9 Amalan Praktikal Persiapan Ramadhan

9-Amalan-praktikal-Persiapan-Ramadhan-Malaya-Journal

Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarga Baginda serta para sahabat Baginda selepasnya.

Semasa mendengar kuliah maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Syed Abd Kadir Al-Jofree, tersentap jugak penulis apabila ustaz tegur kita asyik bercerita pasal politik je. Sampai persiapan ramadhan pun kita lupakan. Penulis diibaratkan seperti baru sahaja tersedar daripada tidur. Tak sangka jugak sebenarnya betapa dahsyatnya penangan PRU ini. Tapi, alhamdulillah dan terima kasih kepada Ustaz Syed Abd Kadir Al-Jofree kerana menegur dan menyedarkan kami semua.

Seterusnya, Ustaz Syed Abd Kadir Al-Jofree memulakan kuliah beliau yang bertajuk 8 amalan praktikal menjelang persiapan Ramadhan.  Dan penulis rasakan, 9 amalan praktikal ini perlu kita lakukan kerana insya Allah kita akan dapat membantu kita mengekalkan momentum untuk beribadah di bulan Ramadhan.

Sebab penulis perasan ramai orang-orang Islam hanya bersemangat untuk solat Tarawih dan baca Quran banyak-banyak di awal Ramadhan sahaja. Bermula sahaja di tengah-tengah Ramadhan, saf solat Tarawih semakin kurang dan bilangan orang baca Quran pun semakin sedikit.  Semoga dengan 9 amalan praktikal persiapan Ramdhan di bawah ini dapat menghalang perkara di atas.



9  Amalan Praktikal Persiapan Ramadhan

1. Pasangkan Niat Anda.

Ya, seperti yang anda tahu, niat adalah suatu yang sangat penting kerana ia membezakan di antara amalan-amalan kita. Tetapi, niat di sini bukankah suatu yang rukun kerana niat di sini hanyalah untuk melatih diri kita untuk memperbanyakkan ibadah atau amal soleh di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Sebagai contoh, jika anda hendak target khatam sekali atau dua kali di bulan Ramadhan. Ikhlaskan dan pasangkan niat anda betul-betul untuk khatam sebulan sekali. Bukannya niat sambil lewa sahaja. Kelebihannya adalah, jika anda betul-betul ikhlas untuk melakukannya tetapi sebagai contoh anda demam atau jatuh sakit, insya Allah anda akan dapat pahala ibarat seperti khatam sebulan sekali atau dua kali.

 

2. Rancanglah ibadah yang hendak dilakukan.

Dan ini ibarat seperi kat orang putih:

If you do not plan, you are planning to fail.

Justeru, amalan kedua ini adalah untuk memastikan kita bersungguh-sungguh hendak melakukannya. Sebagai contoh,  jika anda hendak melakukan solat tahajud di bulan Ramadhan dan khuatir akan mengantuk sewaktu bekerja. Rancanglah, untuk melakukan solat tahajud itu di hari cuti seperti malam hari Jumaat, malam hari Sabtu atau pun pada hari di mana ada cuti keesokan harinya. Jadi, check kalendar anda dan buat remark siap-siap hari itu, anda nak solat malam dan bermunajat habis-habisan.

 

3. Muhasabah Diri Kita.

Amalan ini sebenarnya sangat digalakkan untuk dilakukan pada setiap hari dan bukannya untuk persiapan ramadhan sahaja. Hal ini kerana, muhasabah diri kita akan dapat menyedarkan kita daripada lamunan dunia. Contohnya, bayangkan jika anda mati selepas anda tidur malam ini, adakah segala amal soleh kita sudah cukup untuk membawa kita ke syurga Allah SWT? Jawapannya sudah tentu tidak.

Tambahan pula, Nabi Muhammad SAW pun bangun solat malam sampai kaki lebam-lebam walaupun sudah terpelihara daripada dosa dan dijamin syurga. Jadi, perbanyakkan muhasabah diri kita, terutamanya sebelum tidur. Penulis pun sebenarnya kadang-kadang terlupa juga untuk melakukannya tapi marilah ktia sama-sama berusaha untuk muhasabah diri kita.



4. Berdoa kepada Allah SWT.

اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبَ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ

“ALLOHUMMA BAARIKLANAA FIIROJABA WASYA’BAANA
WABALLIGHNAA ROMADLOONA”

Maksudnya: Ya Allah, Berkahilah kami di bulan Rojab dan Sya’ban Dan temukanlah kami dengan bulan Ramadhan
(HR. Ibnu As-Sunny)

Jika anda sering ke masjid untuk solat berjemaah, anda akan sering mendengar doa ini dibacakan oleh imam selepas solat terutamanya pada bulan Syaaban. Tujuan berdoa ini adalah untuk melahirkan rasa bersyukur kepada Allah SWT kerana menghidupkan kita hingga ke bulan Ramadhan tahun ini. Dan disebabkan kita bersyukur, Allah SWT akan tambahkan nikmat yang berlipat kali ganda di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Sebagaimana firman Allah Ta’ala:

14_7

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”.

(Ibrahim 14:7)

 

5. Perbanyakkan Istighfar kepada Allah SWT.

Point di sini adalah untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dosa yang bergelumang di dalam hati kita. Hal ini kerana setiap dosa yang kita lakukan akan menyukarkan kita untuk beribadah kepada Allah SWT. Contoh yang terbaik sudah tentulah semasa dipertengahan bulan Ramadhan, kenapa saf solat Tarawih tinggal separuh sahaja berbanding hari pertama solat tarawih?

Jawapannya ada banyak tetapi apa yang Ustaz Syed Abd Kadir Al-Jofree tekankan adalah dosa kita itu merupakan penghalang kita daripada memperbanyakkan amal soleh kita. Sebab kebiasaannya ketika kita leka melakukan maksiat sedikit sebanyak, ia akan mengeraskan hati kita dan menjadi punca kita malas beribadah. Kalau tak percaya, cuba la tengok kebanykan orang yang ponteng solat tarawih bukanlah disebabkan sakit dan sebagainya. Tetapi disebabkan hati yang bermasalah. Justeru, perbanykkanlah beristighfar.

 

6. Perbanyakkan selawat ke atas Nabi SAW.

Hal ini kerana bulan Syaaban adalah bulan untuk Nabi SAW dan sudah terbukti di dalam banyak hadis-hadis Baginda SAW akan kelebihan selawat ke atas Nabi. Antaranya, kita akan mendapat syafaat Nabi SAW dan dosa juga akan diampunkan.



7. Minta Maaf Dengan Ibubapa anda.

Untuk point ini, penulsi sudah terangkan panjang lebar pada artikel persediaan menyambut bulan Ramadhan. Jadi, anda semua boleh membaca penjelasannya di situ. Tidak perlu lagi dihuraikan sekali lagi di sini.

 

8. Tuntutlah ilmu.

Di sini, Ustaz Syed Abd Kadir Al-Jofree tekankan supaya kita perbanyakkan datang menghadiri majlis-majlis ilmu di masjid atau pun surau. Hal ini kerana,  ilmu bab agama ini sangat penting dan tak boleh main agak-agak je. Semuanya ada dalil dan perlu kita menurutinya. Justeru, tuntutlah ilmu sehingga ke liang lahad bukannlah sampai hadis dapat degree atau Ph.D sahaja.

 

9. Tasmik Al-fatihah kita bersama Ustaz atau Imam di Masjid.

Di sini pula, Ustaz Syed Abd Kadir Al-Jofree tekankan supaya kita tasmik surah al-Fatihah kerana surah ini adalah rukun dan wajib dibaca dalam setiap solat kita. Ustaz Syed Abd Kadir Al-Jofree juga berkata, amalan tasmik sekali setahun ini ibarat seperti kita buat balancing dekat tayar kereta kita walaupun tayar tak pancit lagi pun. Tujuannnya adalah untuk memastikan kita tidak tersilap baca surah al-Fatihah tanpa kita sedari. Penulis pun tak buat lagi point ini dan jom kita buat sebelum Ramadhan. Insya Allah.



Kesimpulannya.

Mari kita sama-sama amalkan 9 amalan praktikal persiapan Ramadhan di atas. Semoga dengan melakukannya, kita akan dapat bertemu Ramadhan kali ini dan menjadikannya bulan Ramadhan yang terbaik untuk kita semua.

Wallahua`lam.

 

Comments

comments




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.