Abu Ubaidah Al Jarrah – Orang Terpercaya Umat Islam

Abu-Ubaidah-Orang-Terpecaya-Umat-Islam-Malaya-Journa

Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarga Baginda serta para sahabat Baginda selepasnya.

Pertama sekali, Abu Ubaidah Al-Jarrah adalah termasuk diantara 10 sahabat pertama yang masuk Islam. Malah, beliau juga telah diberi khabar gembira oleh Nabi SAW. Khabar tersebut adalah beliau termasuk di antara 10 sahabat yang dijamin syurga dan beliau digelar sebagai orang kepercayaan umat Islam. Sebagaimana Sabda Baginda SAW di bawah:

 لَكُمْ أُمَّةً أَمِيْنًا، وَإِنَّ أَمِيْنَ هذِهِ اْلأُمَّةِ أَبُوْ عُبَيْدَةَ بْنُ اْلجَرَّاحِ

“Sesungguhnya setiap umat memiliki orang kepercayaan, dan orang kepercayaan umat ini adalah Abu Ubaidah bin al-Jarrah.“

Selain itu, Abu Ubaidah Al-Jarrah r.a juga seorang yang sangat hebat dalam peperangan dan beliau adalah di antara panglima perang umat Islam. Beliau juga telah diberi tanggungjawab yang besar untuk membuka wilayah Syam untuk menyebarkan Islam bersama-sama pasukan tenteranya. Zaman tersebut adalah di zaman pemerintahan Saidinar Umar Al-Khattab r.a.



 

Kisah perang Badar bersama Abu Ubaidah Al Jarrah r.a.

Pada pendapat saya, kisah perang Badar terutamanya berkenaan Abu Ubaidah Al Jarrah r.a sepatutnya dipelajari oleh setiap orang Muslim. Hal ini kerana, Abu Ubaidah r.a. telah menunjukkan pengorbanan yang sangat besar demi mempertahankan Allah dan Rasulnya.

Kisahnya bermula apabila perang Badar berlangsung, Abu Ubaidah r.a. begitu berani sekali menebas, berlawan dan membunuh orang-orang kafir Quraisy. Tetapi ada seorang sahaja musuh yang dia sentiasa lari daripada bertembung dengannya. Iaitu Al-Jarrah, bapa kandung kepada Abu Ubaidah r.a. sendiri.

Namun, bapa Abu Ubaidah sentiasa mencari Abu Ubaidah r.a. untuk membunuh anaknya itu sendiri kerana telah masuk Islam. Adalah satu alasan yang tidak munasabah sekali. Dan akhir sekali, Abu Ubaidah r.a. tidak dapat lari lagi dan terpaksa berlawan dengan ayahnya kerana jika tidak berlawan mungkin dia yang akan dibunuh oleh ayahnya. Sehingga dia menang dalam perlawanan tersebut dan beliau berjaya membunuh bapanya sendiri.

 

Pengorbanan ini sangatlah besar sehingga Allah SWT merakamkan kisah Abu Ubaidah r.a ini di dalam al-Quran seperti di bawah:

A022

Maksudnya: Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya; dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya.

Begitulah sejarah peperangan Abu Ubaidah Al-Jarrah r.a. semasa di perang Badar.



Hikmah Kemenangan Perang Badar.

Peperangan Badar ini amat besar ertinya bagi agama Islam.  Andaikata tentera Islam kalah dalam peperangan ini maka tamatlah riwayat orang-orang Islam malah agama Islam itu sendiri dan ini adalah suatu yang mustahil sekali. Kerana kebenaran pasti akan mengalahkan yang batil tidak kiralah bilangan mereka banyak sekalipun. Sebagaimana Firman Allah:

كَمْ مِنْ فِئَةٍ قَلِيلَةٍ غَلَبَتْ فِئَةً كَثِيرَةً بِإِذْنِ اللَّهِ وَاللَّهُ مَعَ الصَّابِرِينَ

“…Betapa banyak golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar.”

(Surah Al Baqarah 2: 249)

Kemenangan di perang Badar ini juga menguatkan lagi kedudukan Islam di Madinah dan menambahkan keyakinan bahwa mereka adalah pihak yang benar. Kemudian, Agama Islam telah mula disegani dan ditakuti oleh kabilah-kabilah Arab Quraisy yang lain dan digeruni oleh orang Yahudi dan Munafiqin Madinah.  Sebaliknya pengaruh orang Quraisy Makkah mula lemah dan merosot.

Secara tidak langsung, Perang Badar telah memperkuatkan lagi kepercayaan orang Islam kepada nabi Muhammad S.A.W. dan ajaran Islam. Mereka sanggup berkorban jiwa dan harta mereka untuk kepentingan Baginda dan agama Islam dengan sepenuh hati mereka. Kerana kenyakinan mereka tidak ada keraguan lagi.



Kesimpulannya.

Kenyakinan seperti Abu Ubaidah Al-Jarrah r.a.  inilah yang sepatutnya disemai oleh ibubapa kepada anak-anak mereka. Justeru, saya syorkan kepada anda semua yang mempunyai anak-anak supaya mengajarkan kisah yang dilalui oleh para sahabat Rasulullah atau pun isteri-isteri Rasulullah SAW.

Hal ini demikian kerana, supaya anak-anak anda boleh menjadikan para sahabat dan Ummul Mukminin ini sebagai panduan mereka di dunia. Bukannya hanya ajar kisah Little Red Riding Hood, Cinderela dan sebagainya. Cerita-cerita tidak ada faedahnya kerana hanya rekaan semata-mata dan tidak akan dapat memupuk iman di dalam dada anak-anak anda.

Namun, jika anda semua tak tahu nak dengar kisah sahabat-sahabat nabi kat mana, saya syorkan anda dengar di Youtube seperti di video di bawah.  Kemudian cerita balik kat anak-anak anda sebelum tidur nanti. Biasakan diri anda untuk menceritakan kepada anak-anak anda akan kisah para sahabat ini supaya keyakinan mereka terhadap Islam dapat disemai sejak kecil, di samping merapatkan hubungan dengan anak-anak anda. Insya Allah segala usaha kita akan diredhai-Nya. Masa untuk bedtime story tentang kisah para sahabat! Selamat bercerita.

 

Wallahua`lam.

Comments

comments

Related Post

Abdurrahman Bin Auf R.A – Dermawan Yang Dija... ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...
Saad Bin Abi Waqqas – Panglima Islam Yang Me... ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...
Talhah bin Ubaidillah – Syahid Yang Berjalan... ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...
Mus’ab Bin Umair – Pendakwah Terawal I... ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.