4 Perkara Penting Kepada Yang Sedang Menuntut Ilmu

4-Pesanan-Kepada-Yang-Sedang-Menuntut-Ilmu-Malaya-Journal

Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan Sekelian Alam. Selawat dan Salam untuk Rasulullah S.A.W. dan tiada nabi lagi selepasnya, pembawa rahmat Keseluruh Alam.

Saya mulakan penulisan kali ini dengan hikmah menuntut ilmu. Supaya dapat memberi semangat kepada anda agar sentiasa rajin dan bersungguh-sungguh semasa menuntut ilmu. Sebenarnya hikmah menuntut ilmu sangatlah banyak. Antaranya adalah seperti yang terdapat pada hadith di bawah:

  • Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah SWT akan memudahkan baginya jalan untuk ke Syurga. Tidaklah satu kumpulan berkumpul di dalam sebuah rumah di antara rumah-rumah Allah, membaca kitab Allah (al-Qur’an) dan mempelajarinya sesama mereka melainkan akan turun kepada mereka sakinah (ketenangan), diliputi ke atas mereka Rahmat dan dinaungi oleh malaikat serta Allah SWT akan menyebut mereka pada malaikat yang berada di sisi-Nya”.

[Riwayat Muslim (4867)]

 

Berdasarkan hadith di atas,  antara kelebihan atau fiqh al-Hadith yang boleh dikeluarkan daripada hadith tersebut adalah:

  1. Allah S.W.T. akan memudahkan jalan penuntut ilmu ke Syurga.
  2. Kelebihan kepada orang yang datang ke masjid untuk mempelajari al-Qur’an.
  3. Mendapat sakinah (hati yang tenang) dan Rahmat daripada Allah S.W.T.
  4. Mendapat perlindungan dan dinaungi oleh para malaikat semasa menuntut ilmu.
  5. Allah S.W.T. berbangga dengan malaikat akan hamba-Nya yang sedang menuntut ilmu kerana-Nya.
  6. Syarat yang diperlukan untuk mendapat semua ini perlulah dengan niat yang betul (ikhlas kerana Allah).

Begitulah, sedikit sebanyak hikmah apabila kita menuntut ilmu. Teatapi paling adalah dalam menjaga niat yang betul atau ikhlaskan hati kita. Untuk membantu dalam membersihkan hati kita dan memudahkan pengajian ilmu kita, saya akan mengkongsikan 4 perkara yang perlu ada kepada para penuntut ilmu supaya ilmu yang dipelajari mudah untuk difahami.

 

4 Perkara Penting Kepada Yang Sedang Menuntut Ilmu:

1. Berminat dengan ilmu tersebut.

Iaitu minat yang mendalam untuk mempelajarinya. Bukannya dipaksa oleh orang tua.

2. Beri perhatian pada ilmu tersebut.

Iaitu dengan rasa prihatin dengan ilmu itu. Buktikannya dengan belajar secara bersungguh-sungguh bukan belajar main-main dan sambil lewa sahaja. Jika ada minat sahaja tetapi anda tidak memberikan sepenuh perhatian, maka susahlah anda untuk memahami ilmu tersebut. Kedua-dua ini adalah saling berkaitan di antara satu sama lain.

3. Tunjukkan bahawa ilmu itu kita rasa penting.

Iaitu dengan menunjukkan kesungguhan dalam menuntut ilmu. Bukan hanya bersikap acuh tak acuh dengan ilmu yang dipelajari. Sebagai contoh, datang awal ke majlis ilmu, duduk depan dengan penuh beradab dan perhatikan bagaimana guru menelaah kitab-kitab tersebut.

4. Merasakan sangat dahaga akan ilmu.

Iaitu suatu sikap yang perlu ada pada setiap penuntut ilmu. Sehingga menjadi penyebab penuntut ilmu tidak akan pernah puas dan berhenti mencari ilmu kerana mereka terlalu cinta akan ilmu yang mendekatkan diri dia kepada Allah S.W.T.

 

2 Jenis Manusia di Dunia.

Tambahan pula, terdapat dua jenis manusia yang tidak akan pernah puas dan berhenti mancari sesuatu itu. Dan 2 jenis manusia itu adalah:

  1. Pencari dunia.
  2. Pencari ilmu.

Persamaan yang ketara di antara kedua jenis orang di atas ini adalah sangat jelas iaitu mereka akan berterusan sehingga ke akhir hayat untuk mencari dunia atau ilmu dicintainya. Tetapi perbezaan darjatnya atau kedudukannya sangat berbeza di sisi Allah S.W.T. tetapi apakah perbezaaannya?

Perbezaan pencari dunia dan pencari ilmu adalah:

1. Pencari dunia:

  • Tidak akan pernah berhenti bekerja. Siang dan malam masih bekerja. Hujung minggu pun masih bekerja. Selepas pencen pun masih mahu bekerja lagi.
  • Hal ini disebabkan apa yang mereka kejar (dunia) itu tidak akan pernah berasa puas dan cukup. Sehingga mereka berlumba-lumba di antara satu sama lain akan siapakah yang paling banyak hartanya di dunia.
  • Mereka tidak sedar semua ini hanyalah tipuan dan mainan dunia sahaja. Dan semuanya akan ditinggalkan selepas mati.
  • Penghujung bagi pencari dunia hanyalah murka Allah. Kerana apabila mereka mencari dunia semata-mata, mereka tidak akan pernah terfikir untuk mencari Allah S.W.T.
  • Akibatnya, mereka lupa pada Allah dan sentiasa sibuk dengan dunia.

 

 

2. Pencari ilmu:

  • Mereka akan menuntut ilmu pada setiap hari jika ada masa berkelapangan. Kerana apabila lagi banyak dia belajar, akan lagi banyak dia akan rasa tidak faham.
  • Disebabkan itu, mereka menuntut ilmu sehingga ke liang lahad. Tidak akan pernah berasa puas akan ilmu Allah sehingga ia bertemu dengan Sang Pemilik Segala Ilmu.
  • Dan hujung pencari ilmu adalah sujud pada Allah. Kerana apabila menuntut ilmu akhirat, ia akan mendekatkan seseorang hamba itu kepada Allah S.W.T.
  • AKhiranya, dia akan berjumpa dengan pemilik segala ilmu ini yang dipanggil Al’Alim iaitu Allah S.W.T. lalu sujud kepada-Nya.

 

Kesimpulannya.

Jadilah pencari ilmu bukan pencari dunia. Saya juga tersilap dalam bab ini sebenarnya tetapi kini saya sudah sedar. Oleh itu, marilah kita sama-sama berubah dan menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh. Amalkan 4 perkara di atas dan Insya Allah hati anda semua akan faham ilmu dengan mudah. Dan jangan lupa ikhlaskan hati anda menuntut ilmu kerana Allah.

 

Wallahua`lam.

Comments

comments

Related Post

3 Adab Menuntut Ilmu menurut Imam Al-Ghazali ﷽ Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan Sekelian Alam. Selawat dan Salam untuk Rasulullah S.A.W. dan tiada nabi lagi selepasnya, pembawa rahmat Keselur...
Bekalan Daripada Rasulullah SAW Bagi Para Penuntut... ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...
16 Pesanan Ikhlas kepada Penuntut Ilmu ﷽ الحمد لله رب العالمين، وصلى الله وسلم وبارك على عبده ورسوله، نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين، وبعد Alhamdulillah,kerana kita dapat berjumpa sekali la...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.