Akhlak Mulia Adalah Hasil Yang Terbaik

akhlak-mulia-Malaya-Journal

Segala Puji bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana,

Input-input pada kali ini saya dapatkan daripada kuliah subuh yang disampaikan oleh Prof. Dr. Habib Mat Som. Beliau menggunakan kitab Tasawuf Moden sebagai rujukan untuk mengajar kami semua. Buku tersebut ditulis oleh Tuan Guru Hamka sendiri. Iaitu seorang yang sangat hebat dalam ilmu agama Islam dan seorang ulama’ besar Indonesia.

Perbincangan pada kali ini adalah tentang hasil daripada setiap perbuatan yang kita. Persoalannya, apakah hasil yang sepatutnya kita mencari-cari di dunia ini? Kerana kebanyakan manusia tersilap dan terlepas pandang. Sebagai contoh, ada sesetengah manusia hidup untuk makan. Padahal sepatutnya kita hanya makan untuk hidup bukan sebaliknya.

Justeru, hasil yang sepatutnya kita mencari-cari ada banyak sebenarnya. Antaranya adalah:

  1. Mencari Keredhaan Allah S.W.T.
  2. Berakhlak dengan akhlak yang mulia.

Tetapi, fokus penulisan saya pada kali ini adalah berkenaan akhlak yang mulia kerana pencariaan seorang Muslim terhadap keredhaan Allah sudah banyak kali dibincangkan di sini. Jadi, apakah dalil-dalil yang mengajar kita supaya berakhlak dengan akhlak yang mulia?

Antaranya adalah:

1. Firman Allah Ta’ala:

Al-Ahzab-33-21-Malaya-Journal

Maksudnya: “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap rahmat Allah dan kedatangan hari kiamat dan dia banyak menyebut nama Allah.”

(Al-Ahzab 33: 21)

 

2. Rasulullah SAW pun menyebut Muslim yang berakhlak mulia sebagai manusia terbaik. Beliau bersabda,

 “Sesungguhnya yang terbaik di antara kalian adalah yang paling baik akhlaknya.” 

(HR al-Bukhari dan Muslim).

 

3. Dari Jabir bin Samurah radiyallahu ‘anhu; Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

” إِنَّ أَحْسَنَ النَّاسِ إِسْلَامًا، أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا ” [مسند أحمد: صحيح]
Sesungguhnya orang yang paling baik keislamannya adalah yang paling baik akhlaknya.

 (Musnad Ahmad: Sahih)

 

Berdasarkan dalil-dalil di atas, ini menunjukkan betapa pentingnya seorang Muslim beradab dengan akhlak yang mulia. Jadikanlah Rasulullah S.A.W. sebagai panduan kita.

Seterusnya, input kedua yang saya ingin kongsikan adalah tentang kepentingan ilmu. Dan jika dicampur ilmu dan akhlak mulia ini, maka inilah hasil yang dicari-cari oleh seorang mukmin yang sejati. Malah, Ibnu Khaldun juga mengatakan ilmu dan adab adalah dua tiang penting dalam tamadun manusia. Jika tanpa dua tiang ini, maka susahlah bagi seseuatu tamadun itu, untuk terus maju.

Dan dua perkara tersebut adalah:

  1. Ilmu.
  2. Akhlak Mulia.

Dua tiang ini dibaratkan seperti kaki manusia sendiri. Jika anda hanya ada salah satu, maka susahlah anda untuk berjalan. Anda juga diibaratkan cacat walaupun mempunyai ilmu yang sangat banyak.  Kerana akhlak mulia adalah hasil yang terbaik bagi seseorang penuntut ilmu. Hal ini demikian kerana, tanpa akhlak yang baik, ilmu boleh disalah guna dan mendatangkan kesan yang sangat buruk.

Berapa ramai orang sekarang pada zaman ini, yang menggunakan ilmunya untuk menindas orang lain, menyusahkan orang lain, menzalimi masyarakat sendiri atau pun membahayakan rakyat sendiri. Ini semua disebabkan adab atau akhlak mulia yang tidak disemai sewaktu menuntut ilmu.

Oleh kerana itu, sebelum menuntut ilmu pastikan adab anda dilatih dahulu. Dan perkara ini juga sangat ditekan oleh Syeikh Zaini Ahmad kepada para pelajarnya. Lebih-lebih lagi yang menuntut ilmu agama Islam. Kerana Syeikh Zaini tidak mahu melahirkan para pelajar yang sombong apabila telah mempunyai sesuatu ilmu atau pun menuntut ilmu kerana mahu berdebat dan melawan ulama’ mutaakhirin. Perkara in bukanlah main-main kerana ia mampu merosakkan masyarakat dan tamadun sesuatu tempat.

Jadi,  berakhlak dengan akhlak mulia ini merupakan suatu yang sangat penting dan tidak boleh dipandang remeh. Mahukah kita melahirkaan mayarakat yang tidak prihatin terhadap sesame manusia walaupun mereka mampu memberikan bantuan? Mahukah anda hidup bersama orang-orang muda yang tidak menghormati orang tua atau orang-orang kaya yang suka menindas orang miskin? Sudah tentu tidak.

Disebabkan itu, kita mencegah lebih baik daripada mengubati. Ajarlah anak-anak anda untuk berakhlak mulia dan cara terbaik adalah melalui perbuatan anda sendiri. Iaitu kepimpinan melalui teladan. Seperti yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Baginda merupakan seorang yang sangat berakhlak mulia, sangat pemurah, bersopan santun dan suka membantu orang susah serta miskin. Malah, Aisyah r.a pernah berkata: Akhlak Rasulullah S.A.W. itu seperti akhlak al-Quran.

Semoga kita juga dapat melatih diri kita agar sentiasa mengamalkan sifat-sifat mahmudah dan berakhlak mulia. InsyaAllah. Jika anda serius untuk berubah, pasti Allah akan tunjukkan jalan kepada anda. Fokus kepada effort anda sahaja. Ini adalah sebagai peringatan kepada anda dan saya juga.

Comments

comments

Related Post

Nabi Muhammad SAW dan Al-Quran Berpisah Tiada! ﷽ Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan Sekelian Alam. Selawat dan Salam untuk Rasulullah S.A.W. dan Tiada Nabi lagi selepasnya, Pembawa Rahmat Keselur...
10 Tanda Kita Mencintai Nabi Muhammad S.A.W ﷽ الحمد لله رب العالمين، وصلى الله وسلم وبارك على عبده ورسوله، نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين، وبعد Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana,...
Ciri Orang Baik Menurut Pandangan Islam ﷽ Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan Sekelian Alam. Selawat dan Salam untuk Rasulullah S.A.W. dan Tiada Nabi lagi selepasnya, Pembawa Rahmat Keselur...
Doa Para Malaikat Kepada Orang Beriman ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.