3 Adab Menuntut Ilmu menurut Imam Al-Ghazali

3-Adab-Menuntut-Ilmu-Malaya-Journal

Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan Sekelian Alam. Selawat dan Salam untuk Rasulullah S.A.W. dan tiada nabi lagi selepasnya, pembawa rahmat Keseluruh Alam.

Adab merupakan suatu perkara yang amat dititik beratkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. dan juga oleh para ilmuan Islam. Kerana adab atau akhlak adalah “buah” kepada ilmu dan amalan kita. Contohnya seperti adab menuntut ilmu, adab bermuamalat sesama manusia dan juga adab kepada Allah serta Rasulullah S.A.W.

Tetapi pada hari ini, saya mahu menjelaskan adab menuntut ilmu sahaja. Hal ini kerana, kita tidak akan dapat lari daripada menuntut ilmu dalam kehidupan seharian. Ada kalanya, kita belajar sesuatu daripada pengalaman kita sendiri dan ada kalanya kita dapat daripada teguran atau nasihat rakan-rakan atau lebih baik lagi jika kita menuntut ilmu melalui majlis-majlis ilmu.

Tetapi bagaimanakah caranya supaya ilmu itu akan dapat memberi manfaat kepada penuntut ilmu tersebut? Untuk memahami persoalan di atas, marilah kita sama-sama mempelajari 3 pesanan imam al Ghazali akan adab menuntu ilmu di bawah:

 

3 Adab Menuntut Ilmu.

1.  Jangan menuntut ilmu kerana mencari kemegahan dan terkemuka.

Terutamanya bermegah dengan kawan-kawan. Ingat, menuntut ilmu adalah suatu yang sangat mulia di sisi Allah S.W.T. dan terdapat banyak keistimewaannya. Jangan kotorkan ia dengan sifat riyak. Mencari kemegahan bukanlah sepatutnya menjadi tujuan kita dalam menuntut ilmu. Di samping itu, hanya orang-orang yang jahil sahaja yang berlumba-lumba menuntut ilmu untuk menjadi orang yang alim. Padahal orang-orang yang alim hanya mahu menjadi hamba Allah Ta’ala semata-mata.

Sifat sombong tidak sepatutnya ada pada diri kita dan bermegah-bermegah atau riyak dengan pemberian Allah S.W.T. adalah perangai syaitan dan iblis laknatullah. Jangan tertipu dengan tipu daya mereka. Jika anda mahu cara untuk menangani sifat riyak ini dengan lebih lanjut, saya syorkan anda menelaah buku Penawar Bagi Hati yang dikarang oleh Syeikh Abdul Qadir Al-Mandili.

 

2. Jangan menuntut ilmu kerana mahu menarik perhatian orang ramai.

Kerana ada sesetangah orang yang menuntut ilmu supaya orang lain melihatnya sebagai orang yang hebat di mata mereka. Dan ini merupakan suatu perangai yang ditegah oleh syarak. Kerana akan menyebabkan dia berasa ujub dengan dirinya sendiri. Ingatlah, di atas setiap orang alim pasti akan ada lagi orang yang lebih alim.

Jadi, jangan sesekali kita pernah berasa bongkak dengan kepakaran atau kepandaian yang diberikan oleh Allah kepada anda. Kerana ilmu yang diberikan itu hanyalah sedikit sangat. Sebagaimana Firman Alllah:

Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: “Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja“.

(Al-Isra’ 17: 85)

Berdsarkan dalil di atas, segala ilmu yang berada dalam diri kita ini hanyalah pinjaman semata-mata dan sangatlah sedikit. Tidak ada apa yang hendak dibanggakan jika kita faham betul-betul maksud dalil pada ayat di atas.

 

3. Jangan menuntut ilmu untuk mencari kekayaan dunia.

Dan ini memerlukan hati yang ikhlas dalam menuntut ilmu. Juga, ia memerlukan masa yang agak panjang untuk melatih hati supaya menjadi ikhlas terutamanya ketika menuntut ilmu. Malah, ia juga memerlukan pada bimbingan daripada seorang guru yang takut pada Allah. Saya akui, saya juga masih belum mencapai darjat ini, tetapi marilah kita sama-sama menuju ke jalan ikhlas dalam menuntut ilmu ini.

Sekurang-kurangnya sekiranya kita ditakdirkan meninggal sebelum mencapai darjat ikhlas ini, kita meninggal dalam keadaan berusaha ke arahnya. Cuma tidak kesamapian sahaja. Adalah dua perkara yang berbeza antara meninggal dalam keadaan berusaha dan tidak.

Tetapi bagaimanakah untuk mengetahui sama ada kita menuntut ilmu dengan ikhlas atau tidak? Jawapannya telah disampaikan oleh Syeikh Zaini Hj Ahmad daripada gurunya sendiri. Iaitu apabila  kita tidak meletakkan penghujung dalam menuntut ilmu. Contohnya seperti SPM, Ijazah, Master dan PhD. Kerana kesemua sijil ini langsung tidak akan dipandang oleh Allah S.W.T. Tetapi, mengapa sijil-sijil inilah yang menjadi tujuan utama kita menuntut ilmu? Perkara ini juga telah terjadi kepada saya sendiri. Alangkah baiknya jika saya menyedarinya ketika saya masih belajar untuk mendapatkan ijazah.

Untuk lebih memahaminya maksud di atas, Syeikh Zaini Hj Ahmad menerangkan bahawa ilmu adalah hak Allah dan ia tidak terletak pada sijil. Jadi, sekiranya anda belajar kerana untuk mendapatkan sesuatu sijil atau ingin mendapatkan kerja yang hebat dengan gaji yang tinggi. Maka ilmu itu tidak akan sampai kepada Allah Azza Wa Jalla. Yakni ilmu tersebut tidak akan membimbing anda untuk dekat dan taat pada Allah. Sebaliknya, ilmu itu hanya akan membawa kepada tuntutan hawa nafsu dan dunia sahaja.

Cara yang terbaik adalah dengan membersihkan hati kita daripada dunia ini dengan menuntut ilmu dengan penuh adab. Tetapi apakah tanda hati itu bersih? Buktinya senang sahaja iaitu hati kita akan sentiasa berasakan dia hamba kepada Tuhan bernama Allah S.W.T. Tidak kiralah sama ada anda hanya penyampu samapah di tepi jalan, ketua pegawai eksekutif, menteri atau raja sekalipun. Jika mereka mempunyai hati yang bersih, mereka akan tetap merasakan dia hamba kepada Allah. Walau di mana-mana sahaja mereka berada.

Akhir kalam, berdoalah dan mintalah tolong pada Allah S.W.T. supaya dikurniakan hati yang bersih dan ikhlas dalam menuntut ilmu. Semoga sharing session akan 3 adab menuntut ilmu ini dapat dimanfaatkan oleh anda semua. Insya Allah. Selamat beramal semua.

Wallahua`lam.

Comments

comments

Related Post

4 Perkara Penting Kepada Yang Sedang Menuntut Ilmu ﷽ Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan Sekelian Alam. Selawat dan Salam untuk Rasulullah S.A.W. dan tiada nabi lagi selepasnya, pembawa rahmat Keselur...
Kitab Bidayatul Hidayah – Jalan Menuju Petun... ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk,Muhammad SAW (Rasul dan hamba-Nya), dan juga ke a...
Bekalan Daripada Rasulullah SAW Bagi Para Penuntut... ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...
16 Pesanan Ikhlas kepada Penuntut Ilmu ﷽ الحمد لله رب العالمين، وصلى الله وسلم وبارك على عبده ورسوله، نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين، وبعد Alhamdulillah,kerana kita dapat berjumpa sekali la...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.