Apakah Sambutan Maulidur Rasul Anda?

Maulidur-Rasul-Malaya-Journal

الحمد لله رب العالمين، وصلى الله وسلم وبارك على عبده ورسوله، نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين، وبعد

Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana,

Syukur ke hadrat ilahi, kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita masih lagi dapat hidup sehingga kini. Dan sempena 12 Rabiul Awal 1439 bersamaan 1 Disember 2017 ini, saya akan menulis tentang sambutan maulidur rasul kita yang sepatutnya kita lakukan. Kerana pada hari inilah, seorang insan paling agung telah dilahirkan untuk memyempurnakan akhlak ke seluruh dunia. Beliau adalah Nabi Muhammad S.A.W.

Di samping itu, Nabi Muhammad S.A.W merupakan seorang yang sangat cinta dan sayang akan umatnya iaitu kita semua. Oleh kerana itu, kita juga sepatutnya wajib mencintai Baginda S.A.W. sebagaimana Baginda menyayangi kita. Kalau nak cakap kita hanya tahu serba sedikit tentang Nabi Muhammad S.A.W, orang bukan Islam pun tahu akan Baginda. Jadi, yang membezakan kita dengan orang bukan Islam adalah terletak pada kecintaan kita kepada Baginda S.A.W. lebih-lebih lagi pada hari maulidur rasul.

Malah, hanya Baginda S.A.W yang dapat membantu untuk memberi syafaat kepada kita di akhirat nanti. Tetapi sejauh manakah kecintaan kita kepada Rasulullah S.A.W? Adakah hanya dibibir sahaja? Atau adakah perlu dibuktikan dengan amalan? Jawapannya, sudah tentu perlu dibuktikan dengan amalan. Tetapi bagaimanakah caranya?

Caranya ada sepuluh dan saya akan kongsikan kepada anda 10 amalan ini yang telah disampaikan oleh Ustaz Wan Sohor Bani Leman serta diajarkan oleh para alim ulama’. Agar ia boleh dijadikan bukti bahawa kita mencinta Rasulullah S.A.W. dengan sebenar-benar cinta. Dan segala amalan di bawah ini, anda semua dan saya boleh melakukannya pada setiap hari bukannya pada hari maulidur rasul sahaja.

 

10 Amalan Bagi Sesiapa yang Mencintai Nabi Muhammad S.A.W. adalah:

1. Bertaubat kepada Allah Ta’ala. Kerana kita hanyalah insan yang lemah dan selalu melakukan dosa. Malah, Nabi Muhammad S.A.W. yang maksum itu pun selalu bersyukur dan bertaubat kepada Allah walaupun Baginda suci daripada dosa. Baginda juga pernah solat malam sehingga bengkak kaki Baginda. Walaupun kita tidak mampu melakukannya seperti itu, perbanyakkanlah istighfar kepada Allah dan lakukanlah solat sunat taubat pada setiap hari.

 

2. Meraikan al-Quran. Yang bermaksud sentiasa seronok membaca al-Quran al-Karim dengan memperbanyakkan bacaan al-Quran anda semua. Jika tidak mampu dan kurang bersemangat, ajaklah rakan-rakan anda atau ahli keluarga anda untuk bertadarus membaca al-Quran bersama-sama. Satu muka surat seorang pun sudah mencukupi. Tetapi kalau boleh, bacalah sekurang-kurangnya satu juzu’ pada setiap hari.

 

3. Memperbanyakkan selawat ke atas nabi Muhammad S.A.W. Dan ini selalu didengari dan di ajar oleh kebanyakan ustaz jadi tidak perlu saya hurai panjang. Menurut ustaz saya, sekurang-kurangnya bacalah selawat ke atas nabi 100 hingga 300 pada setiap hari.

 

4. Berusaha menghidupkan sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Walaupun sunnah itu kecil sekalipun seperti makan dan minum dengan tangan kanan. Ajar anak-anak sejak kecil lagi dan tegur kawan-kawan anda jika ada di antara mereka yang makan tangan kiri.

 

5. Melazimi berkawan dengan orang-orang yang cintai kepada Nabi Muhammad S.A.W. Sebagai contoh, orang yang selalu berselawat ke atas nabi.

 

6. Orang yang cinta kepada Nabi Muhammad S.A.W. perlu cinta kepada ahlul bait dan para sahabat. Iaitu dengan bersama berjuang dan menyokong ajaran mereka.

 

7. Menyampaikan kepada orang lain akan ajaran Nabi Muhammad S.A.W walaupun satu ajaran atau sepotong ayat pun. Sebagaimana hadith Baginda S.A.W di bawah:

Dari Abdullah bin Amr radhiyallahu ta’ala ‘anhu, bahwa Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” 

(HR. Bukhari)

Saya syorkan, pergilah ke majlis ilmu terutamanya pada maulidur rasul ini dan sampaikan ilmu tersebut kepada rakan-rakan terdekat dan ahli keluarga anda. Sata potong ayat pun jadilah. Amalan inilah yang mendorong saya menulis blog ini.

 

8. Mencintai perbuatan yang dicintai Nabi Muhammad S.A.W. Terutamanya perbuatan para sahabat.

 

9. Dia membenci apa yang dibenci Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W. Iaitu membenci segala kemungkaran seperti orang yang tinggalkan solat, peminum arak atau orang-orang kafir yang sentiasa menindas dan memerangi orang-orang Islam. Contohnya seperti Zionis Israel laknatullah.

 

10. Sentiasa mengulang kaji sejarah hidup atau sirah Nabi Muhammad S.A.W dan dia berasa rindu untuk bersama baginda. Dan saya syorkan anda mendengar kuliah tentang kitab insan agung yang disampaikan oleh Dr Abdul Basit.

Mudah-mudahan semua sepuluh amalan yang disampaikan di atas ini dapat diamalkan supaya sedikit sebanyak dapat mendekatkan kita kepada Nabi Muhammad S.A.W. terutamanya di hari maulidur rasul yang mulia ini. Insya Allah. Semoga ia dapat menjadi peringatan kepada kita semua sentiasa kerana sesungguhnya kita amat memerlukan kepada bimbingan Baginda di dunia dan bantuan syafaat Baginda di akhirat kelak.

Wallahu A’lam.

Comments

comments

Related Post

10 Tanda Kita Mencintai Nabi Muhammad S.A.W ﷽ الحمد لله رب العالمين، وصلى الله وسلم وبارك على عبده ورسوله، نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين، وبعد Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana,...
Doa Para Malaikat Kepada Orang Beriman ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...
Beramal dengan sifat Rasulullah SAW ﷽ Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan Sekelian Alam. Selawat dan Salam untuk Rasulullah S.A.W. dan tiada nabi lagi selepasnya, pembawa rahmat Keselur...
Nabi Muhammad SAW dan Al-Quran Berpisah Tiada! ﷽ Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan Sekelian Alam. Selawat dan Salam untuk Rasulullah S.A.W. dan Tiada Nabi lagi selepasnya, Pembawa Rahmat Keselur...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.