5 Pesanan Wali Allah Tentang Maksiat

Pesanan-Wali-Allah-kepada-Pelaku-Maksiat-Malaya-Journal

Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarga Baginda serta para sahabat Baginda selepasnya.

5 tips meninggalkan maksiat di bawah ini adalah hasil daripada kajian bersama Ustaz Abdus Somad. Di dalam kajian tersebut, beliau telah menyampaikan kisah seorang Wali Allah di zaman tabi’in yang bernama Ibrahim bin Adham bersama beberapa orang yang bertanya kepadanya. Untuk meminta izin daripada beliau kerana mahu melakukan maksiat. Sangat pelik soalan mereka itu. Sebenarnya mereka hanya mahu meminta nasihat daripada Ibrahim bin Adham untuk meniggalkan maksiat.

Alhamdulillah, dengan kecerdasan yang diberikan Allah SWT kepada Ibrahim bin Adham berkat hubungannya  yang sangat rapat dengan-Nya. Beliau pun menjawab, “Nak buat maksiat? Silakanlah tapi ada syaratnya.” Syaratnya adalah seperti di bawah:

 

Syarat-syarat untuk melakukan Maksiat.

1. Cari tempat yang kira-kiranya anda tidak dilihat oleh Allah SWT.

Dan sudah tentu tidak ada tempatnya di atas muka bumi ini. Kerana Allah SWT sudah berfirman di dalam surah Al-Baqarah ayat 96 seperti di bawah:

وَاللَّهُ بَصِيرٌ بِمَا يَعْمَلُونَ  

 Dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa yang mereka lakukan.

Jadi, mustahil untuk anda melakukan dosa atau maksiat tanpa dilihat-Nya.

 

2. Jangan lakukan maksiat di atas bumi Allah.

Seterusnya, sebelum hendak lakukan maksiat pastikan anda keluar dahulu dari bumi Allah sebelum melakukannya. Kerana bumi ini milik Allah bukan milik kita. Allah hanya pinjamkan sahaja kepada kita untuk sementara waktu.

Firman Allah:

أَوَلَمْ يَرَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنَّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ كَانَتَا رَتْقًا فَفَتَقْنَاهُمَا ۖ وَجَعَلْنَا مِنَ الْمَاءِ كُلَّ شَيْءٍ حَيٍّ ۖ أَفَلَا يُؤْمِنُونَ

Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?

(Al-Anbiyaa’ 21:30)

 

 3.  Pastikan kamu tidak memakan rezeki daripada Allah.

Bilakah hari itu? Jawapannya, hari itu tidak akan berlaku. Kita bernafas pun Allah SWT yang bagi, jantung berdegup pun dengan izin Allah dan badan kita bergerak pun Allah yang benarkan. Justeru, jangan pernah kita merasakan segala apa yang diberi Allah adalah milik kita. Sesungguhnya  tidak ada daya dan kekuatan kita kecuali dengan izin Allah.

 

4. Jika dah buat maksiat, lalu kemudian datang malaikat untuk menyeret kamu ke tengah neraka maka jangan kamu ikut malaikat tersebut.

Dan sekali lagi, kita tidak akan mampu untuk melakukannya. Kerana Malaikat Zabaniyah dan Malaikat Malik ni bukan main garang lagi. Manusia dan jin kalau tengok diorang pun tak berani dah rasanya. Apatah lagi nak melawan. Cakap kat dunia bolehleh sembang power.

Ingatlah wahai sahabat-sahabatku, para malaikat ini sifatnya memang tak pernah ingkar kepada Allah. Kalau Allah suruh para malaikat seret kita ke neraka, pasti mereka akan lakukan tanpa tangguh-tangguh. Tiada lagi toleransi dan belas kasihan kepada kita.

 

5. Jika dah buat dosa, lihatlah kitab amalan dosa kamu dan ingkarilah semua yang kamu lakukan itu.

Saat ini adalah merupakan saat di mana kita menerima kitab amalan kita di hari akhirat nanti. Iaitu sama ada menerimanya dengan tangan kanan atau tangan kiri. Setelah anda menerima kitab amalan kamu itu, kemudian Allah berfirman:

 

A014

(Lalu Kami perintahkan kepadanya): “Bacalah Kitab (suratan amalmu), cukuplah engkau sendiri pada hari ini menjadi penghitung terhadap dirimu (tentang segala yang telah engkau lakukan)”.

(Al-Israa’ 17:14)

Selepas itu, time baca suratan amalan kamu yang telah ditulis Malaikat Ratib dan Atib, jawablah dengan mengatakan bahawa malaikat salah tulis. Tetapi sayangnya, anda pasti tidak akan mampu untuk melakukannya sebab time ni tak boleh tipu-tipu dah. Kerana anda akan diadili oleh Tuhan Yang Maha Adil dan Yang Maha Mengetahui di hari yang tidak ada naungan kecuali daripada-Nya. Segala anggota badan anda akan berkata dan menjadi bukti paling kukuh anda melakukan maksiat itu.

Wahai saudaraku, ingatlah, setiap amalan kejahatan kamu walau sekecil zarah pun akan dikira sebagaimana firman-Nya:

al-zalzalah-ayat-8-Malaya-Journal

Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

(Az-Zalzalah 99:8)

Begitu juga dengan amalan kebaikan kamu walau sekecil zarah sekalipun. Firman Allah:

al-zalzalah-ayat-7-Malaya-Journal

Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

(Az-Zalzalah 99:7)

Sebagai penutup, saya mahu kongsikan rukun taubat yang telah diajarkan oleh Abdullah Bin Abbas R.a. iaitu:

  1. Menyesal dalam hati
  2.  Diikrarkan dengan lidah. Contohnya seperti banyakkan istighfar kepada Allah.
  3. Tekad yang kuat dan tidak akan kembali kepada perbuatan itu lagi. Iaitu tidak mengulangi maksiat itu lagi.

Kesimpulannya, marilah kita sama-sama berhijrah daripada selalu melakukan masiat kepada sentiasa malakukan amal soleh. Ingatlah para sahabatku semua, Nabi SAW pernah bersabda:

إِنَّكَ لَنْ تَدَعَ شَيْئاً لِلَّهِ عَزَّ وَجَلَّ إِلاَّ بَدَّلَكَ اللَّهُ بِهِ مَا هُوَ خَيْرٌ لَكَ مِنْهُ

Sesungguhnya jika engkau meninggalkan sesuatu karena Allah, niscaya Allah akan memberi ganti padamu dengan yang lebih baik.”

(HR. Ahmad )

Video di bawah boleh dijadikan motivasi kepada anda agar meninggalkan sesuatu yang haram. Semoga Allah ampunkan dosa kita semua.

 

Wallahua`lam.

Comments

comments

Related Post

Kesan Melakukan Maksiat Pada Diri Kita ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...
Adakah Anda Sering Melakukan Dosa Besar ini? Alhamdulillah, kita berjumpa sekali lagi. Hari ini saya mulakan dengan video pendek dan padat dengan isi-isi penting tentang dosa besar yang sering...
Kelebihan dan Pentingnya Ingat Mati Pada hari Jumaat (15/9/2017) yang lalu, seperti biasa saya pergi ke kuliah maghrib tetapi kali ini ada keistimewaannya yang tersendiri. Dan saya rasa ...
Dosa Besar – Hukum Judi Dalam Islam ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.