inilah bukti yang terang tang-tang bahawa kasihnya Nabi Muhammad S.A.W. kepada kita semua. Tetapi sejauh manakah kasih sayang kita kepada baginda?

 

6. Kita perlu mencitai ahlul bait.

Iaitu ahli keluarga Nabi Muhammad S.A.W. seperti Saidatina Aisyah, Saidinar Ali bin Abi Talib, Saidatina Fatimah, Hasan dan Husin serta yang lain-lain.

 

7. Mencintai sahabat-sahabat Nabi Muhammad S.A.W.

Contohnya seperti Abdul rahman bi Auf, Umar Al-Khattab,Mus’ab bin Umair, Abu Bakar as-Siddiq, Muaz Bin Jabal, Saad Bin Abi Waqqas, Uthman Bin Affan (menantu Baginda) dan lain-lain. Kerana pengorbanan mereka sangatlah besar dalam awal-awal penyebaran Islam. Kesemua sahabat-sahabat Baginda inilah yang bertungkus-lumus membantu Nabi Muhammad S.A.W. sepenuh jiwa dan raga kerana cintanya kepada Baginda.

Ada yang diseksa,dibunuh, dipukul dan dihasut dengan pelbagai keduniaan tetapi kesemuanya tidak pernah mengalah kerana Allah dan Rasul adalah nombor satu dalam jiwa mereka.

 

8. Menyayangi para ulama’ yang ikhlas dalam perjuangannya.

Kerana pada zaman sekarang ini, ulama semakin berkurangan dan itu adalah salah satu cara Allah Ta’ala menarik balik segala ilmu-Nya. Iaitu dengan cara mematikan para alim ulama. Sepatutnya kita hormat dan sayang dengan mereka kerana mereka adalah pewaris para nabi. Jika dengan ilmu mereka kita akan mudah untuk masuk ke syurga, sangatlah besar pengorbanan mereka itu.

Disebabkan itu, kita perlulah menjaga adab kita semasa menuntut ilmu, lebih-lebih bersama alim ulama’. Dan waris disini bukanlah harta kekayaan mereka tetapi ilmu yang berada dalam hati dan jiwa mereka.

 

9. Jangan kita jemu dengan basahkan lidah kita dengan selawat kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Kita haruslah membiasakan diri untuk jawab selawat dan berselawat kepada Baginda. Kerana setiap selawat akan mendekatkan kita kepada baginda dan insya Allah kita akan mendapat syafaat Baginda. Ini adalah bukti paling jelas sebagai tanda kita sentiasa mengingati Baginda.  Jadi perbanyakkanlah selawat.

 

10. Mencintai sunnah Nabi Muhammad S.A.W.

Point terakhir adaljah galakkan supaya mengamalkan sunnah Baginda megikut kemampuaan anda. Jika anda mampu puasa isnin dan khamis lakukanlah, Jika anda mampu qiamullail lakukanlah, Jika anda mampu mengajar al-Quran lakukanlah. Jika hendak ditulis di sini terlampau banyak sunnah Nabi Muhammad S.A.W. yang ditinggalkan. Kita hanya pilih mengikut kemampuan kita dan lakukannya dengan istiqamah. Insya Allah kita semua mampu melakukannya.

Alhamdulillah, selesai sudah penulisan kali ini. Akhir sekali, saya hanya mahu katakan supaya janganlah kita semua hanya teringat akan Nabi Muhammad S.A.W. ketika Maulidur Rasul sahaja. Sepatutunya kita ingat akan Baginda pada setiap hari dengan selwat kepada baginda kerana Baginda merupakan “hero” kepada semua umat akhir zaman.

Rujukan:

  1. Kuliah Insan Agung (18); Membela dan Mencintai Nabi S.A.W & Sepuluh Tanda Cinta Nabi oleh Dr Abdul Basit.

 

 

Comments

comments

Related Post

Akhlak Mulia Adalah Hasil Yang Terbaik ﷽ Segala Puji bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana, Input-input pada kali ini saya dapatkan daripada kuliah subuh yang disampaikan oleh Prof. Dr....
Nabi Muhammad SAW dan Al-Quran Berpisah Tiada! ﷽ Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan Sekelian Alam. Selawat dan Salam untuk Rasulullah S.A.W. dan Tiada Nabi lagi selepasnya, Pembawa Rahmat Keselur...
Jom lahirkan sifat Rasulullah SAW dalam diri kita ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...
Apakah Sambutan Maulidur Rasul Anda? ﷽ الحمد لله رب العالمين، وصلى الله وسلم وبارك على عبده ورسوله، نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين، وبعد Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana,...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.