Apa itu Rukun Islam?

Rukun-Islam-Ada-Lima-Malaya-Journal

Segala Puji bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana,

Apa-Itu-Islam-Malaya-Journal

 

Semalam saya telah menonton sebuah video online iaitu tentang nilai masa di sisi Ulama . Yang telah disampaikan oleh Dr. Abdul Basit. Jika anda mahu melihat video tesebut, sila click sini.

Pada akhir video tersebut, saya tersentap dibuatnya apabila guru beliau yang merupakan seorang syeikh telah bertanya kepada anak muridnya yang beribu-ribu di hadapannya satu soalan yang agak pelik. Soalannya berbunyi: masih adakah lagi penuntut ilmu? Anak muridnya bertanya siapakah yang dimaksudkan dengan penuntut ilmu itu?

Iaitu orang-orang yang membaca atau mangulang kaji semula ilmu yang telah dipelajari sebelum ini dan membaca dahulu kitab-kitab sebelum belajar serta mengaji bersama gurunya. Supaya apabila gurunya tersalah sebut semasa menelaah kitab teresebut, anak muridnya boleh membetulkannya. Itulah yang dimaksudkan oleh syeikh tersebut. Lalu kesemua anak muridnya terdiam malu.

Jadi, pada hari ini saya rujuk kembali nota tentang kuliah subuh bersama Syeikh Zaini Ahmad tentang apa itu rukun Islam? Dan rupanya penerangan ringkas tentang rukun Islam telah saya catit di dalam buku nota tersebut. Juga ada disediakan di gambar rajah atas.

Tambahan pula, jika anda mahu penerangan lebih lanjut akan diterangkan oleh saya di bawah. Tetapi penerangan ini tidaklah begitu details kerana saya tidak cukup ilmu untuk menerangkannya seperti sejarah atau asbabun nuzul tentang turunnya wahyu zakat, puasa, solat dan sebagainya.

 

Rukun Islam ada lima.

1. Mengucap dua kalimah syahadah.

Dengan erti kata lain, mengucap dua kalimah syahadah ini adalah perkara pertama untuk memeluk agama Islam. Jadi, setiap orang Islam sudah semestinya sudah mengaku dan mengucapkan kalimah di bawah. Tetapi, jika anda seorang non Muslim dan mahu memeluk Islam, saya syorkan mencari ustaz atau rakan-rakan Muslim terdekat anda supaya dapat membantu anda melafazkan dua kalimah syahadah di bawah. Atau contact saya di sini.

Ucapan Syahadah adalah seperti di bawah:

Kalimah-Syahadah-Malaya-Journal

Maksudnya: Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad adalah Rasulullah.

 

2. Solat Fardhu 5 Waktu.

Iaitu solat lima waktu yang wajib dilakukan oleh setiap orang Muslim yang beriman. Solat lima waktu tersebut adalah:

  1. Solat Subuh (2 rakaat).
  2. Solat Zohor (4 rakaat).
  3. Solat Asar (4 rakaat).
  4. Solat Maghrib (3 rakaat).
  5. Solat Isyak (4 rakaat).

Selain itu, solat fardhu yang lima ini juga merupakan tiang kepada agama seseorang Muslim sama ada lelaki atau wanita. Yang bermakna, jika seseorang Muslim itu tidak melakukan solat fardhu lima waktu, dia diibaratkan kafir oleh sesetengah ulama’ salafus soleh.

Dan jika anda seseorang lelaki, pastikan anda memperbanyakkan solat berjemaah di masjid lebih-lebih solat Subuh dan solat Isyak. Kerana pahala orang yang solat Subuh dan Isyak secara berjemaah adalah seperti orang yang bersolat sepanjang malam.

 

3. Menunaikan Zakat.

Yang dimaksudkan dengan zakat adalah mengeluarkan harta untuk orang yang memerlukan. Dan faedah zakat tersangatlah banyak antaranya dapat membantu orang-orang fakir miskin dan mengelakkan orang-orang kaya mengumpulkan harta terlalu banyak. Juga, jangan risau semasa membayar zakat kerana harta anda tidak akan habis dengan membayar zakat.

Hal ini demikian kerana Allah akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik daripada harta anda tersebut. Sama ada di dunia atau pun di akhirat. Percayalah pada janji Allah. Sebagai contoh, pernahkah anda melihat lembu menjadi pupus disebabkan korban di bulan haji? Sudah tentu tidak. Atau pun ikan di laut yang telah ditangkap pada setiap hari berkurun lamanya semakin berkurangan? Jawanpannya tidak juga. Malah lembu untuk di korban dan ikan di lautan masih terlalu banyak walupun berkurun lamanya di makan oleh manusia pada setiap hari. Inilah antara bukti kekuasaan Allah S.W.T.

P.S. Jika anda orang Selangor dan mahu mebayar zakat pendapatan secara online, anda boleh membayarnya di sini.

 

4. Puasa di Bulan Ramadhan.

Puasa bererti menahan diri daripada makan dan minum serta tidak melakukan perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar sehingga terbenam matahari. Jika di Malaysia, berpuasa pada bulan Ramadhan lebih kurang 14 jam dan selama 30 hari berturut-turut. Juga, bulan Ramadhan merupakan bulan yang sangat ditunggu-tunggu oleh orang-orang Muslim kerana pengampunan Allah sangat mudah untuk mendapatkannya berbanding bulan-bulan yang lain.

Serta, bulan Ramadhan inilah di mana orang-orang Islam bertungkus-lumus mempertingkatkan ibadah kita kerana pahalanya yang berlipat ganda. Terutamanya, pada malam lailatul qadar.

 

5. Menunaikan Haji.

Haji bermaksud tujuan. Iaitu pergi dengan tujuan untuk mengabdikan diri kepada Allah Azza Wa Jalla. Dan rukun Islam ini hanya bagi mereka yang berkemampuan sahaja. Kerana kos menunaikan haji semakin lama semakin tinggi dan jika tidak mampu, anda diberikan keuzuran daripada Allah. Tetapi anak-anak anda perlulah melakukan upah haji bagi pihak anda sebagai melepaskan tanggungjawab anda untuk menunaikan haji tersebut.

Akhir sekali, kelima-lima rukun Islam di atas wajib dilakukan oleh setiap Muslim. Dan kelima-lima perkara ini memang memerlukan kesabaran untuk melakukannya. Lebih-lebih lagi kita hidup di akhir zaman. Penuh dengan halangan duniawi yang sangat mudah kita terlalai. Dan cara terbaik untuk melawan mereka (bisikan syaitan dan nafsu) adalah  dengan mempelajari ilmu al-Quran dan menghidupkannya di dalam diri anda.

Justeru, tanyalah diri anda sendiri, sejauh mana ilmu al-Quran kita? Dan sejauh mana kita mengamalkannya? Tepuk dada tanyalah iman anda. Semoga kita selamat dunia dan akhirat dengan memahami dan mengamalkan al-Quran dalam diri kita. Aamin. InsyaAllah.

Comments

comments

Related Post

6 Perkara Penyebab Hati Rosak Menurut Imam Hasan A... Baiklah kita mulakan artikel kali ini dengan sedikit-sebanyak siapa dia Imam Hasan Al-Basri. Imam Hasan Al Basri merupakan seorang tabi'in dan seor...
Orang Amerika Islamophobia, Orang Singh Jadi Mangs... Kalau nak cerita pasal sejarah Amerika ini, memang tertido la jawabnya korang semua. Sebab semua dah tahu kebanyakannya. Tapi yang peliknya orang Amer...
I Am A Muslim and I Need to Confess Something   Yes, for those who did not about me. I am proud to be a Muslim. But, based on the last part of the surah A-li'Imraan 3:112 above, Allah ...
Apa Yang Terjadi Pada Amalan Kebaikan Non Muslim? Seperti yang kita sedia maklum ada sesetengah orang-orang non Muslim di Malaysia ini, mendapat nikmat yang berbagai-bagai jenis daripada ALLAH sedangk...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.