5 Kelebihan Orang Yang Bersabar

5-Kelebihan-Bersabar-Dengan-Ujian-Allah-Malaya-Journal

Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan Sekelian Alam. Selawat dan Salam untuk Rasulullah S.A.W. dan tiada nabi lagi selepasnya. Pembawa rahmat Keseluruh Alam,

Penulisan kali ini berdasarkan tadabbur ayat al-Quran yang telah di syarah oleh Syeikh Zaini Ahmad. Dan penulisan ini boleh dikatakan sebagai penambah rasa kepada artikel sabar dan solat yang telah saya publish sebelum ini. Di samping itu, Syeikh Zaini juga membahaskan 5 kelebihan yang diberikan oleh Allah kepada hamba-hambanya yang banyak bersabar.

Saya akan membahagikan artikel ini kepada tiga bahagian iaitu:

  1. Bentuk-bentuk Ujian Allah.
  2. Dua jenis sabar yang menjadi kunci syurga.
  3. Lima Kelebihan orang-orang yang bersabar.

 

Bentuk ujian Allah.

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman.
  1. Ketakutan. Sebagai contoh: Takut miskin, takut takde kerja
  2. Kelaparan. Contohnya takut hidup kelaparan, takut takde air seperti kemarau berpanjangan dan lain-lain.
  3. Harta berkurangan. Contoh terbaik adalah apabila duit berkurang sahaja, hati kita akan terus rasa gelisah padahal Allah sudah menetapkan rezeki masing-masing. Disebabkan kurang yakin, mereka akan bkerja bagaikan tidak akan mati.
  4. Diri sendiri diuji. Iaitu seperti ditimpa penyakit demam panas dan sebagainya.
  5. Tumbuh-tumbuhan. Terutamanya yang menjalankan perniagaan pertaniaan atau mereka yang mempunyai kebun-kebun. Apabila buah mereka kurang atau tidak tumbuh hasilnya. Mereka akan resah dan gelisah.

Jadi, sekiranya anda salah satu daripada bentuk-bentuk ujian di atas, apakah yang paling  utama anda harus lakukan? Jawapannya sudah tentu kita perlu bersabar. Tetapi jangan pula anda semua meninggalkan usaha dan berdoa kepada Allah. Ingatlah, segala uijian ini hanyalah untuk memalingkan manusia kepada Allah S.W.T. semula. Kerana kita sering kali gagal apabila ditimpa ujian kesenangan. Tetapi, jika ujian kesusahan menimpa, jarang sekali kita semakin jauh daripada Allah S.W.T.

Sebagaimana Firman Allah:

وَلَنُذِيقَنَّهُمْ مِنَ الْعَذَابِ الْأَدْنَى دُونَ الْعَذَابِ الْأَكْبَرِ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ

Dan demi sesungguhnya, Kami akan merasakan mereka sedikit dari azab dunia (ujian dan musibah) sebelum azab yang besar (di akhirat kelak), supaya mereka rujuk kembali bertaubat.

(As-Sajadah 32: 21)

 

2 Jenis Sabar Merupakan Kunci Ahli Syurga:

Untuk penjelasan lebih jelas sila dengar video pendek di  bawah.

 

Berdasarkan video pendek di atas, Syeikh Zaini Hj Ahmad mengatakan bahawa kunci syurga adalah sabar dan sabar terdapat dua jenis. Antaranya ialah:

  1.  Bersabar dengan ujian Allah yang menimpa.
  2.  Bersabar  dengan makhluk Allah.

 

Sebagaimana Firman Allah:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.

(Al-Baqarah 2: 153)

 

 

5 Kelebihan Orang Yang Bersabar.

.الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

.أُولَئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ

Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya.
Berdasarkan dua dalil di atas, Syeikh Zaini Ahmad membahaskan bahawa terdapat 5 kelebihan yang diberikan oleh Allah S.W.T. kepada hamba-Nya yang banyak bersabar.
  1. Mereka akan mendapat pujian daripada Allah. Yang bermaksud Allah S.W.T. mengampunkan dosa-dosa kita.
  2. Mereka akan mendapat Rahmat daripada Allah. Yang bermaksud Allah akan melimpah Kasih Sayang-Nya kepada orang-orang yang bersabar.
  3. Diberi petunjuk daripada Allah. Yang bermakna kepada sesiapa yang sentiasa bersabar dengan ujian yang diberikan Allah, pasti Allah akan sentiasa membimbing mereka. Sebagai contoh, semasa belajar ilmu agama kena banyak sabar. Ada sesetengah tak ambil kisah pun akan ilmu agama padahal hidup mereka senang-lenang. Tetapi kita pula yang belajar ilmu agama hidup kurang senang. Di sini anda perlu faham, hidup senang di dunia ini tidak bermakna hidup mereka diberkati atau disayangi Allah. Boleh jadi itu adalah ujian kesenangan daripada Allah S.W.T.
  4. Mereka diangkat dalam golongan yang berzikir. Iaitu mereka akan sentiasa ingat dan berzikir pada Allah. kerana sering kali kita lupa untuk berzikir pada Allah semasa sihat. Tetapi kalau sakit atau ada masalah yang menimpa, barulah kita akan ingat Tuhan Sekelian Alam. Janganlah kita jadi manusia sebegini rupa. Insya Allah.
  5. Diangkat oleh Allah S.W.T. menjadi golongan yang bersabar. Tetapi, siapakah golongan bersabar ini? Mereka inilah adalah para rasul dan para nabi iaitu manusia yang paling banyak bersabar. Dan diantara mereka semua ini yang paling banyak bersabar adalah rasul ulul azmi. Maksud ulul azmi ialah mereka yang mempunyai kesabaran yang tinggi. Dan yang paling banyak bersabar di antara ulul azmi itu sudah tentu Nabi Muhammad S.A.W.

 

Kesimpulannya.

Bersabarlah. Demi Allah, segala yang terjadi sudah ditetapkan Allah S.W.T. dan pasti ada hikmah daripada-Nya. Ingat, Allah S.W.T. sentiasa  bersama dengan orang-orang yang bersabar. Peringatan ini kepada diri penulis ini terutamanya. Jika nak dibandingkan dengan anda semua, masih banyak lagi kekurangan penulis dalam bab bersabar ini. Tetapi, marilah kita sama-sama beramal dengan menanam sifat kesabaran yang tinggi dalam diri kita semua. Insya Allah.

Wallahua`lam.

Comments

comments

Related Post

Kita Tidak Ada Pilihan Lain ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...
Redha Dan Sabar dengan Ujian Allah Barangsiapa yang ingin selamat  daripada Azab Allah, menginginkan rahmat-Nya serta ingin masuk ke Syurga-Nya, hendaklah dia menahan nafsu dari segala ...
Mengapa kita Ditimpa Musibah Oleh Allah? ﷽ Segala Puji bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana, Alhamdulillah, saya sentiasa diberi keizinan oleh Allah Ta'ala untuk mengahadiri kelas Dr Sha...
Kelebihan Utama Blog Malaya Journal ﷽ Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan Sekelian Alam. Selawat dan Salam untuk Rasulullah S.A.W. dan tiada nabi lagi selepasnya, pembawa rahmat Keselur...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.