Apa Maksud Anak Soleh dan Solehah?

Cara-Mendidik-Anak-Soleh-Malaya-Journal

Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan Sekelian Alam. Selawat dan Salam untuk Rasulullah S.A.W. dan tiada nabi lagi selepasnya, pembawa rahmat Keseluruh Alam.

Hari ini saya nak share something yang saya rasa amat penting untuk kita fahami. Iaitu apakah yang dimaksudkan dengan anak soleh atau solehah itu? Ada sesetengah orang kata, anak soleh itu anak yang baik dan ada juga yang kata anak soleh tu maksudnya anak yang taat kepada Allah S.W.T. Tetapi dimanakah dalil-Nya sebagai bukti? Kebanyakan mereka tidak dapat mengeluarkannya.

Jadi di sini, saya akan mengkongsikan ilmu yang baru saya pelajari daripada Ustaz Adi Hidayat tentang maksud anak soleh yang sebenar dan cara untuk melahirkan anak soleh. Dan kesemuanya mempunyai dalil-dalil daripada Al-Quran dan Hadith.

Sebelum bermula, soleh itu terbahagi kepada 5 tingkat. Dan soleh merupakan tingkatan yang paling tinggi. Juga saya yakin, kesemua ibubapa yang sedang membaca artikel saya ini, mahukan anaknya menjadi anak yang soleh dan solehah. Insya Allah.

 

5 Tingkatan Untuk Melahirkan Anak Soleh.

1.  Baik (toyyiban)

Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.

(Al-Baqarah 2:168)

Maksud baik atau toyyiban pada ayat di atas adalah makanan yang halal dan baik perlu menjadi makanan utama anak-anak anda. Jadi, makanan yang halal lagi baik merupakan syarat pertama untuk melahirkan anak soleh. Justeru, ibubapa perlu memastikan ada tanda halal pada suatu barang tersebut dan datang dari sumber wang yang halal. Hal ini bertujuan supaya darah daging mereka tidak datang dari hasil yang haram.

 

2. Khoir (sifat)

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.

(Ali-Imran 3:110)

Apabila fizikal mereka sudah dipastikan dari makanan yang halal dan baik, barulah sifat-sifat mahmudah pada diri anak soleh dapat dibentuk.

 

3. Makruf (sikap)

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

(Ali-Imran 3:104)

Seterusnya, ajari mereka melakukan amar makruf dan nahi mungkar sejak kecil lagi. Supaya anak-anak kita akan mula bersikap dengan sikap yang terpuji iaitu sikap mahmudah.

 

4. Ihsan (lakukan setiap perkara kerana Allah)

Daripada Saiyidina ‘Umar juga, r.a. beliau berkata:

Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya.  Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya. Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau. Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya.  Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman. Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk. Lelaki itu berkata: Benarlah engkau. Dia berkata lagi:Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan. Baginda bersabda: Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu. Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: (Antara tandatandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kamibng berlumba-lumba memibna bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya).  Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai ‘Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.           

Hadis riwayat al-lmam Muslim (Hadis riwayat Muslim, kitab al-iman, no: 9 dan 10, al-Tirmizi, kitab al-iman, no:2535, beliau berkata: hadis ini hasan shahih, al-Nasaa’ie, kitab al-iman, no: 4904, 4905, Abu Dawud, kitab al-sunnah,no:4075, Ibn Majah, kitab al-muqaddimah, no: 62 dan 63, Ahmad, musnad , no: 346).

Berdasarkan hadith di atas, ihsan adalah suatu yang membezakan anak soleh atau solehah dengan anak orang bukan Islam yang baik. Kerana jika nak dibandingkan, anak orang bukan Islam pun ada yang suka membantu orang lain dan bersikap dengan sikap yang terpuji. Tetapi dimanakah perebezaannya? Jawapannya sudah tentulah terletak pada segi ihsan.

Hal ini kerana ihsan ini bermaksud mereka yang lakukan setiap perkara kerana Allah Ta’ala semata-mata. Sedangkan anak-anak orang bukan Islam hanya melakukannya kerana dilatih oleh orang tuanya sahaja. Itulah perbezaannya. Segala perbuatan ihsan itu akan dibalas di syurga manakala untuk orang yang bukan muslim, ia hanya menjadi debu-debu yang bertebangan.

 

5. Soleh / Solehah

Akhir sekali, tingkatan soleh barulah akan mucul dengan menggabungkan keempat-empat tingkatan di atas. Hanya dengan mengamalkan keempat-empat perkara di atas barulah boleh kita dipanggil anak soleh atau solehah. Nampaknya bukan mudah untuk menjadi orang-orang yang soleh ini. Oleh itu, jom kita sambung bagaimanakah cara terbaik untuk melahirkan anak soleh di bawah.

 

Cara Untuk Melahirkan Anak Soleh?

عن أبي هريرة رضى الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث: صدقة جارية أو علم ينتفع يه أو ولد صالح يدعو له

Maksud hadis : Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.”

(HR Muslim)

Berdasarkan hadith di atas, Syeikh Zaini Hj Ahmad telah menerangkan bahawa betapa ketiga-tiga perkara di atas ini sangatlah berkaitan. Kerana inilah rahsia untuk melahirkan anak soleh. Iaitu ibubapa perlu mencari ilmu yang bermanfaat dan perlu banyak berwakaf atau infaq supaya ilmunya menjadi ilmu yang bermanfaat. Dan selepas itu, dengan ilmu yang bermanfaat itu adabkanlah anak-anak mereka dengan sebetulnya supaya menjadi anak-anak yang soleh. Semoga dengan mengamalkan rahsia yang tersirat pada hadith di atas ini, anak-anak anda semua akan menajdi anak soleh dan solehah. Insya Allah.

Wallahua`lam.

 

Rujukan.

  1. Konsep Pendidikan Anak Dalam Al-Qur’an dan Sunnah – Ustadz Adi Hidayat, Lc, MA.

 

Comments

comments

Related Post

Kempen Membawa Anak-Anak Ke Syurga Allah ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...
Kem Anak Soleh Dan Solehah ﷽ الحمد لله رب العالمين، وصلى الله وسلم وبارك على عبده ورسوله، نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين، وبعد Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana,...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.