Apa Yang Terjadi Pada Amalan Kebaikan Non Muslim?

Apa-Yang-Terjadi-Pada-Amalan-Kebaikan-Non-Muslim-Malaya-Journal

Seperti yang kita sedia maklum ada sesetengah orang-orang non Muslim di Malaysia ini, mendapat nikmat yang berbagai-bagai jenis daripada ALLAH sedangkan mereka tidak beriman. Sampai ada pula seorang Muslim mengatakan adakah Tuhan lebih sayangkan mereka (para non muslim) daripada kita. Jawapannya sekali sekali tidak. Bahkan ada juga sesetangah golongan Muslim yang tidak bersolat, melakukan rasuah dan minum arak tetapi masih diberi kekayaan yang cukup banyak. Jawapannya sekali lagi, tidak mungkin ALLAH lebih sayangkan mereka. Kekayaan itu hanyalah diberikan kepada mereka agar mereka menjadi lebih sesat lagi di dunia. Ia dipanggil istidraj.

Apa itu Istidraj?

Istidraj bermakna “memperdayakan”.

Sebagaimana yang terdapat dalam firman ALLAH TA’ALA di dalam Al-Quran.

“Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka terdiam berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan).”

(Surah Al An’aam 6: 44)

Dengan erti kata lain, ALLAH sengaja memberi kesempatan, kesenangan, kekayaan atau segala nikmat sehingga para hampa bertambah lupa kemudian dibinasakan. Janganlah kita tergolong daripada kalangan mereka ini. Amin.

Berbalik semula  kepada nikmat yang dikurniakan kepada para non Muslim, nikmat yang diberikan  itu adalah disebabkan oleh amalan kebaikan yang dibuat oleh mereka di atas muka bumi ini. Sebagai contoh, mungkin mereka suka menderma kepada orang ramai,  membantu orang susah, berbelanja rakan-rakan mereka semasa makan dan macam-macam kebaikan lagi. Oleh itu, ALLAH membalas perbuatan mereka dia atas muka bumi ini, antaranya seperti:

  • Memanjangkan umur mereka.
  • Rezeki mereka bertambah.
  • Mati mereka dimudahkan.

Firman ALLAH:

(3)الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

“Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani” (AL-Fatihah 1: 3).

 

Berdasarkan Firman ALLAH di atas, ALLAH itu bersifat Ar-Rahman (Yang Maha Pemurah). Jadi, walaupun mereka kufur ingkar sepanjang mereka hidup, ALLAH masih membalas segala kebaikan mereka di atas muka bumi ini kerana di dunia inilah ALLAH membalas kebaikan mereka. Kerana mereka tidak akan mendapat belas kasihan walau sedikit pun di akhirat nanti walaupun ALLAH itu bersifat Ar-Rahim (Yang Maha Mengasihani). Ini disebabkan, ALLAH bersifat Ar-Rahim hanya kepada orang-orang yang beriman kepada-NYA. Dan itulah ketentuan ALLAH. Jadi, cukuplah mengatakan mereka (para non-muslim) hidup lebih selesa di atas muka bumi ini sedangkan dunia ini bersifat sementara.

 

Apa yang terjadi pada amalan kebaikan mereka (para non muslim)?

Jawapanya mudah sekali, amalan mereka sudah tentu ditolak oleh ALLAH kerana mereka tidak beriman kepada ALLAH dan Rasul.

ALLAH telah ber-Firman di dalam Al-Quran:

“Dan Kami perlihatkan segala amalan yang mereka lakukan, lalu Kami jadikan amalan itu bagaikan debu-debu yang bertebangan.”

(Al-Furqan 25: 23)

Ya, inilah yang akan berlaku pada amalan-amalan baik yang mereka lakukan di dunia. Amalan-amalan itu tidak dibalas oleh ALLAH di akhirat nanti kerana tidak beriman . Kesemua amalan mereka menjadi debu-debu yang bertebangan. Sangatlah merugikan.

Juga, di dunia inilah tempat dimana mereka gunakan untuk bersenang-senang atau bersuka ria. Sedangkan dunia ini bagi orang Muslim adalah tempat untuk kita melakukan ibadah kepada ALLAH. Mereka hidup mereka di dunia ini seperti mereka tidak akan dibangkitkan lagi dari alam kubur. Kerana inilah satu-satunya dunia mereka. Biarkanlah mereka dan janganlah kita mendengki dengan segala nikmat yang mereka perolehi.

Renungkanlah ayat-ayat AL-Quran di atas, kemudian tanya balik diri anda sendiri, adakah mereka beruntung atau tidak? Sudah tentu tidak kerana Syurga ALLAH yang kekal selama-lamanya adalah matlamat utama kita bukannya dunia. Malah, sepatutnya kita bersyukur dengan apa yang diberikan oleh ALLAH kepada kita terutamanya hidayah petunjuk yang diberikan kepada kita semua (para muslimin dan muslimat).

Firman ALLAH:

Dan Kami cabutkan segala dendam dan hasad dengki dari hati mereka, (di dalam Syurga) yang mengalir beberapa sungai di bawah (tempat) masing-masing, dan mereka pula bersyukur dengan berkata: “Segala puji bagi ALLAH yang telah menunjukkan kami ke (syurga) ini. Kami tidak akan mendapat petunjuk sekiranya ALLAH tidak menunjukkan kepada kami; sesungguhnya telah datang Rasul-rasul Tuhan kami dengan membawa kebenaran”. Dan mereka diseru (oleh malaikat): “Itulah Syurga yang diberikan kamu mewarisinya dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan”. 

(Al- A’raf 7: 43)

Akhir sekali, cuba anda fikirkan apakah yang akan terjadi jika kita sebagai seorang Muslim melakukan amalan-amalan kebaikan seperti yang dilakukan oleh para non muslim di atas? Jawapannya sudah tentu ALLAH akan membalas segala apa yang  para non muslim dapat kepada kita juga di dunia ini. Ingatlah, ALLAH itu maha adil.

Sebagai pemutus kata jawablah soalan-soalan di bawah dengan jujur di dalam hati anda:

  • Adakah anda masih berkira untuk bersedekah kerana takut duit akan berkurang? Sedangkan bersedekah akan menambahkan lagi rezeki anda. Dan pernahkah anda mendengar orang Islam mati kebuluran kerana sedekah terlalu banyak atau semakin bertambah rezeki mereka?
  • Adakah anda masih malas untuk membayar zakat?
  • Adakah anda masih berkira untuk berkorban di bulan Zulhijjah?

Tepuk dada tanya Iman. Sekian sahaja daripada saya. Terima ksih kerana sudi meluangkan masa di sini. Assalamualaikum.

Comments

comments

Related Post

Apa itu Rukun Islam? ﷽ Segala Puji bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana,   Semalam saya telah menonton sebuah video online iaitu tentang nilai masa di sis...
Jangan Khuatir,Rezeki Allah Tidak Terkira Banyakny... Sekurang-kurangnya orang-orang yang bersolat mengulangi ikrar atau visi hidup kita sebanyak 5 kali sehari. Dan kita berikrar semasa membaca Doa Iftita...
My New Books – You Are The Best The last time I told about a book was probably in the last post. And it is about the 4 discipline of execution. A great book indeed and I just return ...
15 Tips Amalan Murah Rezeki dan Cara Mempercepatka... ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.