Apa yang Budak Kecik Fikir Tentang Presiden Trump – Yang ke-5 Lawak

Apa-Yang-Anak-Anak-Kecil-Amerika-Fikir-tentang-Trump-Malaya-Journal

Sedar tak sedar, dah setahun jugak Presiden Trump ni jadi President of The United States (POTUS). Tapi kali ini kita nak tengok apa jawapan atau komen budak-budak kecik di Amerika tentang presiden “kesayangan” diorang ni. Dan kalau korang nak tahu, budak-budak kecik selalunya memang jujur dan cakap dari hati diorang. Diorang nak cakap apa diorang cakap je. Bukan macam orang besar, cakap tak serupa bikin.

Tapi jawapan budak-budak ni memang funny. Memang kena share jugak. Kalau tak Admin gelak sorang-sorang je nanti.  Walaubagaimanapun, ada juga kanak-kanak yang tak suka Trump, ada yang sokong, ada yang tak sokong dan last sekali siap ada yang sokong barbie dia. Bab paling lawak bila reporter suruh budak-budak kecik ni tiru gaya Trump selalu buat. Jom tengok video tu kat bawah.

 

Serius lawak. Admin kalau tengok asyik nak tergelak-gelak je. HAHAHA.

 

Boleh tak buat soal jawab macam ini di Malaysia?

Jawapannya, jangan. Jangan buat soal jawab macam ni kat Malaysia. Lagipun Admin rasa, kalau kat Malaysia, parent takkan bagi anak-anak diorang jawab soalan ini. Sebab soalan panas ni woi! Dah la nak dekat PRU. Mesti goyang punya parti-parti politik kalau ada soal jawab macam ini viral di internet.

Tapi kalau kat Amerika lain ceritanya. Diorang tak kisah pun kalau kutuk atau memalukan siapa-siapa dekat siaran mana-mana pun. Sebab diorang ada “Freedom of Speech“. Apa benda punya jenis “right” pun Admin tak tahu. Tapi yang powernya, orang-orang Amerika selalu guna untuk condemn orang sana-sini dan takleh kena tangkap, asalkan bukan “hate speech”.

Namun, kalau dalam Islam, tak kisahlah jika kita boleh kata apa-apa pun melalui Freedom of Speech ini, tapi kalau ia dapat menyakitkan hati orang lain. Itu adalah perkara yang ditegah syarak. Jadi, kita ditegah untuk menghina, mengumpat, memanggil orang dengan nama yang tidak disukai dan lain-lain lagi. Itulah yang membezakan peraturan Allah S.W.T. dan peraturan yang dibuat manusia. Hal ini kerana, Allah S.W.T. bukan sahaja menggalakkan kita menjaga hubungan dengan-Nya malah juga dengan manusia. Iaitu dengan berakhlak mulia semasa makhluk.

Kesimpulannya, lawak hari ini mengajar kita supaya akhlak anak-anak kita dan memilih pemimpin yang mampu menyatukan negara Malaysia ini. Bukannya pemimpin yang hanya kisah duit di bank dia sahaja. Pilihlah pemimpin yang paling takut kepada Allah S.W.T. sebagai ketua negera.

Tetapi jika tidak orang Islam yang bertanding di kawasan anda, pilihlah pemimpin yang paling mampu untuk memikul tanggungjawab sebagai ketua di kawasan anda. Dan jika mereka silap tegurlah dengan berhemat bukan dengan memalukan mereka dikhalayak ramai. Saya tak cakap ia adalah suatu yang mudah tapi ia perlu dilakukan. Jom mengundi di PRU-14. INI KALILAH!

Wallahua`lam.

Comments

comments

Related Post

Alasan Bangang Presiden Jacob Zuma lepas Songlap 5... Sebelum cerita pasal Presiden Jocob Zuma ini, korang kena tahu dulu siapa dia ni. Presiden Jacob Zuma ini adalah presiden bagi negara South Afrika sej...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.