7 Amalan Bulan Ramadhan

7-Amalan-Bulan-Ramadhan-Malaya-Journal

Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarga Baginda serta para sahabat Baginda selepasnya.

Pertama Sekali, penulis hendak mengucapkan terima kasih kepada semua pembaca setia atau pun pembaca baru blog Malaya Journal.  Lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan ini. Penulis juga ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua orang di sini. Semoga korang semua sihat selalu.

Sebenarnya, penulis tak bercadang pun nak tulis panjang-panjang kerana bulan puasa ini korang nak kena banyak baca al-Quran. So, penulis taknak kacau korang nak beribadah kepada Allah SWT dan 7 amalan bulan ramadhan ini hanyalah sekadar “reminder” dan nasihat untuk kita semua.



7 amalan bulan ramadhan.

1. Berpuasalah di bulan Ramadhan.

Firman Allah Ta’ala:

A183

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

(Al-Baqarah 2:183)

Berdasarkan ayat di atas, maksud bagi puasa di atas bukanlah menahan diri daripada makan dan minum sahaja. Tetapi, Imam Al-Ghazali dalam Ihaya’ Ulumuddin  membahasakan bahawa puasa di atas ada tiga peringkat. Iaitu:

  • Peringkat Pertama: Menahan diri daripada makan, minum dan kemaluan daripada nafsu syahwat.
  • Peringkat Kedua: Menahan diri daripada makan, minum dan kemaluan daripada nafsu syahwat serta menahan anggota badan daripada melakukan maksiat. Contohnya seperti menjaga pendengaran dan penglihatan daripada melakukan maksiat.
  • Peringkat Ketiga: Menahan diri daripada makan, minum dan kemaluan daripada nafsu syahwat serta menahan anggota badan daripada melakukan maksiat. Dan ditambah pula dengan menjaga hati kita daripada perkara-perkara yang melalaikan daripada mengingati Allah SWT.

Justeru, ketiga-tiga di atas inilah maksud berpuasa yang sebenarnya dan peringkat paling tinggi sudah tentu yang ketiga. Agak-agak boleh tak kita sampai tahap sebegitu? Penulis menyeru agar kita semua sama-sama menuju ke peringkat puasa yang ketiga.

 

2. Berdampinglah dengan al-Quran.

Amalan bulan Ramadhan yang kedua  bermakna kita semua haruslah memperbanyakkan membaca al-Quran pada bila-bila waktu sekalipun. Senang cerita, ada masa lapang sikit je, bukan al-Quran di henset dan baca. Ingat ye, baca al-Quran di henset taidak perlu mengambil wuduk kerana al-Quran di henset tidak dikira sebagai mushaf al-Quran.

Bagi yang tidak tahu atau tidak lancar untuk membaca al-Quran pula, carilah ustaz-ustaz untuk mengajar anda. Jangan malu dan jangan segan kerana masa anda sudah suntuk. Gunakanlah bulan Ramadhan ini sebagai motivasi kepada diri anda untuk berlatih membaca al-Quran.

Saya syorkan untuk anda semua biasakan membaca al-Quran 7  minit sebelum dan 7 minit selepas setiap solat fardhu. Dan lagi bagus  semasa membaca al-Quran itu, anda dapat habiskan 2 muka surat al-Quran pada setiap 7 minit bacaan sebelum dan selepas solat fardhu. Kemudian, teruskan istiqomah hingga 30 hari, insya Allah anda semua akan berjaya khatamkan 30 juzuk  al-Quran.

Tetapi, bagi yang tidak lancar bacaan al-Qurannya, bacalah 5 minit sebelum dan selepas solat fardhu serta paksa diri untuk istiqomah melakukannya hingga ke akhir Ramadhan. Berapa juzuk anda baca itu tidak perlu anda fokuskan. Fokuskan kepada berapa lama anda baca sahaja kerana anda masih belum lancar membaca al-Quran.



Bagi yang wanita yang “uzur syari’e” pula, Ustaz Syed Jofri berpesan ketika tidak boleh membaca al-Quran, biasakan diri untuk membaca terjemahan al-Quran selama 5 minit pada sebelum dan selepas waktu solat fardhu. Selain itu, bagi menggantikan solat fardhunya pula, biasakan diri anda semua untuk duduk di sejadah untuk berzikir selama 5 minit di rumah atau di pejabat.

Hal ini sangat wajar dilakukan bagi wanita yang “uzur syari’e” kerana masih ramai yang stop terus beribadah kepada Allah SWT apabila datangnya haid. Dan apabila sudah bersih pula, momentum ibadah di awal Ramadhan tidak dapat atau sukar untuk  dihidupkan kembali.

 

3. Solat Awal Waktu.

Amalan bulan Ramadhan yang ketiga adalah pastikan anda semua solat di awal waktu. Ia bermaksud masuk waktu solat je, anda terus tunaikan solat fardhu tersebut. berhenti sekejap buat kerja anda.  Dan sudah tentu, yang lagi terbaik adalah solat berjemaah di awal waktu sama ada di pejabat, surau atau masjid berdekatan.

 

4. Bangun Solat Malam.

Masuk bab solat malam ini memang kena keras sikit. Sebab FIFA  World Cup 2018 dah nak start dan sahur pun korang mesti bangun jugak. Tetapi sebab apa susah sangat nak ambil wuduk dan solat sunat tahajud dua rakaat?  Jika, korang tanya penulis ada tips solat malam tak? Penulis ada satu je iaitu paksa diri kita untuk solat malam.  Sebenarnya itu je caranya. Sebab kalau nak tunggu hilang mengantuk memang tak buatlah jawabnya.



5. Kurangkan tidur di siang hari.

Amalan bulan Ramadhan yang kelima adalah tentang  tidur. Hal ini disebabkan semasa orang Islam berpuasa masih ramai yang hanya tidur untuk menunggu waktu berbuka. Dan banyak sekali dilakukan oleh anak-anak muda kita termasuk saya juga kadang-kadang.

Tapi, kadang-kadang diorang yang kuat tidur ini pandai juga menjawab. Diorang kata tidur itu pun satu ibadah. Ya, memang betul tapi kalau dah tidur sampai nak buka puasa baru bangun dan sampai waktu solat pun akhir waktu. Yang itu dah boleh menjadikan puasa anda semua jatuh makruh. Dan segala amalan makruh ini perlu dielakkan keran amalan makruh dibenci Allah SWT.

 

6. Jaga Pemakanan Kita.

Amalan bulan Ramadhan yang keenam adalah berkaitan dengan pemakanan kita. Hal ini kerana pembaziran makanan di bulan Ramadhan sangatlah tinggi. Jadi, ustaz telah menyeru kepad penulis untuk mengingatkan anda semua agar jaga pemakanan kita semasa berbuka terutamanya. Tujuannya adalah kerana untuk mencegah daripada pembaziran makanan dan untuk memastikan kekenyangan tidak mengganggu ibadah kita di bulan Ramadhan. Terutamanya solat sunat tarawih.

 

7. Perbanyakkan Sedekah.

Amalan bulan Ramadhan yang terakhir sekali adalah perbanyakkan sedekah terutamanya untuk tujuan iftar. Trick dia senang je, sedekahlah ikut kemampuan anda walaupun 1 Ringgit Malaysia. Tetapi kalau tak ada duit langsung, pergi kat masjid dan cakap nak tolong sediakan makanan dan minuman untuk orang-orang berbuka. Insya Allah mereka akan bagi kerja kat anda.  Ada faham semua? Selagi ada duit kita sedekah, akalu takde duit kita guna tenaga kita untuk berkhidmat di jalan Allah SWT. Tiada alasan.



Kesimpulannya.

Selamat beramal semua. Semoga Allah SWT mudahkan anda semua untuk lakukan 7 amalan bulan Ramadhan ini serta mampu perbanyakkan ibadah yang lain di bulan Ramdhan yang mulia ini.

Wallahua`lam.

 

Comments

comments




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.