Bahaya Riba Dalam Islam – Tinggalkan Riba

Bahaya-Riba-Dalam-Islam-Malaya-Journal

Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarga Baginda serta para sahabat Baginda selepasnya.

Semenjak dua-menjak ini, artikel riba dalam islam di Blog Malaya Journal telah menjadi di antara top artikel. Jadi saya bercadang untuk menyambung perbahasan berkenaan riba ini. Kali ini pula saya akan lebih menjerumus ke dalam topik bahaya riba dalam Islam.

Hal ini kerana, mungkin semua pembaca artikel riba yang lalu hanya ingin mengetahui tentang hukum riba, maksud riba, kesan negatif riba terhadap negara dan dalil-dalil tentang pengharaman riba. Tetapi dalam artikel tersebut saya tidak fokuskan kepada kesan riba terhadap diri kita di akhirat nanti.



Justeru, saya mengambil peluang untuk menjelaskan bahaya riba dalam Islam dengan 5 ancaman yang sangat dahsyat daripada Allah dan Rasul. Saya percaya dengan membaca 5 ancaman riba ini, semoga kita dapat mempertahankan diri daripada berjinak-jinak dengan amalan riba. Iaitu suatu amalan jahiliyah  yang telah diharamkan oleh Allah  SWT secara jelas dalam al-Quran.

Sebagaimana Firman Allah:

وَأَحَلَّ اللَّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا

dan Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba.

(Al-Baqarah 2:275)

 

5 Bahaya Riba Terhada Diri Sendiri.

1. Mereka yang mengamalkan riba’ akan dibangkitkan seperti orang yang kerasukan syaitan.

Iaitu seperti orang yang mati akal, gila dan terencat akalnya.  Punca adalah kerana mereka fikir bahawa jual beli itu sama sahaja dengan riba. Maka Allah berFirman:

A275

Maksudnya:

Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: “Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba”. Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

(Al-Baqarah 2:275)

Kalau mahu mendalami penjelasan ayat di atas, Dr Zaharuddin akan jelaskan dengan lebih detail di video di bawah:

2. Pengamal riba diancam masuk neraka dan kekal selama-lamanya.

Mereka ini pula adalah orang-orang yang mengambil riba’ walaupun mengetahui bahawa riba itu haram dalam Islam. Dan jangan pernah jadikan alasan bahawa anda mengamal riba kerana anda tidak pernah belajar ilmu tentang riba. Kerana alasan ini sangatlah tidak logik di zaman sekarang kerana medium pembelajaran terlampau banyak.

Sebagai contoh, anda semua boleh belajar  tentang bahaya riba dalam Islam melalui Youtube,  secara live melalui Facebook pun boleh atau pun pergi ke Masjid untuk menyertai mana-mana majlis ilmu. Malah, para ustaz sudah banyak kali berpesan bahawa riba itu hukumnya haram dan sudah banyak buku ditulis tentang bahaya riba dalam Islam.  So, tipulah kalau anda cakap anda tak pernah dengar orang nasihat yang riba itu hukumnya haram. Ilmu itu kita kena cari bukannya ilmu yang cari kita.

Firman Allah yang bermaksud:

Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

(Al-Baqarah 2:275)

Menurut ayat di atas, Dr Zaharuddin menjelaskan bawaha mengamalkan riba ini penyebab kita akan masuk ke neraka jahannam buat selama-lamanya walaupun anda Islam sekalipun. Oleh itu, jangan sesekali memandang rendah akan bahaya riba ini.



3. Doa si pengamal riba tidak akan dikabulkan Allah SWT.

Maka, sia-sialah segala doa yang dia pohon kepada Allah SWT kerana terdapat hadis sahih yang mengatakan bahawa setiap makanan haram yang dimakan menyebabkan segala amalannya dia tidak akan diterima Allah SWT. Dalil tersebut adalah seperti di bawah:

Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam (SAW) bersabda, ”Ketahuilah, bahawa setiap suapan haram jika masuk dalam perut salah satu dari kalian, maka amalannya tidak diterima selama 40 hari.”

(Riwayat At Thabrani).

Saya sendiri sudah mempelajari hadis di atas setelah diajarkan oleh Ustaz Mohd Zairi Drahman dan sebenarnya banyak lagi kesan makanan haram terhadap diri kita. Tetapi cukuplah perbahasan dari segi ancaman kepada pemakan riba.

 

4.  Ancaman terhadap duit riba yang dibuat sebagai modal bisnes.

Dalilnya adalah seperti berikut:

Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam (SAW) bersabda,”Jika seorang keluar untuk melakukan haji dengan nafkah haram, kemudian ia mengendarai tunggangan dan mengatakan,”Labbaik, Allahumma labbaik!” Maka, yang berada di langit menyeru,” Tidak labbaik dan kau tidak memperoleh kebahagiaan! Bekalmu haram, kendaraanmu haram dan hajimu mendatangan dosa dan tidak diterima.

(Riwayat At Thabrani).

Akibatnya, haji atau umrah yang dibuat itu hanya penat je yang dapat. Kerana ibadahnya tidak diterima. Menurut Ustaz Abdul Somad juga, hadis ini juga turut membahaskan tentang mana-mana artis atau orang  yang pergi menunaikan haji hasil daripada membuka aurat dan perniagaan yang haram.  Maka orang yang sedemikian juga akan termasuk dalam ketegori orang yang ditolak amalan haji dan umrahnya seperti diterangkan pada hadis sahih di atas. Untuk penjelasan lebih lanjut, anda boleh mendengar kuliah pendek di bawah oleh Ustaz Abdul Somad:

 

5. Segala Infaq dan Sedekah beliau tidak akan diterima Allah.

Menurut Ustaz Abdul Somad, Allah SWT itu sifatnya Maha Suci dan disebabkan itu Allah Ta’ala tidak menerima kecuali yang suci sahaja. Infaqlah atau sedekahlah sebanyak mana sekalipun tetapi jika ia berasal daripada riba, maka amalan baik itu tidak akan diterima Allah. Lebih teruk lagi, riba dalam Islam itu diibaratkan seperti berzina dengan ibu kandung sendiri. Nauzubillah.

 



Kesimpulannya.

Tinggalkan riba sejauh mungkin dan jangan pernah terfikir untuk berjinak-jinak dengan amalan jahiliyah ini. Selain itu,  Ustaz Khalid Basalamah telah ajarkan kepada saya, diantara cara terbaik untuk meninggalkan maksiat adalah dengan mempelajari tentang ancaman-ancaman Allah dan Rasul terhadap sesiapa yang melakukan maksiat tersebut. Dan semoga 5 ancaman di atas sudah cukup untuk membuatkan kita semua meninggalkan amalan riba ini pada hari ini juga. Video tersbut seperti di bawah:

Ingatlah wahai sahabatku, semakin lama kita bergelumang dengan dosa riba, semakin susah untuk kita keluar daripadanya. Tinggalkan riba hari ini juga. Insya Allah dengan meninggalkan amalan riba ini,  semoga keluarga anda dan harta anda akan diberkati Allah SWT.

Wallahua`lam.

Comments

comments

Related Post

Bahaya Riba Dalam Islam dan Kesan Buruknya ﷽ الحمد لله رب العالمين، وصلى الله وسلم وبارك على عبده ورسوله، نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين، وبعد Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana,...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.