4 Kisah Benar Sebelum Kejadian Kebakaran Pusat Tahfiz

pusat-kebakaran-tahfiz-Malaya-Journal

Segala Puji bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana,

Pada hari ini saya mahu share sepotong video daripada kejadian tragedi kebakaran Tahfiz Darul Ittifaqiyah yang pelik dan ajaib. Dan ini adalah kisah-kisah benar yang berlaku pada seorang anak tahfiz yang berumur sebelas tahun. Budak tahfiz ini juga telah terkorban di dalam tragedi pusat kebakaran tahfiz yang telah meragut nyawa sebanyak 23 mangsa. 21 daripada 23 orang tersebut adalah pelajar tahfiz dan manakala 2 orang lagi adalah tenaga pengajar di situ.

Setelah beberapa hari barulah kita mengetahui bahawa kes kebakaran ini berlaku disebabkan kes membalas dendam. lebih dahsyat lagi, pelakunya adalah orang awam yang di bawah umur 18 tahun dan yang paling muda berumur 11 tahun. betapa teruknya dunia zaman sekarang ini, sehingga budak-budak sekolah pun sanggup membakar manusia hidup-hidup kerana dendam kesumat.

Video di bawah menunjukkan ketika pusat kebakaran tahfiz tersebut. Pada akhir video tersebut anda boleh mendengar para pelajar tahfiz menjerit kesakitan. Sangatlah memilukan.

Namun, video di atas bukanlah fokus utama, tetapi fokus video utama adalah di bawah ini. Iaitu video tentang beberapa bulan sebelum kejadian kebakaran tahfiz berlaku. Diceritakan oleh bapa beliau sendiri. kisah yang sungguh pelik dan ajaib. Dan menjadi pengajaran kepada kita semua akan kelebihan yang diberikan kepada orang-orang yang menuntut dan menghafaz al-Quran.

Terdapat empat perkara yang pelik berlaku kepada adik yang terkorban tersebut sebelum permergiannya:

  1. Adik itu berjumpa dengan orang yang nama dan muka sebijik dengannya.
  2. Adik tersebut telah melihat gambar para wali dan para nabi semasa hidup lagi.
  3. Adik tersebut telah bermimpi melihat 6 orang sahabat membantu dia semasa kesusahan.
  4. Adik tersebut bermimpi dia kehilangan mata,telinga,hidung dan badannya.

Dan jika anda mahu mengetahui apakah maksud atau taksir mimpi di atas, segala penjelasan ada di dalam video di bawah. Walaupun viedo itu 12 minit anda tidak akan rasa selama itu kerana peristiwa yang berlaku adalah sangat pelik dan hebat sekali.

 

Video ini sepatutnya dijadikan iktibar dan pengajaran kepada kita semua. Budak tahfiz berumur 11 tahun di atas telah diberi kelebihan oleh Allah Ta’ala untuk melihat pelbagai perkara ajaib sebelum kematian beliau. Pada saya, peristiwa ini mengingatkan kita bahawa mati boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.

Oleh itu janganlah kita lalai dengan dunia yang sementara ini. As-Sirri pernah berkata: “Siapa cinta kepada Allah, hiduplah dia. Siapa cenderung kepada dunia,hauslah dia. Orang bodoh di pagi dan petang selalu lalai. Tetapi orang berakal terus meneliti kecelakaannya.”

Comments

comments




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.