Adab-Adab Berdoa kepada Allah Ta’ala

Adab berdoa yang saya mahu kongsikan pada kali ini bukanlah seperti yang ada selalu baca atau dengar di kuliah agama atau pun di mana-mana bacaan online. Kerana adab berdoa yang saya ingin kongsikan adalah adab yang dikongsi oleh Syeikh Ibn Atha’illah as-Sakandari sendiri. Dan selalunya, kita selalu mendengar jika mahu berdoa kita haruslah:

Saya tidak mengatakan bahawa adab berdoa di atas tidak bagus malah sangat digalakkan lagi. Namun untuk lebih mendalami ilmu beradap semasa berdoa, Syeikh Ibn Atha’illah as-Sakandari berpesan kita perlu:

1. Berasa malu ketika berdoa kepada Allah Ta’ala. 

Ini kerana, kita hanyalah seorang hamba Allah dan tidak layak kita untuk meminta sesuatu pun daripada Tuhan Sekelian Alam. Jadi jika kita memohon sesuatu hajat kepada-Nya, hendaklah kita berasa malu. Tetapi kebanyakan daripada kita (termasuklah saya) sering berdoa sambil bermain telefon bimbit dan selalunya tidak khusyuk ketika berdoa. Persoalannya dimanakah perasaan malu kita, sekiranya kita tidak beradab semasa berdoa kepada Allah? Yang lebih menghairankan, apabila doa mereka tidak dimakbulkan mereka menyalahkan Allah bukan sebaliknya. Sedangkan kita sepatutnya membaiki adab ketika berdoa dahulu.

2. Merasakan dirinya salah seorang hamba Allah Ta’ala.

Point kedua juga sangat penting kerana perasaan malu dan sang hamba saling berkaitan. Untuk lebih memahami point ini, mari kita lihat kembali apa yang hamba pada zaman dahulu lakukan. Selalunya mereka hanya akan menuruti segala perintah tuannya tanpa bermacam ragam. Apabila tuannya memerintahkan dia untuk mengangkat barang mereka angkat menurutinya tanpa banyak soal. Dan jarang sekali seorang hamba meminta sesuatu daripada tuannya dan tuannya pulak tidak perlu memberikan sesuatu yang istimewa kepada hambanya kerana dia hanyalah hamba.

Namun, Allah tidaklah bersifat demikian kerana Allah sentiasa memberi kita makanan, minuman, kesihatan, masa lapang dan berbagai-bagai lagi. Jadi kita sebagai seorang hamba sepatutnya bersifat sebagai seorang hamba bukannya bersifat seperti Tuan kepada hamba tersebut.

Firman Allah:

Sesungguhnya Tuhanmu lah yang meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya), dan Dia juga yang menyempitkannya (menurut yang demikian). Sesungguhnya Dia Maha Mendalam pengetahuan-Nya, lagi Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya.

(Al-Isra’ 17: 30)

3. Bersangka baik terhadap Allah.

Syeikh Ibn Atha’illah as-Sakandari ada mengatakan:

“Janganglah menuntut Rabbmu kerana permohonanmu belum dikabulkan oleh-Nya. Akan tetapi, tuntutlah dirimu sendiri yang mungkin belum memenuhi syarat bagi sesuatu permohonan”

Yang bermaksud: Terhadap semua jenis keperluan hamba, Allah ta’ala tidak perlu diingatkan, kerana dia Yang Maha Pemberi. Bahkan dia telah memenuhi dan melengkapi seluruh keperluanmu, sebelum engkau sendiri mengerti apa yang menjadi keperluanmu itu. Oleh itu, jika permintaanymu kepada-Nya belum ditunaikan, maka janganlah engkau berburuk sangka kepada-Nya, dang segeralah bermuhasabah diri.

Semoga ketiga-tiga adab berdoa kepada Allah dapat kita amalkan bersama-sama. Ia adalah sebagai peringatan kepada anda semua dan saya terutamanya.

 

Waktu Mustajab berdoa kepada Allah.

Seorang Sahabat bertanya kepada Nabi Muhammad S.A.W. tentang waktu manakah doa paling didengari-Nya?

Kemudian Nabi S.A.W. bersabda

“Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu” (Riwayat Tarmizi)

Hujung malam bermaksud ketika kita bangun melakukan qiamullail. Dan qiamullail bererti bangun mengerjakan solat, bertakbir membesarkan Allah Ta’ala, bertasbih mensucikan-Nya dan berdoa kepada-Nya.

Sabda Rasulullah S.A.W.:

Hendaklah kamu berqiamullail (betahajud) kerana ia merupakan perjalanan orang soleh sebelum kamu. Sesungguhnya qiamullail mendekatkan kamu kepada Allah, menghalang melakukan dosa, kifarah di atas kejahatan dan mencegah penyakit daripada badan. (Riwayat Tarmizi)

Kesimpulannya.

Saya akhiri dengan kata-kata hikmah tentang adab-adab berdoa kepada Allah daripada Syeikh Ibn Atha’illah as-Sakandari sendiri:

“Ketika Allah mengendurkan (memudahkan) lidahmu untuk meminta (kepada-Nya), maka ketahuilah, bahawa Dia hendak memberimu”

Malah, kata-kata hikmah ini di “support” oleh hadith daripada Nabi Muhammad S.A.W. dan diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar r.a.:

“Siapa yang telah mendapat izin untuk berdoa kepada Allah Ta’ala, maka bererti telah dibukakan baginya pintu rahmat. Dan Allah lebih menyukai apabila sang hamba yang berdoa itu memohon meminta ampunan, kemudian memohon agar  diselamatkan dalam menjalani kehidupan di dunia, hingga di akhirat kelak.”

Semoga Allah memakbulkan doa saya dan anda semua secepat mungkin. Aamin Ya Allah.

Comments

comments

Related Post

Banyakkan berdoa kepada Allah di Akhir Malam ﷽ الحمد لله رب العالمين، وصلى الله وسلم وبارك على عبده ورسوله، نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين، وبعد Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana,...
Apa Maksud Berdoa Kepada Allah yang Sebenarnya? ﷽ Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan Sekelian Alam. Selawat dan Salam untuk Rasulullah S.A.W. dan tiada nabi lagi selepasnya, Pembawa Rahmat Keselur...
Berdoa itu Senjata Orang Mukmin. ﷽ Segala Puji bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana, Pada pagi 9 Muharram 1439 selepas solat subuh berjemaah di masjid, tiba masanya waktu yang di...
9 syarat berdoa kepada Allah supaya cepat dimakbul... ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk,Muhammad SAW (Rasul dan hamba-Nya), dan juga ke a...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.