Apa Beza Angan-Angan Kosong dengan Cita-Cita?

Tukarkan-Angan-Angan-Kepada-Cita-Cita-Malaya-Journal

Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarga Baginda serta para sahabat Baginda selepasnya.

Tajuk perbahasan kita pada kali ini adalah berkenaan dengan angan-angan kosong dan kepentingan cita-cita dalam Islam. Kedua-dua istilah ini sebenarnya hampir serupa tapi sangatlah berbeza. Dan saya merasakan masalah salah faham tentang kedua-dua istilah ini perlu dijelaskan supaya angan-angan kosong ini tidak mengganggu kita dalam kehidupan seharian. Terutamanya semasa beribadah kepada Allah.

Sebenarnya saya juga sering kali termasuk dalam dunia angan-angan kosong ini sehingga solat pun jadi tidak khusyuk Tetapi setelah mempelajari ilmu berkenaan perbezaan angan-angan kosong dan cita-cita dalam Islam berlandaskan dalil-dalil al-Quran seperti yang diterangkan oleh Ustaz Adi Hidayat di bawah. Secara perlahan-lahan asaya mula melatih diri saya sendiri untuk beristighfar setiap kali angan-angan masuk ke dalam fikiran.

 

Apakah Maksud Angan-Angan Kosong dan Cita-cita?

  • Angan-angan kosong ini ialah segala perkara yang mengkhayalkan pada sesuatu yang belum diraih. Tetapi tidak ada iktihar dan usaha untuk meraih sesuatu itu.
  • Cita-cita pula ialah lelaki atau perempuan itu akan dapat segala apa yang diimpiankan sesuai dengan apa yang diiktiharkannya. Iaitu mereka yang melakukan segala kerja yang menjadi sebab-musabab berjayanya seseorang. Juga, mereka juga memulakan perkerjaan tersebut dengan berdoa kepada Allah SWT dan setelah berusaha, mereka bertawakkal pada Allah. Dalil-Nya akan diterangkan di bawah.



Dalil-Dalil di dalam Al-Quran tentang Angan-Angan Kosong.

1. Angan-angan kosong itu adalah daripada Syaitan.

Sebagaimana Firman Allah Ta’ala:

A119

Maksud ayat: “Dan demi sesungguhnya, aku (syaitan) akan menyesatkan mereka (dari kebenaran), dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu; dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah”. Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata.

(An-Nisaa’ 4:119)

Berdasarkan ayat di atas, tujuan syaitan memperdayakan kita dengan angan-angan kosong hanya ada satu iaitu untuk melalaikan kita dalam kehidupan seharian. Menurut Ustaz Adi Hidayat juga, angan-angan kosong ini patut dipotong  atau tinggalkan terus sebaik sahaja ia masuk ke dalam fikiran kita.

Contohnya, apabila masuk je angan-angan dalam fikiran kita, istighfar terus dan ucapkanlah istiazah untuk meminta pelindungan pada Allah. Dan Alhamdulillah, saya juga sudah amalkan dua amalan di atas dan sedikit-sebanyak angan-angan kosong ini sudah berkurang dengan mendadak. Peringatan ini adalah kepada anda semua dan juga kepada saya, Ingatlah saudara dan saudariku semua, angan-angan kosong itu hanyalah tipu daya syaitan belaka dan ia adalah tidak benar sama sekali.

 

Apa yang Perlu dilakukan untuk Mencapai Cita-Cita Kita?

Firman Allah Ta’ala:

A032

Maksud ayat: “Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”

Berdasarkan pemahaman saya tentang dalil di atas, Ustaz Adi Hidayat menerangkan ,Allah SWT berfirman kepada kita supaya tidak berangan-angan terhadap kelebihan harta, ilmu atau pangkat yang orang lain ada. Sebaliknya, kita hanya fokuskan sahaja pada berusaha untuk mendapatkan apa yang diinginkannya sama ada lelaki atau perempuan sama seperti mereka. Bukannya dengan angan-angan kosong.



Dan yang paling penting, jangan lupa untuk berdoa dan bergantung kepada Allah SWT. Kerana orang yang bergantung pada dirinya untuk berjaya pasti akan letih dan stress sebagaiman orang-orang kafir selalu lakukan. Jadi, kita sebagai seorang Muslim yang bijak, selepas berdoa dan berusaha, maka bertawakkallah kita kepada Allah Azza Wa Jalla iaituTuhan Yang Maha Pemberi Rezeki.

 

Cara menukar angan-angan kepada cita-cita.

1. Tingkatkan ketakwaan Anda.

Firman Allah Ta’ala:

A018

Maksud ayat: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.”

(Al-Hasy-r 59:18)

Menurut Ustaz Adi Hidayat, penjelasan di atas senang sahaja, jika anda ingin berjaya dan capai cita-cita anda, tingkatkanlah ketakwaan anda kepada Allah SWT.

 

2. Mesti Ada Perancangan Untuk Capai Cita-cita tersebut.

Berdasarkan ayat 18 surah al-Hasyr di atas, kata kunci kepada perancangan itu adalah seperti di bawah:

Yang membawa maksud, “hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan”. Tetapi menurut Ustaz Adi Hidayat, maksud  perkataan di atas tidak tertahan di situ sahaja kerana ada maksud yang tersirat. Maksud yang tersirat itu adalah, kita perlu:

  • Melihat sambil berfikir dengan akal fikiran kita.
  • Perhatikan keadaan persekitaran atau buat pemerhatian.
  • Siapkan perancangan akan aktiviti-aktiviti yang akan kita lakukan pada setiap hari.
  • Bikin target yang anda ingin capai iaitu suatu hasil yang  akan di bawa hingga ke alam Akhirat. Bukannya hasil dunia semata-mata. Dan target utama kita sudah tentulah Syurga Allah.

Kesimpulan ayat di atas adalah, Allah SWT mengajar kita supaya menjadikan semua perkara dalam kehidupan kita sebagai satu ibadah kepada Allah. Dan sebahagian daripada ibadah juga adalah dengan menyiapkan perkara atau aktiviti-aktiviti yang akan kita kerjakan di masa akan datang. Di samping itu, secara tidak langsung, dalil di atas ini mengajar orang-orang Muslim supaya sentiasa “effiecient” dalam menguruskan waktu mereka.



Sebagai penutup kata, mari kita sama-sama tinggalkan amalan angan-angan kosong ini dan tukarkannya kepada cita-cita. Angan-angan kosong ini hanyalah tipu daya syaitan. Pastikan anda semua dan saya terutamanya sentiasa panjatkan doa kepada, berusaha atau beriktihar dan bertawakkal untuk berjaya di dunia dan akhirat. Aamin. Semoga Allah sentiasa Merahmati anda semua.

Wallahua`lam.

Comments

comments

Related Post

Rahsia Menggapai Cita-Cita di Dunia dan Akhirat ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...
Jauhi Panjang Angan-Angan ﷽ Segala Puji bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana, Hari ini saya mahu menulis tentang panjangnya angan-angan seorang muslim. Kerana saya sendiri...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.