Bagaimana Cara Mengurus Diri Sendiri.

Buku-Terbaik-Cara-Mengurus-Diri-Sendiri-Malaya-Journal

Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarga Baginda serta para sahabat Baginda selepasnya.

Buku yang menjadi pilihan Admin untuk dibincangkan pada kali ini adalah Managing Oneself. Iaitu sebuah buku yang ditulis oleh Peter F. Drucker tentang cara mengurus diri sendiri. Beliau juga merupakan seorang yang sangat hebat dalam bidang penulisan lebih-lebih lagi berkenaan pengurusan diri.

Selain itu, Peter Drucker juga adalah seorang guru, perunding dan beliau telah menulis sebanyak 34 jenis buku serta telah diterbitkan melebihi daripada 70 bahasa. Malah, beliau mengasaskan Yayasan Peter F. Drucker untuk Pengurusan Nonprofit, dan menasihati 13 kerajaan, institusi perkhidmatan awam, dan syarikat-syarikat besar.

Berbalik kepada tujuan utama buku Managing Oneself ini ditulis adalah untuk mengajar kita supaya bijak dalam menguruskan diri kita dengan cermat. Hal ini kerana, ilmu tentang pengurusan diri tidak diajar oleh mana-mana sekolah atau pun universiti. Padahal ilmu ini sangat penting sekali. Justeru, pada pandangan Admin, buku Managing Oneself perlu dibaca oleh setiap orang untuk memudahkan anda untuk menguruskan diri dengan izin Allah SWT. Buku ini juga adalah buku yang terbaik Admin pernah baca jika tentang pengurusan diri.



Antara kelebihannya buku Mengurus Diri Sendiri:

1. Buku ini sangat nipis.

managing-oneself-Malaya-Journal

60 muka surat sahaja dan nak baca tak sampai 1 jam pun boleh habis. Rasanya baca surat khabar lagi lama sebab bukunya kecik je. Tapi, dia punya case study yang diterangkan dan ilmu tentang pengurusan diri punyalah padat. Di samping itu, Bahasa Inggeris yang digunakan juga sangat mudah untuk difahami.

 

2. Buku ini mengajar kita bagaimana untuk mengenal pasti kelebihan diri kita.

Sebagai contoh, di dalam buku tersebut Peter F. Drucker akan mengajar anda semua bagaiamana untuk mengenal pasti:

  • What is your strenght : Iaitu dengan menggunakan kaedah feedback analysis. Tujuanya adalah untuk mengenal pasti kekuatan anda. Setelah tahu kekuatan anda, anda akan gunakan kekuatan anda dalam kehidupan anda. Tetapi kebanyakannya orang zaman sekarang ini, kalau tanya apakah kekuatan anda,  mesti kena fikir-fikir dulu.
  • Are you a reader or a listener: Point kedua ini adalah untuk mengetahui bagaiman kita belajar sesuatu perkara. Adakah melalui hearing, visual atau pun  bodily kenesthetic. Kalau admin, sudah tentulah admin seorang reader (visual) kerana admin lebih kepada gambaran. Sebagai contoh,  Admin perlu melihat sesuatu untuk mempelajari sesuatu. Dan masalahnya adalah apabila anda sepatutnya belajar secara melihat tetapi anda belajar mendengar, maka ini akan menyebabkan prestasi anda semakin merosot. Hal ini pernah berlaku pada Admin sendiri semasa undergraduates. Jadi, Admin tak mahu anda semua buat kesalahan seperti Admin.
  • How do you learn:  Point ketiga ini lebih kepada bagaimana ada melakukan sesuatu kerja. Sebagai contoh, Peter Drucker akan menjelaskan:
    • Adakah anda seorang decision maker ataupun adviser?, adakah anda bolehbekerja under stress?
    • Adakah anda lebih suka bekerja di dalam syarikat yang besar atau pun kecil?
    • Adakah anda lebih sesuai kerja berseorangang atau pun secara berkumpulan.
  • What is your values:  Point keempat ini pula, Peter F. Drucker menggunakan kaedah “what kind of person do i want to see in the mirror next morning?”  untuk menentukan value kehidupan anda. Sebagai contoh, dengan pekerjaan anda sekarang ini, adakah anda akan menjadi orang yang anda inginkan? Jika tidak, apa yang anda harus lakukan. Segalanya akan diterangkan oleh beliau.
  • Where do you belong: Point ini pula Peter F Drucker akan menerangkan adakah anda seorang ketua,  decision maker, adviser atau pun followers. Setiap jenis ini memain peranan yang sangat penting kerana bebanan setiap peranan adalah berlainan. Jika anda tersalah masuk peranan dengan role anda, maka akan menyebabkan anda susah untuk uruskan diri anda.
  • What should you contribute? Akhir sekali, Peter F. Drucker akan membantu anda memberi idea dengan omenggunakan segala keparan dan kekuatan yang anda ada, apakah contribution terbesar yang anda boleh buat untuk membantu masyarakat dan pastikan ia adalah sesuatu yang sangat  bermakna.



Kesimpulannya.

Kita hidup dalam usia peluang yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Dengan cita-cita, usaha dan bakat, anda boleh naik ke puncak profesion pilihan anda tanpa mengira di mana anda bermula jika Allah SWT mengizinkannya. Tetapi dengan datangnya peluang, datangnya juga tanggungjawab.

Syarikat-syarikat besar atau kecil hari ini tidak menguruskan kerjaya pekerja mereka. Sebaliknya, anda mesti menjadi ketua pegawai eksekutif anda sendiri. Ini bermakna, itu terserah kepada anda untuk mengukir tempat anda di dunia dan mengetahui masa untuk menukar kursus. Dan terpulang kepada anda untuk memastikan diri anda bertapak dan produktif semasa kerjayanya yang mungkin berpanjangan selama 50 tahun.

Dalam buku “Managing Oneself” Peter Drucker menerangkan cara melakukannya. Kekuncinya ialah memupuk pemahaman yang mendalam tentang diri anda dengan mengenal pasti kekuatan yang paling berharga dan kelemahan yang paling berbahaya. Beliau juga akan bercakap tentang bagaimana anda belajar dan bekerjasama dengan orang lain dan nilai-nilai yang paling mendalam anda. Kemudian, beliau akan huraikan tentang jenis persekitaran kerja di mana anda boleh membuat sumbangan terbesar.

Hanya apabila anda beroperasi dengan kombinasi kekuatan dan pengetahuan diri anda, anda boleh mencapai kecemerlangan yang benar dan berkekalan. “Mengurus Diri” perlu untuk mengenalpasti soalan-soalan yang anda perlukan untuk mendapatkan pandangan yang penting untuk mengambil alih kerjaya anda.



Oleh itu, Admin menyeru kepada anda semua supaya jangan lepaskan peluang untuk membeli dan baca buku ini. Psstikan anda tahu apa yang kekuatan anda dan gunakannya untuk berjaya dalam kehidupan dengan izin Allah SWT. Buku ini pun tak mahal kalau nak beli, harga bawah RM40 kalau beli dengan bookdepository.com.

Wallahua`lam.

Comments

comments

Related Post

How to manage yourself with feedback analysis. Assalamulaikum semua and hey guys, welcome back to my blog. I have been thinking a lot about how to manage our self especially when we become adult...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.