6 Tips istiqomah dijalan Allah Hingga Mati

Istiqomah-dijalan-Allah-SWT-Malaya-Journal

Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarga Baginda serta para sahabat Baginda selepasnya.

Istiqomah dijalan Allah adalah suatu yang sangat sukar untuk diperolehi kerana musuh kita syaitan dan iblis laknatullah sentiasa berusaha untuk menghalang kita. Tambahan pula,  ditambah dengan nafsu yang membuak-buak, semakin sukarlah kita untuk kekal istiqomah dijalan Allah ke akhir hayat kita.

Tetapi, untuk melawan musuh-musuh kita di atas, ada caranya dan cara ini sudah dibuktikan keberkesanannya oleh Rasulullah SAW, para sahabat dan para salafus soleh. Iaitu dengan menuntut ilmu agama dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.



Untuk memahami lebih lanjut tentang seseorang yang mempunyai ilmu dan mengamalkannya dengan orang yang mempunyai ilmu tidak mengamalkannya, sila dengar penjelasan pendek daripada Syeikh Muhd Zainul Asri di bawah:

 

Dalil-Dalil istiqomah dijalan Allah.

Dalil Al-Quran.

Firman Allah SWT:

A102

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

(A-li’Imraan 3:102)

Menurut Dr Abdul Basit, ayat di atas menunjukkan Alah SWT mengajar kita supaya kekal istiqomah dalam amalan hingga ke akhir hayat kita. Iaitu dengan sentiasa melakukan amal soleh supaya kita sentiasa ingat kepada Allah sehingga ke akhir hayat kita. Dengan Istiqomah dijalan Allah ini, insya Allah kita akan diberi khusnul khotimah dengan izin Allah SWT.

Selain itu, ayat di atas ini juga mengajar kita supaya memelihara iman kita. Terutamanya ketika hendak mati. Tetapi, ada ke orang tahu bila dia akan mati? Jawapannya sudah tentu tidak, kerana ajal maut hanya Allah SWT yang mengetahuinya. Disebabkan tak tahu bila kita akan mati, inilah kepentingan utama Istiqomah dijalan Allah.



Dalil Hadis.

Pertama:

Hadis berkenaan kelebihan menyebut kalimah tauhid sebagai perkataan terakhir sebelum mati, iaitu Hadis Mu’az Bin Jabal, bahawa Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang akhir perkataannya ialah ‘La IlahaIllallah’ maka dia akan masuk syurga”.

(Riwayat Abu Daud, 3/190, no: 3116; dan Al-Hakim, 1/503, no: 1299).

Kedua:

Hadis berkenaan tuntutan supaya dibacakan kalimah tauhid kepada orang yang sedang nazak, iaitu hadis Abu Sa’idal-Khudri, bahawa Nabi Sallallahu Alahi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Bacakan kepada orang-orang yang hampir mati: ‘La IlahaIllallah

(Riwayat Muslim, 2/631, no: 916).

 

6 tips Istiqomah dijalan Allah.

6 tips ini juga boleh diguna pakai untuk mendapatkan husnul khotimah. Tips tersebut adalah:

  • Banyakkan meminta pertolongan dengan Allah SWT supaya minta mati dalam keadaan baik.
  • Banyakkan membaca al-Quran dan beramal dengan al-Quran. Bukannya hanya baca sahaja.
  • Biasakan diri banyakkan berzikir kepada Allah SWT. Terutamanya zikir selepas solat dan zikir pagi dan petang.
  • Menjaga solat berjemaah di masjid. Kerana bukti keimanan seseorang itu dapat dilihat apabila dia berulang-alik ke masjid atau surau. Malah, apabila mereka sentiasa solat berjemaah di masjid, syaitan dan iblis akan semakin sukar untuk menghasutnya kerana ilmu dan imannya semakin bertambah. Disebabkan itulah, para sahabat sentiasa menjaga solat berjemaah bersama Rasulullah SAW walaupun sesibuk mana mereka itu. Kalau nak solat kat rumah boleh je, tapi solat-solat sunat je sebab solat fardhu tunaikanlah di masjid.
  • Banyakkan berkawan dengan orang-orang soleh. Hal ini kerana anda pun tahu, pengaruh sahabat ini sangat besar dalam kehidupan kita. Jika kita tidak bersama keluarga kita, merekalah yang akan menggantikan kekosongan mereka. Dan iman kita pula adalah cerminan kepada kawan kita. So, kalau kita banyak bergaul dengan orang-orang soleh ini, insya Allah kita pun akan jadi soleh dengan izin Allah. Cubalah try kalau tak percaya. Buat kawan dengan orang yang selalu solat berjemaah di masjid, suatu hari nanti bila anda tak pergi, dia akan ajak dan ingatkan anda untuk ke masjid.
  • Memperbanyakkan ingat syurga dan neraka. Iaitu mengingati mati. Sebagai contoh, ziarah kubur ahli keluarga anda yang sudah meninngal dunia supaya untuk takutkan kita kepada azab seksa Allah SWT yang sangat pedih.



 

Kesimpulannya.

Marilah kita sama-sama berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk Istiqomah dijalan Allah SWT. Jangan tangguh-tangguh lagi dan teruskan menuntut ilmu agama. Peringatan ini buat diri saya terutamnya dan diri anda semua agar sentiasa Istiqomah dijalan Allah. Selamat beramal semua.

Wallahua`lam.

Comments

comments




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.