Alasan Bangang Presiden Jacob Zuma lepas Songlap 50 Juta

South-Africa-Malaya-Journal

Sebelum cerita pasal Presiden Jocob Zuma ini, korang kena tahu dulu siapa dia ni. Presiden Jacob Zuma ini adalah presiden bagi negara South Afrika sejak 9 Mei 2009 sampailah sekarang. Tapi yang peliknya, Presiden Zuma ini banyak kali dah orang cakap dia terlibat dengan korrupsi dan pengsonglap duit yang power tapi still dipilih jadi presiden dua kali berturut-turut. Nak tengok muka dia tak? tengok kat bawah ni.

presiden-Jacob-Zuma-Malaya-Journal
President Jacob Zuma

Tapi kali ni kita nak sembang pasal korupsi dia ni, tapi kita dengar apa alasan bodo-bodo Presiden Jacob Zuma ni bila  kantoi amek duit rakyat 50 Juta untuk renovate rumah dia kat Nkandla. Kalau korang nak tahu, Nkandla ni adalah “private house” beliau. Gambar rumah private house dia ada kat bawah ni.

President_Jacob_Zuma's_Nkandla_homestead
Private House Presiden Jacob Zuma di Nkandla.

Kalau korang semua tengok gambar kat atas tu, korang mesti ada tertanya-tanya mana satu rumah dia kan? Jawapannya private house dia semua yang dalam pagar hitam itu. Besar nak mampos. Dan yang paling power dia reovate rumah kat atas ni relek je guna 50 Million Dollar State Fund. Siap masuk CNN lagi kot. Cuba tengok video kat bawah kalau tau percaya.

 

Tapi orang lagi  banyak heboh pasal “private swimming pool” dekat rumah dia ni (gambar kat bawah). Orang awam banyak tanya apasal pulak pihak kerajaan kena bayar private swimming pool dia tiba-tiba. Private swimming pool patutnya bayar sendiri la.

 

fire-pool
Fire Pool

Nak tahu tak alasan Presiden Jacob Zuma apa?

Alasan dia relek je, swimming pool ni bukan swimming pool pun. Ini sebenarnya adalah “fire pool“. So, kalau ada kebakaran kat rumah dia, dia boleh guna air tu untuk padamkan kebakaran tersebut. Lepas tu dia siap tegaskan lagi, adalah tanggungjawab kerajaan untuk memastikan president sentiasa selamat daripada kebakaran. Kalau tak faham juga, Trevor Noah akan explani di video di bawah:

 

HAHAHA. Alasan dia memang tak boleh blah dan ini memang exactly apa yang dia cakap tau.

Orang south Afrika pulak takleh nak buat apa-apa sebab tiada kuasa. Memang terpaksa lawan time PRU jela kot nanti.Tapi sebenarnya kalau korang nak tahu President ni tahu songlap duit je. Sebut nombor dalam bahasa inggeris pun tak lepas padahal. Cuba tengok video kat bawah ni kalau tak percaya.

 

Hakikatnya.

Okey kita seirus kejap. Hidup rakyat di South Afrika ni banyak lagi yang susah-susah. Ada yang lebih teruk lagi daripada orangyang hidup susah di Malaysia. Tapi sampai hati presiden buat macam ni kat rakyat dia.

nkandla-Malaya-Journal

Sebab tu penting sangat kita memilih presiden atau ketua negara yang jujur, amanah dan bertanggungjawab. Sebab nak lawan diorang time tengah jadi ketua negara memang susah nak mampos. Presiden Jacob Zuma ni at least ada 700 tuduhan mahkamah ke atas dia tapi tak kena tangkap pun. Tenang je duduk kat rumah dia.

Time mengundi ni jelah kita ada kuasa. So, undilah elok-elok PRU 2018 ini. Make sure korang semua undi sebab nak melahirkan negara Malaysia yang aman dan makmur bukan sebab dibayar, dapat projek baru dan macam-macam lagi. Learn from experience guys. Orang atas songlap duit ratus juta dan ada yang sampai billion Ringgit Malaysia kot.

Masa untuk kita amek tindakan sudah hampir tiba kerana PRU di Malaysia sudah semakin dekat. Jangan biarkan ketua negara hidup kaya raya dan dalam kemewahan manakala rakyat pula dipaksa kerja dua pekerjaan siang dan malam untuk menampung hidup. Kalau tak nak ketua negara macam Presiden Jacob Zuma ini, pilihlah parti yang elok-elok tau. Kalau tak tahu mana satu, pilihlah parti yang sangat mementingkan agama Islam. Anda mampu mengubahnya. Insya Allah.

Comments

comments

Related Post

Apa yang Budak Kecik Fikir Tentang Presiden Trump ... Sedar tak sedar, dah setahun jugak Presiden Trump ni jadi President of The United States (POTUS). Tapi kali ini kita nak tengok apa jawapan atau komen...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.