Apakah jalan-jalan orang yang telah diberi Nikmat Allah?

nikmat-Allah-Malaya-Journal

Pada kali ini, saya mahu membahaskan apa yang saya pelajari melalui Ustaz Aiman Mohd Shafie semasa kuliah maghribnya yang lalu. Dan pada malam tersebut juga, Ustaz Aiman Mohd Shafie telah mengajar kepada saya tentang maksud yang tersirat pada ayat terakhir surah Al-Fatihah. Ia merupakan suatu ilmu yang sangat berguna.

Firman Allah:

Al-fatihah-ayat-7-Malaya-Journal

Maksudnya: Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. 

(Al-Fatihah 1: 7)

Dan nikmat Allah di atas bukanlah nikmat makanan, minuman, kereta, rumah atau pun isteri yang cantik. Tetapi nikmat di atas bermaksud nikmat iman dan nikmat Islam. Iaitu nikmat paling besar yang kita perolehi sebagai seorang mukmin.

Persoalannya, siapakah “mereka” atau “orang-orang” di dalam surah Al-Fatihah di atas yang telah mendapat nikmat tersebut?  Adakah kita tergolong dalam golongan di atas? Jawapan kepada persoalan ini, diterangkan sepertimana Firman Allah di bawah:

An-Nisa-4-69

Maksudnya: Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).

(An-Nisa 4: 69)

Jika anda lihat maksud kedua-dua ayat surah di atas terdapat ayat yang sama iaitu “orang-orang yang dikurniakan nikmat oleh Allah“. Namun, maksud orang-orang yang diberi nikmat itu tidak diterangkan pada surah al-Fatihah tetapi diterangkan pada surah an-Nisa. Dan orang-orang yang diberi nikmat Allah itu adalah:

  1. Para Nabi Allah.
  2. Orang-orang Siddiqin.
  3. Orang-orang syahid.
  4. Orang-orang soleh.

Kemudian, timbullah persoalan kedua, bagaimanakah kita mahu bertanya kepada bagaiman mereka mendapat nikmat daripada Allah sedangkan para nabi kesemuanya sudah wafat dan orang-orang syahid juga sudah dikuburkan? Jawapannya sudah tentu dengan belajar Al-Quran. Kerana hanya dengan Al-Quran kita dapat mengenal dan mengetahui apa yang para nabi, orang-orang soleh dan orang-orang siddiqin yang terdahulu lakukan untuk mendapat nikmat Allah tersebut.

Antaranya:

  • Kisah Nabi Musa yang berdakwah kepada Raja Mesir yang zalim iaitu Firaun.
  • Kisah Pemuda Al-Kahfi yang tidur selama 309 tahun untuk mempertahankan agama mereka daripada raja yang zalim.
  • Kisah Nabi Nuh yang berdakwah selama 950 tahun dengan penuh kesabaran.
  • Kisah Nabi Ibrahim yang dibakar hidup-hidup kerana mengajak menyembah Allah Ta’ala dan macam-macam lagi.

Sekiranya jika kita faham betul-betul mengapa mereka semua berbuat demikian dan mempraktikkan apa yang mereka buat di dalam kehidupan seharian kita, InsyaAllah kita juga akan mendapat nikmat yang telah diberikan Allah kepada mereka.

Tetapi,

Bagaimanakah caranya untuk mendapat nikmat Allah tersebut?

Kemudian, Ustaz Aiman Mohd Shafie  menerangkan kepada saya bahawa disebabkan manusia sering leka, malas dan sambil lewa ketika mempelajari al-Quran, hal ini telah menyukarkan kita dalam proses mendapatkan nikmat Allah tersebut. Tetapi, janganlah risau kerana Rahmat Allah Ta’ala tiada tandiangannya. Disebabkan itu, Ustaz Aiman Mohd Shafie juga memberitahu Allah S.W.T. telah memberi “clue” yang sangat penting di dalam surah an-Nisa dia atas untuk membantu kita dapatkan nikmat Allah tersebut. Ini menunjukkan betapa Maha Pemurahnya Allah S.W.T. itu.

Dan “clue” itu terletak pada awal-awal ayat an-Nisa ayat 69 tersebut:

Maksudnya: Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya,

Yang bermaksud, di dalam setiap perkara yang kita lakukan haruslah kita taat kepada Allah dan Rasul untuk mendapatkan nikmat Allah itu.  Sebagai contoh,

  • Semasa bermain bola wajiblah kita menutup aurat sebagaimana kaum perempuan wajib memakai tudung.
  • Jika kita bekerja di siang hari, janganlah kita melewatkan-lewatkan solat kerana pekerjaan tersebut.
  • Jika kita hendak mendapatkan sesuatu projek, janganlah kita melakukan rasuah untuk mendapatkannya.

Secara ringkasnya supaya anda mudah memahami ayat dia atas, dalam setiap perkara yang kita lakukan, pastikan tujuannya adalah untuk:

Sekiranya kita dapat melakukannya di dalam setiap perbuatan kita, InsyaAllah kita akan tergolong di dalam orang-orang yang mendapat nikmat Allah tersebut. Dan perkara ini menjadi peringatan kepada saya terutamanya yang sangat daif ini dan anda juga.Oleh itu, marilah kita sama-masa berusaha bersungguh-sungguh melaksanakannya.

Sebgaimana Firman Allah:

surah-al-isra-17-19

Maksudnya: Dan sesiapa yang menghendaki akhirat dan berusaha bersungguh-sungguh mengerjakan amal-amal yang baik untuk akhirat dengan usaha yang layak baginya, sedang ia beriman, maka mereka yang demikian keadaannya, diberi pahala akan amal usahanya.

(Al-Isra 17: 79)

 

P.S. Jika anda hendak melihat video kuliah maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Aiman Mohd Shafie tersebut, anda boleh melihatnya di Facebook Page Malaya Journal.

Comments

comments

Related Post

Jangan pernah berputus asa dengan Rahmat Allah SWT ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...
Kelebihan Rahmat Allah dan ciri-cirinya. ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...
3 Cara Untuk Menjadi Hamba Allah Yang Sebenar ﷽ Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan Sekelian Alam. Selawat dan Salam untuk Rasulullah S.A.W. dan tiada nabi lagi selepasnya, pembawa rahmat Keselur...
Bersyukur kepada Allah Suatu Keperluan ﷽ Tajuk yang akan dibincangkan pada kali ini adalah tentang mengapa bersyukur kepada Allah S.W.T adalah satu keperluan bagi seorang mukmin yang sejat...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.