6 Perkara Penyebab Hati Rosak Menurut Imam Hasan Al-Basri

Baiklah kita mulakan artikel kali ini dengan sedikit-sebanyak siapa dia Imam Hasan Al-Basri.

Imam Hasan Al Basri merupakan seorang tabi’in dan seorang yang sangat alim. Beliau dilahirkan di kota Madinah dan mendapat pendidikan awal daripada Ummu Salamah (isteri Nabi Muhammad S.A.W) dengan mendalami ilmu hadis pada usia yang masih muda. Kemudian, beliau behijrah ke Basrah untuk menyambung pengajian beliau. Sebelum kewafatan beliau, beliau meninggalkan pesanan kepada kita semua tentang 6 perkara yang menyebabkan hati menjadi rosak.

6 perkara menjadikan hati kita menjadi rosak:

1.  Mereka sengaja berbuat dosa dengan dengan dengan harapan ada kesempatan untuk bertaubat.

Sedangkan mereka mengatahui bahawa mati itu boleh berlaku pada bila-bila masa. Orang-orang yang seperti ini kebanyakannya berfikir mereka masih muda dan masa muda digunakan untuk “enjoy”. Mereka itulah orang-orang yang rugi.

 

2. Mereka suka menuntut ilmu tetapi tidak suka beramal.

Seperti pepatah bahasa arab, “ilmu tanpa amal ibarat, pokok yang tidak berbuah” kerana ia tidak dapat memberi manfaat kepada penggunanya.

 

3. Mereka yang mengamalkan ilmu tetapi tidak ikhlas kerana Allah.

Contohnya, berkorban pada hari raya korban kerana mahukan kepala lembu, meminta upah apabila membantu melapah lembu, datang ke majlis tahlil kerana mahu makan percuma dan sebagainya. Disebabkan amalan mereka seperti ini (temasuk saya juga), hati mereka mula mengeras sedikit demi sedikit.

Untuk melembutkan hati yang keras ini, Ustaz Fairuz Shah Badli mengatakan hendaklah kita menuntut ilmu dengan para ulama’ untuk memecahkan nafsu kita yang membuak-buak tersebut. Hanya dengan ilmu dapat mendatangkan rasa ikhlas di atas setiap perbuatan kita.

 

4. Mereka makan rezeki daripada Allah namun mereka tidak bersyukur kepada Allah.

Contohnya, mereka makan dan mendapat rezeki yang diberikan Allah tetapi mereka tidak mahu bersolat, berpuasa dan membayar zakat. Mereka kufur nikmat. Mereka berfikir nikmat yang mereka dapati adalah disebabkan oleh kepandaian mereka sahaja. Peristiwa ini telah dirakamkan di dalam Al-Quran pada zaman Nabi Musa A.S. Dan peristiwa ini berlaku apabila kaum Nabi Musa menegur Qarun yang bersifat terlampau sombong dengan kekayaan yang diberikan daripada ALLAH Taala:

“Qarun menjawab (dengan sombongnya): “Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku”. (Kalaulah Qarun bijak pandai) tidakkah ia mengetahui dan pandai memahami, bahawa Allah telah membinasakan sebelumnya, dari umat-umat yang telah lalu, orang-orang yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta kekayaan ? Dan (ingatlah) orang-orang yang berdosa (apabila mereka diseksa) tidak lagi ditanya tentang dosa-dosa mereka, (kerana Allah sedia mengetahuinya).”

(Al-Qasas 28: 78)

 

5. Mereka yang tidak redha dengan pemberian Allah.

Sedangkan kita hanya hamba dan hamba tidak layak untuk tidak meredhai pemberian Tuhannya. Jika kita dapat apa yang dihajatkan maka ucapkanlah Alhamdulillah dan jika sebaliknya ucapkanlah Alhamdulillah. Kerana pemberiaan Allah tidak mengikut keinginan seorang hamb tetapi mengikut kehendak-Nya. Siapalah kita untuk tidak meredhai pemberian Allah.

Untuk penjelasan lebih lanjut akan perkara ini, sila lihat video di bawah:

 

6. Mereka sering mengebumikan orang mati tetapi mereka tidak mengambil iktibar daripada kematian tersebut.

Adakah anda pernah solat jenazah? Jika ya, adakah anda mengambil pengajaran akan kematian mereka? Dan perkara ini agak sukar jika kematian tersebut bukan daripada ahli keluarga terdekat kita.

Tetapi itulah salah satu sebabnya kita melakukan tahlil. Tahlil juga bertujuan untuk mengingatkan kita bahawa masa kita untuk mati akan sampai suatu hari nanti. Dan tidak ada apa pun yang dapat menghalang malaikat Izrail daripada mencabut nyawa kita semua.

 

Mengapa penting sekali kita menjaga hati daripada rosak?

Ini adalah disebabkan Rasulullah S.A.W pernah bersabda:

“… Ingatlah! Sesungguhnya dalam jasad (manusia) ada segumpal darah. Jika ia baik, maka baiklah jasad keseluruhnya. Jika ia rosak, maka rosaklah jasad keseluruhnya. Ingat! Itulah dia hati.”

(Hadis riwayat Bukhari & Muslim)

Berdasarkan hadits di atas, Rasulullah S.A.W sendiri yang mengingatkan kita supaya sentiasa menjaga hati kita selama mana kita hidup. Sebagai kesimpulan, kita mesti menjaga hati kita daripada rosak. Dan salah satu punca hati menjadi rosak apabila kita sering melakukan dosa. Dengan setiap satu dosa, satu bintik hitam akan hinggap di hati kita. Jadi marilah kita perbanyakkan istighfar supaya Allah mengampunkan dosa-dosa kita yang telah lalu.

Saya akhiri pesanan 6 punca hati rosak daripada Imam Hasan Al-Basri dengan sepotong syair daripada beliau sendiri:

Wahai  pemuda yang maksiat kepada Rabbul Izzati,

Tahukah engkau balasan orang yang derhaka,

Baginya Neraka Syair penuh gemuruh nyala api,

Di hari yang tidak boleh berbuat apa-apa,

Jika tahan api neraka buatlah derhaka,

Jika tidak ditinggalkan saja,

Atas dosa yang engkau perbuat,

Hapuskanlah sungguh-sungguh dengan taubat.

 

Comments

comments

Related Post

Apa itu Rukun Islam? ﷽ Segala Puji bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana,   Semalam saya telah menonton sebuah video online iaitu tentang nilai masa di sis...
Orang-orang Yang Paling Rugi Di Dunia ﷽ Segala Puji bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana, Hari ini kita akan bincangkan siapakah dia orang-orang yang paling rugi itu? Iaitu orang-oran...
Orang Amerika Islamophobia, Orang Singh Jadi Mangs... Kalau nak cerita pasal sejarah Amerika ini, memang tertido la jawabnya korang semua. Sebab semua dah tahu kebanyakannya. Tapi yang peliknya orang Amer...
I Am A Muslim and I Need to Confess Something   Yes, for those who did not about me. I am proud to be a Muslim. But, based on the last part of the surah A-li'Imraan 3:112 above, Allah ...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.