Agama Islam – Islam Is The Way Of life.

Agama-Islam-Is-The-Way-Of-Life-Malaya-Journal

Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarga Baginda serta para sahabat Baginda selepasnya.

Beruntunglah kepada sesiapa sahaja yang beragama Islam kerana mereka telah mendapat dua nikmat yang paling besar di dalam dunia ini. Iaitu nikmat Iman dan nikmat Islam. Alhamdulillah. Tetapi apakah itu Islam? Ustaz Adi Hidayat akan terangkan maksud Islam di video di bawah:

 

Demi Allah,  agama Islam adalah satu-satunya agama yang diterima disisi Allah dan bukti paling kukuh sudah tentulah  Al-Quran Al-Karim itu sendiri. Hal  ini kerana, kitab al-Quran tidak akan ada sebarang kesalahan, tokok tambah dan keraguan lagi hinggalah ke hari kiamat. Ustaz Adi Hidayat akan terangkan lebih lanjut di bawah:

 

Islam is The Way Of Life.

Tambahan pula, rasul yang dipilih untuk Agama Islam ini adalah Nabi Muhammad SAW sendiri dan Baginda SAW adalah merupakan seorang yang paling sempurna akhlaknya di dunia ini. Juga, Baginda SAW merupakan seorang yang sangat dikasihi Allah SWT  dan kita sepatutnya bersyukur kerana menjadi umat Nabi Muhammmad SAW.



Tetapi bersyukur di sini bukan hanya dengan percakapan semata-mata kerana kita perlu membuktikan kepada Rasulullah SAW dengan mengamalkann sunnah-sunnah Baginda SAW. Yang paling hebat, segala sunnah di dalam agama Islam yang telah diajarkan  oleh Nabi SAW sangatlah terperinci dan berkenaan apa-apa perkara pun.

Sebagai contoh, terdapat sunnah Nabi SAW yang mengajar kita supaya membaca doa dahulu sebelum masuk ke tandas, membaca doa sebelum bersetubuh, membasuh tangan 3 kali dan gosok gigi sebaik sahaja bangun dari tidur, doa sebelum makan dan banyak lagi.

Maka ia sangatlah bertepatanlah dengan istilah  “Islam is the way of Life” untuk umat Nabi Muhammad SAW. Kerana setiap perbuatan yang kita ingin lakukan akan ada sunnah-sunnah yang  pernah diajarkan Baginda SAW. Cuma kita sahaja yang kurang atau malas untuk mempelajari ilmu tentang hadis-hadis berikut termasuk juga saya.

Justeru, saya akan kongsikan beberapa hadis sahih daripada Rasulullah SAW yang simple sekali untuk kita amalkan dalam kehidupan seharian.  Kebanyakannya adalah hadis-hadis tentang contoh yang saya beritahu di atas.

1. Hadith Doa masuk tandas.

Terjemahan hadis: Daripada Anas R.a, apabila Rasulullah SAW hendak masuk ke dalam tandas, Baginda mengucapkan ,” Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada syaitan jantan dan betina.”

(Sahih Al-Bukhari no.142)

Lafaz doa masuk tandas adalah seperti di bawah:

Ertinya: Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada syaitan jantan dan betina

 

2. Sunnah basuh tangan 3 kali selepas bangun daripada tidur.

Terjemahan hadis: Dari beliau (Abu Hurairah) lagi, Rasulullah SAW bersabda, “Apabila seseorang di antara kamu bangun dari tidurnya  maka janganlah dia langsung memasukkan tangannya ke dalam bekas air sebelum mencucinya tiga kali terlebih dahulu sebab dia tidak mengetahui apa yang telah dikerjakan oleh tangannya pada waktu malam.”

(Sahih Al-Bukhari  no. 162)

Hadis di atas menyebutkan tentang suruhan membasuh tangan sebelum memasukkannya ke dalam kolam atau apa sahaja bekas yang mengandungi air atau memegang apa sahaja benda-benda yang basah.[Taisir al-‘Allam syarh ‘Umdatul Ahkam , m/s : 20]



Walaubagaimana pun suruhan tersebut bukanlah suatu kewajipan yang mesti dilaksanakan. Hal Ini kerana menurut Jumhur Ulama , hukumnya adalah sunat dan suatu perkara yang disukai Baginda SAW. Dan tidur di sini lebih dikhususkan untuk tidur pada waktu malam sahaja.

 

3. Bangun tidur gosok gigi.

Terjemahan Hadis: Daripada Huzaifah r.a, katanya, “Setiap kali bangun daripada tidur, Baginda menggosok giginya dengan siwak.”

(Sahih Al-Bukhari no.245)

Tapi kalau takde siwak boleh je guna berus gigi. Kerana hadis di atas lebih menekankan untuk perbuatan menggosok gigi itu sendiri dan saya rasa ramai orang-orang Islam yang dah buat sunnah di atas cuma tak tahu je yang ianya sunnah. So, lepas ni bolehlah ajar anak-anak anda untuk bangun tidur gosok gigi dan katakanlah perbuatan ini adalah sunnah.

 

4. Doa sebelum bersetubuh suami isteri.

 Hadis yang telah diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a. daripada Nabi s.a.w. dengan sabdanya yang berbunyi :

لو كان احدكم إذا أتي اهله قال باسم الله اللهم جنبنا الشيطان وجنب الشيطان ما رزقتنا

Ertinya : “Jikalaulah sesungguhnya siapapun daripada kamu hendak mendatangi isterinya, dia berdoalah : “Dengan nama Allah. Ya Allah ! Jauhilah kami dari syaitan. Dan jauhilah syaitan dari barang yang Kamu kurniakan rezeki kepada kami.” Maka jika dikurniakan bagi keduanya seorang anak, nescaya tidak boleh dirosakkannya oleh syaitan buat selama-lamanya”.

(Hadith Riwayat Al-Bukhari)

Berdasarkan hadis sahih di atas, terdapat khilaf di antara Ulamak-ulamak fiqh tentang makna “tidak boleh dirosakkannya oleh syaitan buat selama-lamanya.” Ada di antara mereka berpendapat, bahawa syaitan tidak mampu hendak merosakkan akidah anak yang akan dilahirkan nanti. Ertinya syaitan tidak boleh menggoda agama kanak-kanak ini, hingga dia menjadi kafir. Pendapat ini memberi artikulasi masa depan anak yang akan dilahirkan ke dunia. Yang mana dia telah ditulis di masa dia masih di dalam kandungan lagi, bahawa dia akan mati kelak di dalam keimanan.

Manakala golongan ulamak yang lain pula, berpendapat bahawa yang dikehendaki dengan hadis di atas ini ialah  dengan berkat doa ini, anak yang akan dilahirkan nanti akan menjadi hamba Allah yang ikhlas.



Untuk lebih memahami tajuk berkaitan persetubuhan suami isteri terutamanya di malam pertama atau ingin mempelajari sunnah-sunnah Nabi SAW tentang hubungan kelamin suami isteri ini. Sambunglah bacaan anda di  Adab-Adab Bersetubuh Dalam Islam.

Kesimpulannya.

Agama Islam agama yang telah disempurnakan oleh Nabi SAW dan satu-satunya agama yang diterima Allah. Jadi, tiada istilah liberalisme, pluralisme agama dan feminism dalam Agama Islam. Kerana undang-undang Islam yang telah diajarkan oleh Nabi Muhammad sudah cukup dan tidak perlu ditokok tambah sebagaimana Al-Quran tidak ada sebarang penambahan walaupun setelah hampir 1500 hijrah lamanya.

Sebagaimana Firman  Allah:

A107

Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.

(Al-Anbiyaa’ 21:107)

Akhir sekali, saya nak bagi homework sikit sebelum anda semua beredar. Homeworknya adalah pastikan anda praktikan 4 sunnah di atas. Tapi kalau terlupa, patah balik dan buat sunnah itu balik. Contohnya, kalau dah termasuk tandas dan terlupa untuk baca doa masuk tandas, keluar balik tandas dan baca doa, lepas tu baru masuk. Awal-awal nak buat ibadah memang kena paksa macam ni. Kalau tak memang susah nak train diri kita. Selamat beramal semua.


Wallahua`lam.

Comments

comments

Related Post

Apa Yang Terjadi Pada Amalan Kebaikan Non Muslim? Seperti yang kita sedia maklum ada sesetengah orang-orang non Muslim di Malaysia ini, mendapat nikmat yang berbagai-bagai jenis daripada ALLAH sedangk...
Bekalan Daripada Rasulullah SAW Bagi Para Penuntut... ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...
My New Books – You Are The Best The last time I told about a book was probably in the last post. And it is about the 4 discipline of execution. A great book indeed and I just return ...
Doa Para Malaikat Kepada Orang Beriman ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.