15 Azab Memudahkan Solat

15-Azab-Mempermudahkan-Solat-Fardhu-Malaya-Journal

Segala Puji bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana,

15 pesanan azab seksa mempermudahkan solat fardhu di bawah telah dipetik di dalam kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Fawwaz Md Jan. Dan kesemua 15 azan seksa ini terbahagi kepada 4 bahagian azab seksa. Iaitu 6 di dunia, 3 ketika hendak mati, 3 di kubur dan 3 lagi di akhirat kelak. Tetapi apakah yang dimaksudkan dengan mempermudahkan solat?

Maksud mempermudahkan solat adalah orang-orang yang tidak menjaga waktu solatnya seperti sentiasa solat diakhir waktu, solat ketika terasa nak bersolat sahaja atau pun selama bertahun-tahun dia solat, sekali pun tidak pernah khusyuk. Allahu Akbar. Semoga iktibar ini diambil untuk saya yang dhaif ini dan juga peringatan kepada anda semua.

Saya akui sendiri, saya juga masih tidak khusyuk ketika sembahyang tetapi marilah kita usahakannya bersama-sama supaya ia menjadi satu peringatan kepada kita semua, terutamanya kepada penulis ini. InsyaAllah kita berjaya akan melakukannya dengan izin Allah S.W.T. Sekarang mari kita bersambung balik kepada 15 azab mempermudahkan solat.

6 Azab di Dunia

1. Hidup dicabut Berkat.

Yang bermakna hidup mereka tidak akan ada sebarang kebaikan pun. Pintu-pintu kemiskinan akan dibuka oleh Allah Ta’ala. Sebagai contoh mereka akan sentiasa ditimpa berbagai-bagai masalah seperti kekurangan wang, sentiasa berasa gelisah dan tidak tenang dengan pekerjaan, keluarga ataupun  kawan-kawan.

Jika baru mendapat bonus gaji yang lumayan, tiba-tiba sahaja kereta rosak, tayar bocor atau eksiden, anak atau isteri memerlukan duit dan sebagainya. Inilah yang dimaksudkan dengan pintu-pintu kemiskinan iaitu pintu menghabiskan duit terbuka luas. Sehingga belum sempat untuk membelanjakan wang tersebut, terdapat banyak keperluan yang hendak digunakan dengan duit tersebut. Malah, penulis juga berasa dia seperti sudah terkena azab disebutkan ini kerana solatnya yang tidak khusyuk walaupun sudah solat bertahun-tahun lamanya. Astaghfirullah hal Azzimm. Semoga Allah mengampuni dosa kita semua.

2. Terhapus tanda Orang Soleh.

Dimuka mereka ibarat tiada cahaya orang beriman. Walaupun muka mereka hensem dan cantik, muka mereka akan terasa seperti kurang sesuatu. Iaitu cahaya iman dan tanda sujud kepada Allah S.W.T.

3. Segala amalan kebaikan yang dilakukan tidak diterima Allah S.W.T.

Yang ini adalah azab yang paling kesian di atas dunia ini. Kerana segala kebaikan yang dilakukan tidak akan diterima sebagai amal ibadah kepada Allah. Semuanya disebabkan kerana dia meninggalkan solat dengan sengaja. Sebagai contoh, jika mereka menunaikan haji dan umrah padahal sembahyang mereka pun masih belum cukup dijaga elok-elok. Maka mereka hanyalah membazir masa,wang dan tenaga mereka sahaja kerana amalan kebaikan mereka ditolak walaupun cukup syarat haji dan umrahnya.

Ingatlah, perkara pertama yang akan dihisab oleh Allah semasa Hari Kiamat nanti adalah solat. Dan jika amalan solat pun tersangkut hisabnya, bagaimana anda hendak dihisabkan amalan yang lain? Wallaahu a’lam.

4. Doa tidak diangkat ke langit.

Yang bermaksud doa mereka tidak akan dimakbulkan oleh Allah Ta’ala. Disebabkan inilah, antara syarat untuk dimakbulkan doa adalah menjaga solat kita kerana itu adalah hak Allah yang diwajibkan ke atas kita.

5. Dia tidak akan mendapat saham dalam doa orang muslim.

Doa orang muslim itu bermaksud segala doa yang diucapkan oleh imam di masjid dan surau selepas setiap kali solat berjemaah di seluruh dunia. Kerana setiap kali mereka selesai bersolat mereka akan berdoa untuk kesemua muslimin,muslimat,mukiminin dan mukminat. Tetapi sekiranya, sembahyang anda tidak cukup yang lima, maka anda tidak tergolong di dalam doa mereka ini. Allahu Akbar. Begitu beruntungnya orang yang menjaga solat.

6. Keluar roh tanpa aman.

Penjelasannya ini simple sahaja iaitu mereka akan mati dalam keadaan yang tidak tenang. Kerana Malaikat maut akan datang dalam rupa yang sangat menakutkan. Juga point ini akan dijelaskan lebih lanjut dibawah.

 

3 Azab ketika Sakaratul Maut.

1. Mati dalam keadaan hina.

Sama ada dalam keadaan hina, masa yang hina atau tempat yang hina. Yang lebih spesifik lagi saya tidak mengetahuinya. Wallaahu a’lam.

2. Mati dalam keadaan dahaga.

Juga diibaratkan di dalam hadis yang mengatakan jika dia minum seluruh air laut di atas muka bumi ini pun masih akan terasa dahaganya juga.

3. Mati dalam keadaan lapar.

Iaitu kelaparan seperti dahaga di atas.

 

3 Azab dalam Kubur.

1. Disempitkan kubur sehingga bersilang tulang rusuk.

Iaitu kubur akan disempitkan oleh Allah Ta’ala dan menghimpit mereka yang tidak bersolat di bumi Allah ini.

2. Dinyalakan api dalam kubur dan dipanggang serta disalai siang dan malam.

Mereka yang tidak bersolat, kubur mereka akan menjadi lubang-lubang neraka dan mereka akan dibakar sehingga Hari Kiamat tiba.

3. Dibelit dan dipatuk ular yang diberi nama Shujaul Akra’.

Ular ini yang mempunyai bisa yang mana jika setitik jatuh ke bumi, maka tidak ada tumbuhan yang dapat hidup. Tetapi bisa ini adalah khusus untuk mereka yang tidak bersolat bukannya untuk bumi ini. Allahu Akbar.

 

3 Seksa di Akhirat.

1. Disula rantai besi panas dari mulut ke punggung.

Dimana malaikat akan membawa rantai besi panas ini dan menggunakannya untuk menyula orang-orang yang selalu mempermainkan dan meninggalkan solat.

2. Tidak akan dipandang oleh Allah Ta’ala.

Dan ini adalah azab yang paling hina pada pendapat saya. Kerana hari akhirat adalah hari di mana tidak ada naungan selain dari-Nya. Jika Allah tidak mahu langsung melihat kita, siapa lagi yang dapat membantu kita nanti? Jawapannya tidak ada sesiapa pun.

3. Tidak akan diampunkan dan disiksa dengan azab yang pedih.

Dan jika Allah Azza Wa Jalla tidak memberi naungan-Nya kepada golongan yang tidak menjaga solatnya, maka yang menunggu mereka hanyalah azab seksa yang pedih. Wallaahu a’lam.

 

Kesimpulannya, menjaga solat kita adalah satu kewajipan kita sebagaimana solat diwajibkan ke atas kita. Ingatlah, solat fardhu 5 waktu adalah hak Allah yang wajib ditunaikan walau dalam apa keadaaan sekalipun. Tidak kira yang muda, yang tua, yang malas, yang rajin, yang sibuk, yang lapang, yang sakit atau yang sihat. Semuannya wajib ke atas mereka kecuali bagi mereka yang bukan dari golongan mukallaf.

Saya harap, 15 azab seksa ini dijadikan peringatan kepada kita semua terutamanya penulis sendiri. Dan muhasabahlah diri kita sendiri, adakah kita sudah terkena azab seksa di dunia ini sepertimana yang dijelaskan oleh saya di atas? atau tidak. Tepuk dada tanya iman anda. Wallaahu a’lam.

 

Comments

comments

Related Post

Solat Sunat Tasbih ﷽ Segala Puji bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana, Berjumpa lagi kita pada hari ini. Dan kali ini saya ingin berkongsi amalan solat sunat ta...
Jom Muhasabah Solat Kita ﷽ Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan Sekelian Alam. Selawat dan Salam untuk Rasulullah S.A.W. dan tiada nabi lagi selepasnya, Pembawa Rahmat Keselur...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.