Kelebihan Rahmat Allah dan ciri-cirinya.

Apa-itu-rahmat-Allah-dan-kelebihannya-Malaya-Journal

Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarga Baginda serta para sahabat Baginda selepasnya.

Rahmat Allah SWT merupakan sesuatu yang tidak ada tolak bandingannya kerana tidak ada manusia yang masuk ke dalam syurga Allah SWT dengan amalannya. Mereka hanya dapat masuk hanya dengan rahmat dan redha Allah SWT.

Jadi, hari ini kita akan membincangkan kenapa kita mesti berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan rahmat Allah Ta’ala. Hal ini kerana golongan Islam liberal salah faham akan maksud ” manusia hanya akan dapat masuk ke dalam syurga dengan rahmat Allah SWT”. Mereka mengatakan, kalau hanya dengan redha dan rahmat Allah SWT kita akan masuk syurga, apa gunanya kita beribadah kepada Allah SWT.



Justeru jom kita teruskan perbincangan kita di bawah. Sebelum bermula, segala perbincangan kita kali ini telah disampaikan juga oleh Prof Hasnan Kasan semasa kuliah maghrib bersama beliau.

Firman Allah SWT:

A019

Dan sesiapa yang menghendaki akhirat dan berusaha mengerjakan amal-amal yang baik untuk akhirat dengan usaha yang layak baginya, sedang ia beriman, maka mereka yang demikian keadaannya, diberi pahala akan amal usahanya.

(Al-Israa’ 17:19)

Berasarkan ayat di atas, ia menunjukkan bahawa Allah SWT berfirman bahawa kita sebagai hambanya perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk beribadah untuk mendapatkan akhirat. Bukannya hidup sesuka hati sahaja dan malas beribadah tiba-tiba mahukan rahmat Allah SWT. Adalah suatu yang tidak masuk akal.



Kelebihan rahmat Allah SWT.

Di antara kelebihan orang yang mendapat rahmat Allah adalah seperti yang diterangkan dalam dalil di bawah:

A042

Kecuali orang yang telah diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah jualah yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

(Ad-Dukhaan 44:42)

Prof Hasnan Kasan menerangkan bahawa ayat di atas adalah sambungan daripada ayat dibawah:

A041

Iaitu hari (pemutus hukum)seseorang kerabat atau sahabat karib tidak dapat memberikan sebarang perlindungan kepada seseorang kerabat atau sahabat karibnya, dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan (untuk menghapuskan azab itu),

(Ad-Dukhaan 44:41)

Berdasarkan kedua-dua  ayat di atas,  hari tersebut adalah hari yang tidak ada seseorang pun yang mampu melindungi anda daripada terkena azab seksaan-Nya .Dan orang yang terkecuali daripada  azab seksa tersebut hanyalah orang yang mendapat rahmat-Nya.

Walaupun kelebihan ini tidak dapat dirasai di dunia ini, tetapi inilah antara nikmat yang kita semua sangat-sangat perlukan. Jangan sampai kita dah berada di padang Mahsyar baru nak menyesal.  Di sini, saya mengambil kesempatan untuk menyeru anda semua termasuk saya supaya marilah kita bertaubat dan berubah dengan meningkat amal ibadah kita.



Ciri-ciri orang yang mendapat rahmat Allah SWT.

Seterusnya Prof Hasnan Kasan  menerangkan kepada saya bahawa ramai yang salah anggap terhadap ciri-ciri orang yang mendapat rahmat Allah ini. Hal ini kerana, orang ramai selalu ingat orang yang mendapat rahmat Allah adalah orang yang berkerja kejap sahaja tetapi mudah untuk naik pangkat atau baru je mula berniaga tapi untung sudah berlipat kali ganda. Hakikatnya, itu bukanlah ciri-ciri orang yang mendapat rahmat Allah Azza Wa Jalla.

Ciri-cirinya adalah seperti di bawah:

  • Diampunkan dosanya.
  • Selamat azab kubur atau di padang mahsyar.
  • Dimasukkan ke dalam syurga.
  • Selamat seksa akhirat.

Oleh itu, selagi kita tidak mendapat keempat ciri-ciri di atas, jangan malas untuk beribadah kepada Allah SWT. Sebaliknya, tingkatkan amalan kita dan perbanyakkan menuntut ilmu agama.  Dengan itu, semoga kita semua akan tergolong dalam kalangan orang yang menerima rahmat Allah SWT. Aamin.



Wallahua`lam.

Comments

comments

Related Post

Jangan pernah berputus asa dengan Rahmat Allah SWT ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...
Apakah jalan-jalan orang yang telah diberi Nikmat ... ﷽ Pada kali ini, saya mahu membahaskan apa yang saya pelajari melalui Ustaz Aiman Mohd Shafie semasa kuliah maghribnya yang lalu. Dan pada malam ters...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.