15 Tips Amalan Murah Rezeki dan Cara Mempercepatkannya

15-Tips -Amalan-Murah-Rezeki-Malaya-Journal

Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarga Baginda serta para sahabat Baginda selepasnya.

Kita kembali dengan perbahasan bab rezeki pulak. Sebab  bab rezeki ini sangatlah berkaitan dengan ekonomi seseorang. Lebih-lebih jika dia seorang yang mempunyai keluarga. Tetapi yang lebih penting sudah tentu bagaimana untuk mendapatkan rezeki yang berkat.

Justeru, mari kita akan bincang 15  amalan murah rezeki untuk membantu anda semua mempercepatkan rezeki daripada Allah SWT dengan izin-Nya. Caranya sudah tentu dengan taat pada perintah Allah tetapi kita akan bahaskan dengan lebih spesifik bagaimana caranya.

Yang paling penting 15 amalan murah rezeki ini bukanlah berdasarkan pengalaman saya atau research yang telah dibuat oleh orang-orang barat, tetapi ia adalah berdasarkan al-Quran dan Hadith. Jadi semua tips ini sudah terbukti keberkesannya dan mendapat jaminan daripada Allah dan Rasul. Semoga Allah meluaskan rezeki kalian semua.



15 Tips Amalan Murah Rezeki

1. Bersyukur Kepada Allah SWT

Bab bersyukur ini memang ramai yang tahu tetapi tidak ramai yang melakukannya. Termasuklah penulis sendiri. Sebab manusia mudah lupa dengan segala nikmat yang diberikan oelh Allah SWT. Ada yang kata duit sentiasa tak cukup je, padahal dia yang boros dan jarang bersedekah atau berinfak. Asyik belanja untuk diri sendiri je. Macam mana rezeki nak berkat.

Firman Allah:

A017

“Kamu hanyalah menyembah berhala-berhala yang diperbuat oleh orang, tidak menyembah Allah yang mencipta segala-galanya, dan kamu hanya mengadakan penyembahan yang dusta. Sesungguhnya mereka yang kamu sembah yang lain dari Allah itu, tidak berkuasa memberi rezeki kepada kamu; oleh itu carilah rezeki dari sisi Allah, dan sembahlah akan Dia, serta bersyukurlah kepada-Nya; (ingatlah), kepada Allah jualah kamu akan dikembalikan.

(Al-‘Ankabuut 29:17)

 

2. Infak dan sedekah.

Iaitu dengan berinfak atau bersedekah mengikut kemampuan anda sebanyak dan sebaik mungkin. Ada dua trick yang penulis nak ajar kalau bab sedekah ini. Trick pertama, jika anda ada RM5 dan RM1, sedekahlah RM5 bukannya RM1. Maksudnya anda sedekah yang lebih banyak bukannnya yang lebih sedikit. Trick kedua pula, kalau anda ada RM5 baru dan RM5 lama, sedekahlah dengan menggunakan RM5 yang baru itu.

Allah berfirman:

A254

 

Wahai orang-orang yang beriman! Infakkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jual-beli padanya, dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula pertolongan syafaat. Dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yang zalim.

(Al-Baqarah 2:254)

Ingat sedekah dan infak itu punca rezeki seseorang hamba itu dibuka luas oleh Allah SWT, bukannya menabung atau investment. Penulis pun masih melatih diri melakukan kedua-dua trick di atas. Kalau nak tahu trick ketiga sila tonton video di bawah:

 

 

3. Fokus menikmati yang halal dan yang baik serta meninggalkan yang haram.

Iaitu anda semua boleh membeli kereta mewah, rumah besar dan pakaian yang cantik-cantik. Tapi pastikan jangan membazir atau berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah suka melihat bekas nikmat pada hamba-Nya. Trick dia di sini senang je, kalau nak beli kereta power-power pastikan beli untuk kegunaan sahaja. Kalau ada kereta 5 tapi orang yang boleh drive 2 atau 3 orang je, itu confirm dah dikategorikan sebagai membazir.

Kalau bab pakaian pula, jika beli satu pakaian harga beribu ringgit pun dah kira melebih-lebih dah tu. Beli ratus-ratus sudah la kalau nak mahal-mahal pun. Selebih-lebih tu baik sedekah atau infakkan ke jalan Allah.

Firman Allah:

A087

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik-baik yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas (pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.

(Al-Maaidah 5:87)

Saya mengambil kesempatan di sini untuk menerangkan tentang maksud zuhud. Kerana ramai juga orang Islam yang terkeliru dengan istilah zuhud. Maksud Zuhud yang sebenarnya adalah mendahulukan akhirat daripada dunia. Bukannya tinggalkan dunia untuk akhirat semasa hidup. Ketika ini manusia juga walaupun Muslim. Dunia masih diperlukan untuk kita terus hidup dan beribadah kepada Allah. Tak salah nak hidup mewah selagi tak melebih-lebih.

 



4. Memperbanyak Istighfar.

Hal ini kerana, rezeki boleh tertahan disebabkan dosa yang dilakukan. Disebabkan itu, Allah SWT mengajar kita melalui kisah Nabi Nuh yang mengajar kaumnya untuk banyakkan beristigfar supaya rezeki Allah mencurah-curah:

Allah berfirman:

A010

“Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun.

(Nuh 71:10)

Lagi Allah Berfirman:

A011

“(Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu;

(Nuh 71:11)

Kemudian Allah SWT berfirman:

A012

“Dan Dia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).

(Nuh 71:12)

Menurut ayat di atas,  Ustaz Adi Hidayat pernah menerangkan ayat-ayat di atas kepada saya, bahawa pengampunan Allah itu sentiasa berdamping dengan rahmat Allah. Jadi, jika Allah ampunkan dosa anda, salah satu tandanya, rezeki anda akan melimpah-limpah.

 

 

5. Tingkatkan ketakwaan pada Allah.

Iaitu kepatuhan pada Allah, tinggalkan larangnya. Yang wajib dan sunat lakukanlah manakala yang haram dan harus tinggalkan. Kerana Allah sudah janjikan rezeki yang tidak terhingga kepada orang yang bertakwa:

dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah , nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya

(At-Talaaq 65:2-3)

 

6. Bertawakkal pada Allah.

Iaitu menyerahkan hasil setelah berusaha kepada Allah SWT. Sebagaimana Firman Allah:

A003

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

(At-Talaaq 65:3)

Oleh itu, pastikan kita tidak bergantung kepada diri kita selepas berusaha. Panjatkanlah doa dan mohonlah kepada Allah agar segala urusan anda dipermudahkan.

 

7. Menjaga silaturrahim.

Iaitu dengan menjaga hubungan kekeluargaan anda. Terutamanya di kalangan ibubapa dan adik-beradik. Kerana Nabi SAW pernah bersabda bahawa jika anda mahu rezeki terbuka luas dan panjang umur, bersilaturrahimlah kamu. Di bawah adalah cadangan saya akan perkara-perkara yang anda boleh lakukan semasa bersilaturrahim:

  • Tolong basuh kereta.
  • Tolong masak makanan.
  • Tolong basuh pinggan atau basuh baju.
  • Pergi Masjid sama-sama
  • Tolong lipat baju.
  • Ziarah-menziarahi saudara mara.

 

8. Haji dan Umrah.

Hal ini kerana pernah dijelaskan saya pada artikel doa yang lalu.  Iaitu semasa melakukan haji dan umrah, terdapat banyak sekali waktu dan tempat mustajab berdoa. Jadi jangan sia-siakan peluang jika anda berkesempatan dan berkemampuan untuk pergi menunaikan umrah atau haji jika berkemampuan. Senang cerita, melancong ke negara lain itu letak tepi dahulu. Utamakan haji dan umrah dahulu.

 



9. Hijrah.

Firman Allah Ta’ala:

A100

 

Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah , nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

(An-Nisaa’ 4:100)

Dalil di atas mengajar kita supaya menjalani kehidupan kita di kawasan yang hidup dengan syariat Islam atau mengamalkan Islam. Jika anda duduk di kawasan non-muslim, pindahlah ke kawasan muslim. Itu adalah yang lebih baik dan ia juga menjadi punca dibuka rezeki oleh Allah.

 

10. Berdoa kepada Allah.

Iktihar pertama adalah doa. Minta dahulu kepada Allah selepas itu teruskan berusaha. Contohnya, kalau anda sakit, berdoalah banyak-banyak agar disembuhkan dahulu sebelum pergi berjumpa doktor. Dan kalau nak berdoa pada waktu yang terbaik, berdoalah ketika anda senang sebagai tanda kita sentiasa mengingati dan bersyukur kepada Allah SWT. Kerana jika kita ingat Allah semasa senang, jika kita susah pula, Allah akan ingat kepada kita.

Tetapi sekarang ini kebanyakannya sudah terbalik. Ramai orang Muslim hnaya ingat Allah ketika terdesak sahja. termasuk juga penulis. Semoga Allah memberikan hidayah kepada kita semua agar kekal dalam ketaatannya.

 

11. Bernikah.

Jadi, jika anda sudah berkemampuan untuk menanggung anak orang. Masuklah meminang dan jangan tangguh-tangguh lagi. Buatlah kenduri ala kadar sahaja supaya tidak membebankan anda dan insya Allah dengan pernikahan tersebut, rezeki anda akan terbuka luas lagi kerana salah satu golongan yang dijamin Rasulullah SAW untuk diberikan rezeki dengan izin Allah adalah golongan yang bernikah kerana hendak meninggalkan perkara yang haram.

 

12. Memiliki ilmu pengetahuan.

Iaitu anda semua mesti kuasai ilmu perniagaan yang anda ingin ceburi. Contohnya, penulis hendak menulis blog sendiri. Jadi, saya telah belajar macam-macam ilmu berkaitan dengan blog dan cara untuk menulis artikel di wordpress. Saya juga belajar banyak pasal plugins, SEO dan PPC. Dan kesemua ilmu ini sangatlah membantu dan akan digunakan untuk mengembangkan lagi blog Malaya Journal.

Ilmu disini pula saya lebih tekankan kepada ilmu berniaga kerana tajuk ini adalah berkaitan tentang rezeki. Lagi satu, aktiviti berniaga juga adalah sesuatu yang sangat digalakkan oleh Rasulullah SAW manakala aktiviti meminta-minta pula adalah ditegah Ulama’ jika dia masih mampu untuk berusaha. Selagi mana ia perkerjaan yang halal.

Imam Syafie’ pernah berkata : Siapa mahukan dunia, harus punya ilmunya, siapa mahu akhirat juga perlu ilmunya serta jika hendak kedua-duanya pun harus miliki ilmunya“.

 

13. Memiliki persahabatan dan komuniti yang sihat.

Iaitu anda semua memiliki rakan sebaya dan persekitaran yang sihat dan baik. Jauhkan diri anda daripada kawan-kawan yang suka melepak, bermain-main dan malas beribadah. Kerana pengaruh rakan sebaya ini sangatlah dahsyat. Bukti paling kukuh sudah semestinya dapat dilihat pada golongan perokok kerana ramai perokok mula merokok apabila melihat kawannya merokok.

 

14. Memiliki ketrampilan.

Iaitu memiliki minda yang inovatif dan kreatif. Jika anda mampu, carilah dan buatlah produk sendiri untuk dijual. Jika anda sudah membaca Fathul Bari bab 18, kitab jual beli, di akhir bab 1, hadith tentang kisah Abdurrahman Bin Auf r.a bersama saudara barunya itu, telah mangajar orang-orang Islam untuk mencari rezeki dengan cara berjual beli. Dan berjual beli adalah lebih utama daripada mendapatkan rezeki dari hasil pemberiaan orang lain.

 

15. Kejujuran.

Yang dimaksudkan dengan kejujuran adalah tidak meminta-minta. Kerana meminta-minta hanya akan membuka pintu kemiskinan kepada diri anda.  Sebagaiman firman Allah:

 

A029

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu.

(An-Nisaa’ 4:29)

Dalil di atas telah disyarah oleh salah seorang pensyarah Shahihul Bukhari  yang bernama Ad-Dawudi. Beliau berpendapat perintah di atas menjelasakan bagi yang berkemampuan tetapi tidak memiliki sesuatu maka wajib hukumnya di berdangang dan tidak meminta-minta. Kerana bagi yang mampu berusaha, haram meminta-minta.



Saya berharap anda semua dan saya dapat mempraktikkan kesemua 15 tips amalan murah rezeki ini. Tidak lupa juga, terima kasih kepada Ustaz Khalid Basalamah kerana menyampaikan 15 tips amalan murah rezeki in  melalui kajiannya yang bertajuk Saudaraku Inilah Rahsia Rezekimu.  Oleh itu, jika anda mahu penjelasana lebih detail serta akan ditambah dengan cerita-cerita para sahabat nabi dan tabi’ tabiin, sila tonton kuliah beliau di Youtube di sini.

Wallahua`lam.

Comments

comments

Related Post

Jangan Khuatir,Rezeki Allah Tidak Terkira Banyakny... Sekurang-kurangnya orang-orang yang bersolat mengulangi ikrar atau visi hidup kita sebanyak 5 kali sehari. Dan kita berikrar semasa membaca Doa Iftita...
3 Perkara Berkait Rapat Dengan Rezeki ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...
Apa Yang Terjadi Pada Amalan Kebaikan Non Muslim? Seperti yang kita sedia maklum ada sesetengah orang-orang non Muslim di Malaysia ini, mendapat nikmat yang berbagai-bagai jenis daripada ALLAH sedangk...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.