3 Tips Dakwah daripada Dr Zakir Naik

3-Tips-Dakwah-daripada-Dr-Zakir-Naik-Malaya-Journal

Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan Sekelian Alam. Selawat dan Salam untuk Rasulullah S.A.W. dan Tiada Nabi Lagi Selepasnya, Pembawa Rahmat Keseluruh Alam.

Protege kepada Dr Zakir Naik iaitu Bro Mohd Zamri Vinoth telah share tiga tips untuk menyampaikan dakwah. Dan telah diajar bagaimana caranya untuk berdakwah dengan betul direct daripada Dr Zakri Naik sendiri. Disebabkan itu, saya rasa ia telah menjadi suatu kewajipan kepada saya untuk share ilmu ini dengan anda semua.

Kerana ianya sangat berguna supaya kita dapat mengamalkannya bersama-sama. Kesemua tips tersebut adalah berdasarkan al-Quran al-Karim dan bukan daripada pengalaman mereka semua. Jadi anda tidak perlu risau dan was-was akan 3 tips ini.



Tiga tips dakwah tersebut adalah:

1. Jika Allah Tolong kamu, tidak ada sesiapa pun yang dapat mengalahkan kamu.

Firman Allah:

إِن يَنصُرْكُمُ اللَّهُ فَلَا غَالِبَ لَكُمْ ۖ وَإِن يَخْذُلْكُمْ فَمَن ذَا الَّذِي يَنصُرُكُم مِّن بَعْدِهِ ۗ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ

Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Allah membiarkanmu (tidak memberi pertolongan), maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri.

(Ali-Imran 3: 160)

Ayat di atas menerangkan, jika Allah bersama kita dan membantu kita di dalam kehidupan, maka tidak ada sesiapa pun yang dapat mengalahkan kita. Tidak kiralah sehebat manapun musuh kita yang menghalang kita daripada menyampaikan dakwah Islamiah. Mereka tetap tidak akan mampu melawan kita yang mendapat bantuan daripada Allah Yang Maha Perkasa. Sangatlah beruntung menjadi hamba kepada-Nya.

 

2. Jika kita berusaha mencari jalan Allah, pasti Allah akan memandu kita menuju-Nya.

Firman Allah:

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.

(Al-‘Ankabuut 29: 69)

Ayat di atas bermaksud kita hanya perlu fokuskan seluruh tenaga kita dan bersungguh-sungguh dalam berdakwah. Sama ada mereka terima atau tidak dakwah Islam yan disampaikan, itu adalah takdir Allah S.W.T. Senang cerita, kita buat kerja kita iaitu berdakwah sebaik mungkin dan biarkan Allah S.W.T. yang membuat kerja-Nya iaitu memberi hidayah kepada hamba-Nya yang terpilih.

 

3. Sekiranya tidak tahu, tanyalah kepada yang pakar mengenainya.

Firman Allah:

وَمَا أَرْسَلْنَا قَبْلَكَ إِلَّا رِجَالًا نُّوحِي إِلَيْهِمْ ۖ فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki yang Kami wahyukan kepada mereka (bukan malaikat); maka bertanyalah kamu kepada orang yang berilmu, jika kamu tidak mengetahui.

(Al-Anbiyaa’ 21:7)

Ayat terakhir ini pula mengajar kita supaya tidak menggoreng ayat-ayat al-Quran yang kita tidak tahu akan maknanya. Perkara tersebut adalah dilarang sama sekali kerana akan menyebabkan salah faham yang besar. Jika tidak tahu akan perkara tersebut, katakan sahaja “saya tidak tahu” dan mintalah tempoh kepada penyoal agar diberikan masa untuk anda bertanya yang pakar dalam bidang tersebut.

Lebih-lebih lagi, dakwah Islam ini sangat penting untuk berdakwah berdasarkan ilmu bukannya pemikiran manusia semata-mata. Sekiranya tidak berdasarkan ilmu, akan menyesatkan dan memeningkan lagi orang-orang bukan Islam ini. Sangatlah ditegah syarak perbuatan seperti ini.

Seterusnya, Bro Mohd Zamri Vinoth juga memberitahu kami supaya menyahut seruan dakwah ini kerana masih ramai lagi yang tidak mengenal Islam. Dan sebagai umat yang terbaik iaitu umat Nabi Muhammad S.A.W., perkerjaan utama bagi kita adalah berdakwah. Bukannya berniaga dan menuntut ilmu untuk diri dan keluarga semata-mata.

Dua alasan yang sering diberikan oleh orang Islam yang tidak mahu berdakwah:

1. Tidak cukup ilmu.

Persoalannya, macam mana kita nak tahu kita dah cukup ilmu atau tidak? Jawapannya sudah tentu tidak ada. Kerana itu, tidak cukup ilmu ini tidak sepatutnya menjadi alasan kepada kita. Nak tunggu sudah cukup ilmu, memang tidak berdakwahlah jawabnya. Semangat saya sudah berkobar-kobar apabila Bro Mohd Zamri Vinot mengatakan, beliau mula berdakwah sebaik sahaja beliau masuk Islam pada umur 16 tahun. Sangat hebat orangnya.

2. Saya banyak dosa.

Alasan kedua ini agak senang untuk dipatahkan. Kerana pahala jika anda mengislamkan orang bukan Islam adalah sangat besar di sisi Allah. Jadi, jika alasan anda banyak dosa, lagilah perlu anda memperbanyakkan menghidupkan  aktiviti dakwah. Supaya Insya-Allah sama-sama ia dapat menampung dosa kita yang banyak itu.

 


Akhir kalam, Bro Zamri Vinoth berpesan kepada kami sebelum mengakhiri kuliahnya supaya mari kita sama-sama menyampaikan dakwah Rasulullah S.A.W. walaupun satu ayat. Kerana sedar tak sedar mereka yang tidak beriman kepada Allah sedang menuju ke neraka Allah. Dan cara terbaik untuk berdakwah adalah dengan merapatkan hubungan sesama mereka. Kemudian, slow-slow menyampaikan dakwah Islam kepada mereka.

Jika mereka menolak tidak mengapa kerana memberikan hidayah itu kerja Allah. Yang penting dakwah Islam telah disampaikan dan kerja kita hanya berdakwah. Jom kita sambut seruan dakwah ini. Bak kata bro Vinoth, sekurang-kurangnya ada satu kali kita pernah berdakwah kepada orang bukan Islam.

Wallahua`lam.

Comments

comments

Related Post

Cara Berdakwah Yang Terbaik Menurut Al-Quran ﷽ Berdakwah merupakan tugas para rasul sejak dahulu lagi. Iaitu tugas yang terpenting kerana menyeru manusia agar menjadi manusia terbaik. Tetapi seb...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.