50 Pengajaran Kisah Ashabul Kahfi

50-pengajaran-daripada-kisah-ashabul-kahfi-Malaya-Journal

Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan Sekelian Alam. Selawat dan Salam untuk Rasulullah S.A.W. dan tiada nabi lagi selepasnya. Pembawa rahmat Keseluruh Alam,

Disebabkan pengajaran kisah pemuda al-kahfi ini sangat penting lebih-lebih kepada umat akhir zaman ini, saya sebagai penuntut ilmu yang kerdil berasa amat perlu untuk mengkongsikan 50 pengajaran daripada kisah Ashabul Kahfi ini. Dan saya tidak akan menceritakan tentang bagaimana kisah ashabul kahfi berlaku kerana sudah banyak kali kita mendengar pada kuliah-kuliah agama dan kisahnya juga banyak diceritakan serta ditulis di blog-blog lain.

Cuma yang kurang atau tidak ditekankan adalah pengajaran ysng bolrh diambil daripada kisah Ashabul Kahfi ini. Jadi saya disini akan menulis tentang 50 pengajaran yang boleh kita pelajari daripada kisah ashabul kahfi ini.



50 Pengajaran Pemuda Al-Kahfi:

1. Orang kafir ini ada kerjasama di antara mereka. Dan kita tidak sepatutnya mempercayai mereka 100% kerana kadang-kadang mereka hanya nampak baik padahal mereka sentiasa berfikir untuk menjatuhkan kita seperti Zionis Israel. Tetapi jangan sampai terlalu paranoid sehingga asyik bersangka buruk.

2. Golongan yahudi adalah golongan yang sangat keras menentang orang islam. Dan kaum mereka inilah yang paling membenci dan memusuhi orang-orang Islam sejak dahulu lagi.

3. Yahudi zionis mahaguru kepada segala kejahatan dan kerosakan di atas dunia. Dan ini sudah terbukti. Lihatlah bagaimana mereka merosakkan negara Palestin sehingga menjadikan Baitul Maqdis sebagai ibu kota Israel. Sungguh biadap perbuatan mereka ini.

4. Kisah-kisah dalam al-Quran sudah memadai untuk dijadikan teladan.

5. Tidak perlu memperincikan cerita yang Allah S.W.T. rakamkan secara umum di dalam al-Quran. Sebagai contoh, gua di mana 7 pemuda ini tinggal dalam kisah ashabul kahfi ini tidak diberitahu oleh Allah S.W.T. di dalam al-Quran. Jadi, tidak perlulah kita mengkaji atau mencari lokasi gua tersebut.

6. Bukti dalil Quran yang cukup jelas bahawa ada karamah di antara orang-orang yang soleh ini. Mereka akan diberikan karamah oleh Allah S.W.T. disebabkan takwa dan tawakkal mereka kepada Allah.

7. Banyak ayat-ayat kekusaaan Allah yang menunjukkan Allah Maha Perkasa.

8. Allah sentiasa menjaga dan melindungi para wali-Nya.

9. Orang mukmin mesti kembali dan berpegang teguh dengan ajaran Allah. Bukan hanya beriman ala kadar ataua bersikap acuh tak acuh sahaja. Kita sepatutnya bertakwa dengan sebenar-benar takwa.



10. Kisah ashabul kahfi yang dirakamkan Allah Ta’ala di dalam al-Quran dengan benar. Dan tidak ada keraguan lagi.

11. Allah gambarkan kisah ashabul kahfi ini golongan muda. Bukannya orang-orang tua. Pengajarannya adalah kita perlu mendidik anak-anak kita sejak muda lagi. Tujuannya adalah untuk melahirkan pemuda-pemuda yang beriman kepada Allah dengan seteguh-teguhnya.

12. Allah Ta’ala jadikan bagi manusia kuasa untuk berusah dan beriktihar. Jadi, beriktihar dengan menjadi manusia yang diredhai Allah.

13. Allah penuhkan dalam hati pemuda ashabul kahfi dengan iman. Sebab mereka kembali pada Allah.

14. Peringkat dakwah ada peringkatnya. Belajar dahulu, mengajak orang secara berhikmah dan lemah lembut kemudian berdepan dengan penguasa yang zalim.

15. Isu aqidah dan perkara yang menyentuh akan iman tidak akan melekat dlm hati kecuali apabila kita beramal dan ikut perintah Allah Ta’ala.

16. Mana-mana pandangan tidak boleh diterima kecuali bertepatan dengan Al-Quran.

17. Golongan yang paling zalim di kalangan dalam manusia ialah yang membuat pendustaan terhadap Allah. Sebagai contoh orang-orang Kristian mengatakan Nabi Isa anak Tuhan sedangkan Allah S.W.T. tidak beranak dan tidak diperanakkan.

18. Boleh beruzlah apabila kita tidak dapat beriman kepada Allah bukan dengan sengaja mengasingkan diri dengan alasan mahu beribadah. Kerana bangun pada akhir malam sudah mencukupi kalau nak beribadah dengan senyap dan tenang.

19. Bercampur dgn orang lain di atas dasar dakwah adalah satu anugerah yang besar.

20. Bercampur atau berkawan dengan manusia yang tidak beriman kepada Allah Ta’ala hanya tubuh sahaja bukan pada perasaan dan hati. Jangan terpengaruh dengan kebatilan mereka. Lepak sebab nak berdakwah adalah tujuan yang utama.

21.  Apabila 7 pemuda dalam kisah ashabul kahfi masuk ke dalam gua. Allah Ta’ala permudahkan segala urusan mereka.

22. Allah Ta’ala sentiasa menjaga 7 pemuda kisah ashabul kahfi. Buktinya, tidak ada orang kacau atau terjumpa dengan mereka ini pun. Padahal mereka tidur selama 309 tahun.



23. Bersahabatlah dengan orang soleh. Kerana kita juga akan mendapat nikmat kesolehan itu. Sebagaimana anjing yang diceritakan oleh Allah S.W.T. di dalam kisah ashabul kahfi itu.

24. Jangan sibuk berbincang dengan benda-benda kecil yang tidak memberi manfaat kepada kita. Buang masa sahaja. 

25. Keharusan melantik wakil. Kerana di dalam kisah ashabul kahfi ini, 7 pemuda ini telah melantik seorang wakil untuk membeli makanan.

26. Mengajar kepada kita supaya jangan berhutang.

27. 7 pemuda kisah ashabul kahfi ajar kepada kita supaya berhati-hati ketika hendak membeli makanan. Pastikan beli makanan yang halal.

28. Asas makanan ialah yang bersih dan halal.

29. Al-Quran mengambil kira perasaan kita dalam makanan dan yang paling penting makanan itu halal dan bersih.

30. Kisah ashabul kahfi mengajar kita supaya berlembut bila bercakap dan berdepan dengan orang. Jangan bercakap dengan ganas dan kasar.

31.  Jangan bagi orang kesan siapa dia kamu. Terutama dalam berdakwah. Caranya adalah supaya kita berhati-hati. Biar orang boleh terima dakwah.

32. Pemuda  kisah ashabul kahfi sangat berhati-hati dalam berdakwah kerana takut kena bunuh. Mereka bijak dalam berdakwah sehingga tidak dapat dikesan raja yang zalim.



33. Tidur yang lama dalam kisah ashabul kahfi ini adalah di antara dalil yang kuat. Untuk membuktikan kuasa Allah akan membangkitkan kita semula dari kbur.

34. Penguasa ketika itu berkeras mahu membina masjid di atas gua tersebut. Ini menunjukkan penguasa yang keras kepala akan buat apa yang dia nak bukan ikut syarak. Bab agama kempen biasa je tetapi kalau bab nafsu, kempen sepenuh jiwa dan raga.

35. Quran menyebut sebahagaian sahaja yang lain hanya isyarat sahaja.

36. Quran beri isyarat bilangan sebenar bilangan pemuda di dalam kisah ashabul kahfi iaitu seramai 7 orang.

37. Quran mengajar kapada kita supaya tanya ulama yang belajar al-Quran bukan pada orang lain yang tidak berilmu.

38. Nabi Muhammad S.A.W. terlupa berkata insya Allah. Dalil bahawa Baginda S.A.W. pun boleh terlupa dan manusai seperti kita juga.

39. Segala yang berlaku atas dunia ini atas kehendak Allah Ta’ala. Dan tidak akan berlaku tanpa kehendak Allah.

40. Manusia sangat lemah.

41. Perancangan yang dibuat oleh manusia hanya perancangan sahaja. Kalau betul-betul terjadi, itu hanya dengan kuasa dan izin Allah S.W.T.

42. Kisah ashabul kahfi mengajar kita supaya menggantungkan kerja kita dengan Insya Allah. Jangan kata confirm jadi. Mesti kena cakap insya Allah jika ia sesuatu yang akan berlaku atau dibuat pada masa akan datang.

43. Sifat lupa itu sifat manusia.

44. Apabila terlupa, ingat dan sebut balik. Contohnya, bila tak teringat baca bismillah sebelum makan, baca bismillah apabilateringat ketika makan.

45. Al-Quran telah menetapkan pemuda kisah ashabul kahfi tidur selama 309 tahun.

46. Terdapat 15 dalil yang menunjukkan al-Quran mari daripada Allah bukan daripada rekaan Nabi Muhammad S.A.W.

47-50. lagi tiga pengajaran tidak dapat difahami dan direkod dengan jelas oleh penulis. Saya minta maaf sangat-sangat.



Tetapi jangan risau, kerana 50 pengajaran di atas ini anda boleh mempelajarinya dan mendengar syarahan tersebut di sini. Syarahan atau kuliah tersebut telah disampaikan oleh Dr Abdul Basit yang merupakan mudir bagi Pondok Sungai Durian. Beliau merupakan seorang yang sangat berpengalaman mengajar kitab-kitab jawi lama dan kitab-kitab arab. Insya Allah anda akan lebih memahaminya berbanding membaca penulisan saya ini sahaja.

Wallahu A’lam.

Comments

comments




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.