9 syarat berdoa kepada Allah supaya cepat dimakbulkan

Berdoa-Kepada-Allah-Tanpa-Had-Malaya-Journal

Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk,Muhammad SAW (Rasul dan hamba-Nya), dan juga ke atas ahli keluarga Baginda SAW serta para sahabat Baginda selepasnya.

Tajuk berdoa kepada Allah ini sebenarnya sudah banyak kali ditulis oleh saya. Tetapi setiap kali saya menuntut ilmu ada sahaja ilmu baru tentang berdoa kepada Allah ini. Kali ini pula telah diajarkan kepada saya oleh Ustaz Khalid Basalamah, seorang ustaz yang mempunyai ilmu yang luas dan cukup terkenal di Indonesia. Tajuk kajian beliau adalah dahsyatnya doa.

Segala syarat berdoa kepada Allah ini adalah merupakan point yang telah diambil daripada kajian ilmu Ustaz Khalid Basalamah. Jadi, bagi yang tidak mempunyai masa untuk mendengar kajian Ustaz Basalamah, anda bolehlah membaca syarat berdoa kepada Allah yang telah saya tuliskan di bawah. Tetapi jika anda mahu perbahasan atau penjelasan yang lebih mendalam, anda haruslah mendengar kajian atau kuliah beliau sendiri di YouTube.



 

9 Syarat Berdoa kepada Allah.

1. Mesti Ikhlas.

Pertama sekali, kita mesti berlatih untuk ikhlaskan hati supaya doa anda mudah dimakbulkan. Pastikan tidak timbul perasaan riya’ dan ujub semasa berdoa. Cara paling mudah untuk menjaga keihlasan hati ketika berdoa adalah dengan berdoa kepada Allah dalam keadaan tidak diketahui orang lain. Saya syorkan anda berdoa di akhir malam kerana waktu ini antara waktu yang dimustajabkan berdoa.

Sebagaimana Firman Allah:

قُلْ أَمَرَ رَبِّي بِالْقِسْطِ ۖ وَأَقِيمُوا وُجُوهَكُمْ عِندَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَادْعُوهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ ۚ كَمَا بَدَأَكُمْ تَعُودُونَ

Katakanlah: “Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara), dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang, dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal agama kamu kepadaNya semata-mata; (kerana) sebagaimana Dia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepadaNya).

(Al-A’raaf 7:29)

 

2.  Tahmid dan selawat ke atas Nabi SAW.

Iaitu dengan memulakan doa anda dengan memuji Allah dan berselawat ke atas Nabi SAW. Ini juga merupakan di antara adab ketika berdoa. Tetapi selalu saja dilupakan oleh orang Muslim termasuk juga penulis sendiri. Kerana kita selalunya nak cepat dan tinggalkan amalan tahmid kepada Allah SWT dan selawat ke atas Nabi SAW. Padahal mengucapkan selawat dan bertahmid merupakan amalan yang diajarkan oleh Baginda SAW sendiri. Justeru, jom kita ubah cara berdoa kita pada hari ini. Pastikan kita semua berdoa dengan penuh lemah lembut, bertahmid dan juga berselawat di permualaan doa.

 

3. Takut kepada Allah dan tamak dengan rahmat Allah.

Menurut Ustaz Basalamah, Ulama’ terdahulu mengajar beliau yang dua perkara di atas ini perlu ada dalam diri seorang hamba semasa berdoa. Tetapi, takut di sini bukan seperti takut kepada binatang buas, kerana takut di sini bermaksud sesuatu yang kita takut dan disebabkan ketakutan itu, kita semakin dekat dengan-Nya.

Manakala, maksud rahmat Allah pula adalah para Ulama’ mengatakan bahawa berdoa kepada Allah untuk mempertahankan rahmat Allah yang telah diberikan kepada kita adalah lebih afdhal daripada meminta rahmat Allah yang belum dimiliki.

Cara yang terbaik untuk mempraktikkan point ini adalah dengan berdoa dengan perasaan bimbang jika tidak diterima doa kita sementara dalam waktu yang sama ada juga perasaan sangat mengharapkan doa kita diterima Allah SWT.

Firman Allah:

وَلَا تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ بَعْدَ إِصْلَاحِهَا وَادْعُوهُ خَوْفًا وَطَمَعًا ۚ إِنَّ رَحْمَتَ اللَّهِ قَرِيبٌ مِّنَ الْمُحْسِنِينَ

Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya.

(Al-A’raaf 7:56)

 

4. Menggunakan Asma Ul-Husna.

Yang bermaksud memulakan doa anda dengan menggunakan nama-nama Allah yang sesuai dengan keperluan anda. Sebagai contoh jika anda mahu ditambahkan rezeki, gunalah nama Allah  “Ya Razzaq” dipermulaan doa anda. Kerana “Ya Razzaq” bermaksud Yang Maha Pemberi Rezeki.

Sepertimana Firman Allah:

وَلِلَّهِ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَىٰ فَادْعُوهُ بِهَا ۖ وَذَرُوا الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِي أَسْمَائِهِ ۚ سَيُجْزَوْنَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.

(Al-A’raaf 7:180)

Sebagai kerja rumah anda untuk point ini, carilah maksud nama-nama Allah yang sesuai dengan keperluan anda, dan mulakan doa anda dengan menggunakan nama Allah tersebut.

 

5. Makanan, minuman dan pakaian yang halal.

Saya rasa point ini tidak perlu hurai panjang kerana kebanyakan anda sudah pun mengetahuinya. Jadi pastikan wang, makanan, minuman dan pakaian anda adalah daripada sumber yang halal. Jika haram, maka mustahil doa anda akan dimakbulkan.



 

6. Tidak meminta yang haram.

Point ini juga tidak perlu hurai panjang kerana Allah itu Suci dan suka akan kebaikan dan kecantikan. Sesuatu yang haram sudah tentu tidak akan dimakbulkan kerana sesuatu yang haram sudah pasti akan menganiayai atau menzalimi orang lain. Sedangkan Allah S.W.T. tidak pernah menzalimi hamba-Nya.

 

7. Doa orang Muslim akan diterima Allah.

Point ini juga tidak perlu hurai panjang kerana kebanyakan pembaca di blog Malaya Journal ini semuanya beragama Islam. Tetapi, Awas! Doa orang yang dizalimi akan dimakbulkan Allah S.W.T. walaupun dia tidak beriman kepada Allah. Justeru, pastikan anda tidak menganiaya atau menzalimi orang lain kerana doa orang yang dizalimi tidak ada hijab.

 

8. Tidak tergesa-gesa semasa berdoa.

Terasa seperti dicucuk juga hati ini apabila Ustaz Basalamah membahaskan point ini kerana penulis sendiri banyak kali tergesa-gesa semasa berdoa. Menurut beliau, maksud tergesa-gesa di sini adalah baik dalam ucapan kalimah doanya ataupun dalam menunggu jawapannya.

Tamabhan pula, inilah antara rahsia berdoa iaitu kita perlu bersabar apabila kita sudah berdoa. Doa kita pasti akan dimakbulkan, cuma masanya sahaja tidak tahu bila. Kerja kita hanya berikhtihar dan berdoa sehingga doa kita dimakbulkan. Inilah proses-proses yang perlu dihadapi apabila kita sudah berdoa kepada Allah.

Firman Allah:

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.

(Al-Baqarah 2:186)

Ia boleh diibaratkan seperti, apabila anda berdoa kepada Allah, permohonan anda itu akan dikabulkan dan anda sudah bergerak dari garisan “start”. Seterusnya,  anda perlu teruskan beriktihar untuk bergerak hingga ke “finishing line”. Dan untuk sampai ke finishing line ini, tidaklah mudah. Ada yang lama dan ada yang sekejap je dimakbulkan. Yang penting anda perlu yakin dengan Allah dan jangan pernah putus asa dengan Rahmat Allah SWT.

 

9. Memaksimumkan waktu dan tempat mustajab berdoa kepada Allah.

Antara tempat mustajab berdoa adalah:

  1. Di multazam.
  2. Di mina,muzdalifah dan arafah.
  3. Ketika hendak memimum air zam zam.

 

Antara waktu musatajab berdoa pula adalah:

  1. Satu pertiga malam terakhir.
  2. Ketika sujud.
  3. Sebelum salam dan selepas membaca tahihat akhir  ketika solat.
  4. Orang yang berpuasa.
  5. Ketika bermusafir.
  6. Ketika perang sedang berkecamuk.
  7. Antara Azan dan iqamah.
  8. Ketika Hujan Turun.
  9. Doa orang tua kepada anaknya.
  10. Doa anak soleh kepada kedua orang tuanya.
  11. Doa orang muslim untuk muslim yang lain.
  12. Pada hari jumaat iaitu diantara dua khutbah dan selepas asar hingga terbenam matahari.

Berdasarkan perkongsian tempat dan waktu di atas, jika anda berkelapangan, gunakanlah peluang di atas sebaik munkin. Oleh itu, maksimumkanlah amalan berdoa anda dengan tempat dan waktu mustajab berdoa di atas dengan sebaik mungkin.

 



Akhir kalam, marilah kita sama-sama mempraktikkan 9 amalan atau syarat berdoa kepada Allah di atas. Peringatan ini kepada saya terutamanya. Satu lagi, berdoa kepada Allah tidak ada had nya. Jika anda mahu jadi kaya yang soleh, mintalah kepada Allah. Mintalah apa sahaja yang anda mahu!

Namun, elakkan sebaik mungkin daripada meminta-minta daripada manusia selagi anda berkemampuan. Kerana memberi lebih baik daripada meminta. Semoga dengan  membiasakan diri dengan amalan ini, Allah akan memakbulkan segala doa kita. Insya Allah.

Wallahua`lam.

Comments

comments

Related Post

Apa Maksud Berdoa Kepada Allah yang Sebenarnya? ﷽ Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan Sekelian Alam. Selawat dan Salam untuk Rasulullah S.A.W. dan tiada nabi lagi selepasnya, Pembawa Rahmat Keselur...
Adab-Adab Berdoa kepada Allah Ta’ala Adab berdoa yang saya mahu kongsikan pada kali ini bukanlah seperti yang ada selalu baca atau dengar di kuliah agama atau pun di mana-mana bacaan onli...
Misi Mencari Redha Allah SWT ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...
Berdoa itu Senjata Orang Mukmin. ﷽ Segala Puji bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana, Pada pagi 9 Muharram 1439 selepas solat subuh berjemaah di masjid, tiba masanya waktu yang di...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.