Apa maksud ikhlas, dengki dan rezeki menurut al-Quran

Apa-maksud-ikhlas-dengki-dan-rezeki-menurut-al-Quran-malaya-journal

Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarga Baginda serta para sahabat Baginda selepasnya.

Setelah sebulan lamanya tak dengar kuliah Ustaz Dr Shafie Mohd Amin, rindu pulak rasanya. Dan Alhamdulillah, pada 23/6/2018, penulis telah diberikan kekuatan untuk hadir ke kuliah subuh beliau. Kali ini, Dr Shafie telah ajar kepada penulis beberapa perkataan yang sering kali kita salah tafsir. Kerana kita hanya menggunakan akal kita semata-mata. Rupa-rupanya penafsiran perkataan seperti maksud ikhlas, dengki dan rezeki yang sebenarnya menurut al-Quran al-Karim.



 

1. Apa itu Ikhlas?

A040

“Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik (orang-orang yang ikhlas)”.

(Al-Hijr 15:40)

Berdasarkan ayat di atas, Dr Shafie menerangkan kepada saya bahawa kebanyakan orang berpendapat bahawa maksud ikhlas itu buat adalah melakukan sesuau tanpa mengharapkan sebarang balasan. Padahal salah sekali rupanyan, kerana maksud ikhlas yang sebenar adalah seperti firman Allah SWT di bawah:

A005

Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Agama yang benar.

(Al-Bayyinah 98:5)



2. Apa maksud Jangan dengki?

A032

Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

(An-Nisaa’ 4:32)

Berdasarkan ayat di atas pula, Dr Shafie menerangkan bahawa kita tidak sepatutnya berdengki dengan orang lain akan pemberian Allah SWT kepada mereka. Hal ini kerana, ia ibarat seperti kita tidak berpuas hati dengan ketentuan Allah SWT. Sebaliknya, kita harus redha dan berikhtihar untuk mendapatkan sesuatu. Berjaya atau tidak mendapatkan sesuatu adalah urusan Allah SWT.  Justeru, kita hanya perlu fokus kepada usaha sahaja. Peringatan ini kepada diri penulis terutamanya.



3. Jangan lupa diri dan sentiasa bersyukur dengan pemberian Allah SWT.

A040

Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: “Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata!” Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah ia: “Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya. Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah”.

(An-Naml 27:40)

Ayat di atas ini pula, Dr Shafie menerangkan kepada saya bahawa Nabi Sulaiman A.S. adalah di antara contoh terbaik yang telah dirakamkan dalam al-Quran. Hal ini kerana, walaupun Nabi Sulaiman diberikan kerajaan yang menguasai satu dunia, mampu cakap dengan haiwan dan mampu menundukkan jin serta angin, Baginda tidak pernah berasa ia adalah kekuatan Baginda. Tetapi Baginda sangat faham bahawa segala nikmat dan rezeki ini hanya milik Allah SWT. Bahkan setaiap rezeki ini hanyalah ujian semata-mata dan risiko do akhirat nanti.



4. Rezeki adalah risiko.

Bab rezeki sudah banyak kali dibincangkan oleh penulis di Blog ini. tetapi disebabkan penulis baru sahaja mempelajari maksud rezeki yang sebenar. Penulis berasa sangat perlu untuk kongsi makna sebenar rezeki untuk dijadikan peringatan kepada kita semua.

Hal ini disebabkan kerana kebanyakan kita faham makna rezeki itu hanyalah benda-benda yang kita suka atau benda yang baik-baik sahaja. Padahal maksud rezeki yang sebenar berdasarkan al-Quran adalah:

A008

Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!

(At-Takaathur 102:8)

Dengar erti kata lain, segala rezeki yang kita terima di dunia ini akan ditanya dan akan membawa risiko kepada kita untuk masuk ke syurga Allah Ta’ala. Jadi, kita perlu faham di sini bahawa tak semestinya dapat banyak rezeki itu adalah sesuatu yang baik kepada kita. Justeru, kita perlu redha dengan segala rezeki yang Allah Ta’ala beri kepada kita sama ada banyak atau sedekit. Kerana Allah SWT lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita. Yakinlah bahawa segala apa yang terjadi adalah sentiasa pemberian yang terbaik buat Allah SWT kepada kita semua.



5.  Cara doa nabi sulaiman?

Sebelum akhir penulisan kali ini, penulis nak share sikit cara doa Nabi Sulaiman A.S.

A035

Katanya: ” Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku, dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku; sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurniaNya “.

(Saad 38:35)

Berdasarkan ayat di atas, Nabi Sulaiman A.S. memulakan doanya dengan meminta ampun terlebih dahulu. Kemudian barulah Baginda meminta hajatnya dan diakhiri dengan memuji Allah SWT. Jadi, penulis harap anda semua dapat manfaat daripada penulisan kali ini. Selamat beramal semua.

Wallahua`lam.

Comments

comments

Related Post

Cara Untuk Mendapatkan Rezeki Yang Berkat ﷽ Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan Sekelian Alam. Selawat dan Salam untuk Rasulullah S.A.W. dan tiada nabi lagi selepasnya, pembawa rahmat Keselur...
3 Perkara Berkait Rapat Dengan Rezeki ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...
Teori Dan Praktikal Membuka Pintu Rezeki Berdasark... ﷽ الحمد لله رب العالمين، وصلى الله وسلم وبارك على عبده ورسوله، نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين، وبعد Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana,...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.