Apakah Hukum Bekerja dengan Bank Konvensional?

Elakkan-Diri-Bekerja-Di-Bank-Konvensional-Malaya-Journal

Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarga Baginda serta para sahabat Baginda selepasnya.

Tajuk kali ini agak sensitif jugak kerana banyak sekali orang-orang Islam yang masih bekerja di bank-bank konvensional. Dan maksud bank konvensional ini adalah bank yang tidak mengamalkan hukum-hukum syariat Islam. Iaitu bank tersebut mengamalkan sistem riba dalam mengambil untung daripadanya manakala pekerjanya pula akan mendapatkan gaji dapat hasil riba tersebut.

Tetapi untuk menjawab hukum bekerja di bank konvensional ini, saya serahkan kepada ahli-ahli pendakwah di seluruh dunia untuk menjawab soalan tersebut.

Menurut Ustaz Adi Hidayat, carilah kerja di bank yang mematuhi syariat Islam supaya kita semua sentiasa mendapat keberkatan daripada rezeki yang diberikan Allah SWT.

 

Menurut Ustaz Azhar Idrus, masalah bank yang sedia ada ini memang tidak dapat mengelakkan daripada sistem riba. Namun, para ulama berpendapat kita harus pastikan kita tidak terlibat secara langsung dengan proses riba tersebut. Contohnya bekerja sebagai tukang tulis riba, tukang jual riba,  menjadi saksi kepada riba dan sebagainya. Jika, dia sedang melakukan hal tersebut, maka dia perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari kerja lain tapi jangan berhenti terus kerana mungkin akan memudaratkan keluarga dia dan sebagainya.

 

Juga, Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid juga menerangkan seperti Ustaz Azhar Idrus. Cuma, Habib Zainal hanya menambah jika dari sudut waraknya seseorang itu, dia perlu meninggalkan kerja di bank konvensional. Tidak kiralah sama ada terlibat secara langsung atau tidak. Sebabnya adalah orang yang warak tidak akan bermain-main atau mendekati pun kepada benda-benda yang syubhat apatah lagi haram.

 

Menurut Dr Zaharuddin pula, beliau menerangkan  para ulamak mengeluarkan  dua pendapat:

  • Pendapat pertama, Ulamak berpendapat jika seseorang itu terlibat secara langsung dalam sistem riba’ tersebut seperti menjadi saksi kepada riba atau menjadi penulis riba, maka haram hukumnya. Dan dia perlu tinggalkan kerja tersebut. Tetapi, dia jika memudaratkannya seperti anak bini perlu ditanggung. Maka, dia boleh kerja di situ untuk sementara waktu dalam masa yang sama dia berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari kerja lain yang halal.
  • Pendapat ulama’ yang kedua adalah hukumnya harus bekerja di bank konvensional jika dia tidak terlibat secara langsung. Contohnya seperti dia hanya seorang cleaner, technician komputer, security guard dan sebagainya. . Tetapi sebagai seorang Islam, dia perlu berusaha untuk mengelakkan diri daripada terjebak dengan perkara-perkara yang haram seperti riba’.
  • Selain itu, Dr Zaharuddin juga menambah bahawa seseorang yang bekerja di bank konvensional dan sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari kerja baru yang halal, dia perlu meniatkan diri untuk menuntut ilmu perbank bukan bekerja hanya untuk makan gaji sahaja. Semoga Allah jauhkan kita semua daripada amalan riba ini.

 

Manakala, seorang sheikh daripada Arab Saudi yang bernama Sheikh Assim Al Hakeem bersetuju bahawa berkerja di bank konvensional adalah haram kerana bank tersebut mengamalkan sistem riba dan ia adalah sistem pekerjaan yang  berperang dengan Allah dan Rasul. Video tersebut seperti di bawah.

 

Akhir sekali adalah daripada lagenda pendakwah Islam di akhir zaman ini iaitu Dr Zakir Naik. Beliau mengatakan bahawa ia adalah suatu perbuatan yang haram juga. Sila tonton video di bawah untuk memahaminya dengan lebih lanjut. Beliau akan memberitahu dalil-dalil penharamannya juga.

 

Kesimpulannya.

Jauhkanlah diri kita semua dengan bekerja di bank konvensional dan pinjaman yang ada unsur riba. Kerana ini adalah punca hidup kita tidak ada keberkatan.  Semoga kita diselamatkan Allah daripada sistem pinjaman riba.  Ya Allah permudahkanlah kedhidupan kami di dunia dan akhirat. Aamin.

Wallahua`lam.

Comments

comments




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.