8 Perkara Yang dituntut dalam Islam oleh Imam Syafie

8-Perkara-Yang-dituntut-dalam-Islam-oleh-Imam-Syafie-Malaya-Journal

Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarga Baginda serta para sahabat Baginda selepasnya.

8 Pesanan Imam Syafie Rahimahmullah kepada manusia sejagat ini telah diambil oleh penulis melalui kuliah syarah al-Hikam yang disampaikan oleh Dr. Zulkifli Mohammad Al-Bakri. Jawatan beliau sekarang adalah Mufti Wilayah dan beliau merupakan seorang yang sangat suka membaca buku-buku keagamaan serta suka mengajarkan ilmu agama kepada orang ramai.

Tujuan penulis ingin menyampaikan 8 pesanan ini adalah kerana penulis berasa walaupun 8 perkara ini sering kali diingatkan kepada orang-orang Islam. Namun, bukan semua dapat melakukannya termasuk juga penulis sendiri. Jadi, penulis mengambilkesempatan ini untuk mengingatkan diri sendiri dan pembaca blog ini untuk sama-sama mengamalkan 8 pesanan daripada imam syafie ini.



Justeru, peringatan ini disematkan di blog ini untuk dijadikan reminder kepada kita semua tentang 8 perkara yang dituntut kepada orang-orang islam bermula daripada bangun daripada tidur hinggalah tidur kembali.

 

8 perkara dituntut bermula waktu pagi oleh Imam Syafie.

1. Mengamalkan isi kandungan al-Quran.

Yang bermakna al-quran dijadikan panduan hidup kita yang kekal abadi. Sebagaimana firman-Nya:

A002

Maksudnya: Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;

(Al-Baqarah 2:2)

Namun demikian, masih ramai umat Islam yang terkeliru dengan al-Quran. Mereka hanya ingat al-Quran untuk dijadikan sebagai bahan bacaan harian sahaja, dibaca dengan dilagukan atau pun berbincang  tentang bab tajwid sahaja. Padahal, al-Quran itulah punca kita umat Islam diangkat darjatnya sebagai umat terbaik.

Dan caranya hanya satu, iaitu dengan mengamalkan isi-isi yang terkandung di dalam al-Quran. Akibatnya, kerana begitu ramai orang Islam sendiri yang  meninggalkan ajaran al-Quran dengan tidak mengamalkannya. Umat Islam menjadi lemah dan dipijak oleh musuh-musuh Islam tanpa rasa takut.



 

2. Mengikut Sunnah Nabi SAW.

Iaitu dengan mempelajari hadith-hadith Baginda SAW dan meniru segala perbuatan Baginda SAW dalam kehidupan seharian. Siap dapat pahala lagi kalau kita tiru Rasulullah SAW sebijik-sebijik apa yang Baginda SAW lakukan . Itulah betapa mulianya Baginda SAW itu.

Selain itu, Dr Zulkifli juga mengingkat kepada penulis bahawa kita juga harus mempelajari sirah-sirah Nabi SAW dan para sahabat kerana segala peristiwa tersebut akan berlaku kembali di zaman sekarang. Cuma wataknya sahaja yang berbeza-beza.  Percayalah, sejarah pasti berulang kembali dan jika kita tidak mempelajarinya, kita pasti akan mengulangi kesilapan mereka itu sekali lagi. Disebabkan itu, penulis amat tekankan kepentingan menuntut ilmu dan membaca dalam Islam.

3. Pelihara Nafsu Syahwat.

Fikirkan caranya supaya kita tidak ikut hal-hal yang tidak baik. Kerana nafsu tidak pernah mengajak kita melakukan kebaikan.

 

4. Mengingkari syaitan.

Iaitu musuh yang nyata dan yang paling utama untuk diperangi bagi umat Islam. Hal ini kerana, syaitan dan iblis sentiasa berusaha menjahanamkan kita supaya terjerumus kepada murka Allah SWT tanpa rehat. Merekalah musuh yang sebenarnya.



 

5. Memelihara keluarga dengan makanan yang halal.

Makanan yang halal merupakan antara asas yang sangat penting dalam sistem kekeluargaan Islam. Hal ini kerana makanan akan menjadi darah daging untuk tubuh manusia itu. Dan sekiranya tubuh badan dipenuhi dengan yang haram, adakah mudah untuk melahirkan generasai yang bertakwa? Sudah tentu tidak.

Jadi, di sini Dr Zulifli berpesan kepada kita semua terutamanya pihak isteri dalam memainkan peranan yang penting untuk meningatkan suami supaya mencari nafkah yang halal untuk keluarganya.

 

6. Mengendalikan hawa nafsu.

Iaitu kendalikan hawa nafsu anda  supaya kita dapat melakukan setiap perintah Allah SWT dan meninggalkan larangan-Nya.

 

7. Elakkan pembaziran masa.

Menurut Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi, pembaziran masa adalah jenayah terbesar yang sering dilakukan oleh orang Islam di zaman ini. Hal ini kerana , masa itu adalah sebenarnya modal daripada Allah untuk kita melakukan ibadah kepadanya. Tetapi jika masa dilakukan untuk dibuang begitu sahaja seperti melepak sana-sini atau melakukan perkara-perkara yang tidak mendapat manfaat. Maka amat mudah sekali mereka akan tergolong dalam kerugian yang besar.

Firman Allah Ta’ala:

A002

Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian

(Al-‘Asr 103:2)

8. Bersedialah menghadapai kematian

Akhir sekali adalah yang paling penting iaitu berkaitan alam akhirat. Di mana hari yang kita akan dihisab segala amal soleh kita. Persoalannya, apakah persediaann kita dalam menghadapai hari tersebut?  Orang yang paling bijak adalah orang yang sentiasa muhasabah diri dan sentiasa tawaduk. Juga, dia sentiasa melakukan amalan untuk persediaan selepas mati.



 

Kesimpulannya.

Moga-moga kita menghadap Allah SWT dengan hati yang penuh rasa cints dan sejahtera. Moga-moga kita menjadihamba Allah yang soleh, berbakti kepada-Nya dan masyarakat delam mencapai mardhatillah. Insya Allah.

Wallahua`lam.

 

 

Comments

comments




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.