3 Perkara Berkait Rapat Dengan Rezeki

3-Perkara-Berkait-Rapat-dengan-Rezeki-Malaya-Journal

Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarga Baginda serta para sahabat Baginda selepasnya.

Sudah lama tak bincang tentang kelebihan rezeki dan kali ini kita sambung balik selepas Ustaz Abdul Muhaimin Sahar explain baik punya tentang tiga amalan yang berkait rapat dengan rezeki. Jika kita dapat melakukannya, pasti Allah akan meluaskan rezeki kita dengan berlipat kali ganda. Sesungguhnya Allah SWT tidak pernah memungkiri janjiNya.



Sebelum mulakannya, saya terkenang kembali pembelajaran kitab Al-Hikam tentang hikmah:

Cita-cita kamu tidak akan dapat menembus kota Takdir

Yang bermaksud, segala apa yang kita mahukan dan usahakan tidak akan dapat tanpa izin daripada Allah SWT. Walaupun kita bekerja 3 kali ganda rajin sekalipun. Usaha kita itu hanyalah adat untuk mendapatkan sesuatu dan bukanlah usaha itu yang menjadikan kita dapat sesuatu yang kita mahukan. Semuanya adalah takdir Allah SWT tetapi kita wajib untuk berusaha dan beriktihar untuk mendapatkan sesuatu serta bertawakkal atau berserah diri pada Allah.

 

3 Perkara berkait rapat dengan Rezeki.

1. Jika mahu murah rezeki harus kita bersyukur.

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ 

Maksudnya: Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”.

(Surah Ibrahim 14:7)

Menurut penerangan Ustaz Abdul Muhaimin Sahar, berdasarkan ayat di atas, kita dituntut untuk bersyukur kepada Allah SWT dalam segala jenis rezeki yang kita terima. Sama ada banyak atau pun sedikit. Hal ini kerana bersyukur adalah sesuatu yang dituntut kepada hamba-hambaNya yang beriman.

Berdasarkan ayat di atas juga, bagi orang-orang soleh dan Alim di zaman dahulu, apabila nikmat atau kebaikan yang mereka terima tidak bertambah, dia akan merasakan diri mereka masih tidak cukup bersyukur kepada Allah SWT. Justeru, ini menyebabkan mereka banyak muhasabah diri mereka kerana mereka faham betul dan yakin seyakin-yakinnya bahawa Allah tidak pernah memungkiri janji-Nya. Jadi, sebagai seorang beriman, kita perlu banyakkan bersyukur kepada Allah SWT kerana sangat sedikit orang yang bersyukur.



Seterusnya Ustaz Abdul Muhaimin Sahar menjelaskan tiga hakikat syukur yang sebenar. Dan nombor satu dan tiga itulah yang paling kita susah nak buat.

  • Merasakan seperti ingin berterima kasih dalam hati yang ikhlas kerana menghargai pemberian Allah SWT.
  • Mengucapkan Alhamdulillah.
  • Menggunakan pemberian untuk taat kepada Allah SWT.

Manakala, nikmat pula ada tiga jenis iaitu:

  • Nikmat yang telah Allah berikan seperti ibubapaatau kereta lama.
  • Nikmat yang sedang dinikmati seperti kesihatan, anak soleh, kereta dan rumah yang sedang didiami.
  • Nikmat yang akan datang pula contohnya seperti masuk syurga dan mendapatkan  khusnul khotimah.

 

2. Jangan sesekali menggunakan rezeki yang Allah berikan untuk membuat kerosakan.

Amaran keras ini dirakamkan oleh Allah SWT dalam al-Quran seperti di bawah:

وَإِذِ اسْتَسْقَىٰ مُوسَىٰ لِقَوْمِهِ فَقُلْنَا اضْرِب بِّعَصَاكَ الْحَجَرَ ۖ فَانفَجَرَتْ مِنْهُ اثْنَتَا عَشْرَةَ عَيْنًا ۖ قَدْ عَلِمَ كُلُّ أُنَاسٍ مَّشْرَبَهُمْ ۖ كُلُوا وَاشْرَبُوا مِن رِّزْقِ اللَّهِ وَلَا تَعْثَوْا فِي الْأَرْضِ مُفْسِدِينَ

Maksudnya: Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: “Pukulah batu itu dengan tongkatmu”, (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air; sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): “Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi”.

(Al-Baqarah 2:60)

Contohnya seperti memberikan rasuah dengan rezeki yang kita ada, membeli arak, berjudi dan sebagainya. Selain itu, Ustaz Abdul Muhaimain Sahar juga menerangkan bahawa kita hendaklah menjauhkan diri daripada perbuatan membazir. Dan pembaziran di sini bukanlah bermaksud berlebih-lebihan sahaja. Membazir di sini juga bermaksud menggunakan nikmat yang Allah berikan ke jalan maksiat seperti seperti behibur di pesta yang melalaikan atau pun pergi ke kelab malam.



3. Luaskan rezeki anda dengan sedekah dan infak.

Sedekah dan infak ini pula sudah banyak kali kita dengar seruannya untuk memperbanyakkan melakukannya. Tetapi sejauh manakah sedekah dan infak kita? Jika masih kurang, maka keyakinan kita terhadap janji Allah tidak seperti para sahabat. Peringatan ini juga kepada diri saya sendiri.

Ingatlah, Allah SWT memulakan al-Quran dengan ciri-ciri orang bertakwa dan salah satu cirinya adalah memberikan sebahagian rezeki yang diberikan Allah kepada yang memerlukannya.

Firman Allah ta’ala:

الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ

Maksudnya: Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.

(Al- Baqarah 2:3)

Oleh itu, perbanyakkan sedekah dan infak. Jangan pernah takut untuk bersedekah kerana harta anda tidak akan pernah berkurang dan Allah pasti akan menambahkannya.

 

Kesimpulannya.

Akhir kalam, mari kita muhasabah diri kita dengan tiga perkara yang berkait rapat dengan rezeki seperti di atas. Ingat, jangan pernah mencari rezeki sampai terlupa Allah SWT kerana di akhir zaman ini, manusia sering kali menangguh solat kerana alasan ingin mencari rezeki. Jangan sesekali melakukan perkara seperti ini.

Wallahua`lam.

Comments

comments

Related Post

15 Tips Amalan Murah Rezeki dan Cara Mempercepatka... ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...
Cara Untuk Mendapatkan Rezeki Yang Berkat ﷽ Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan Sekelian Alam. Selawat dan Salam untuk Rasulullah S.A.W. dan tiada nabi lagi selepasnya, pembawa rahmat Keselur...
Teori Dan Praktikal Membuka Pintu Rezeki Berdasark... ﷽ الحمد لله رب العالمين، وصلى الله وسلم وبارك على عبده ورسوله، نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين، وبعد Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana,...
Apa maksud ikhlas, dengki dan rezeki menurut al-Qu... ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.