Bekalan Daripada Rasulullah SAW Bagi Para Penuntut Ilmu

Bekal-Daripada-Rasulullah-SAW-kepada-Penuntut-Ilmu-Malaya-Journal

Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarga Baginda serta para sahabat Baginda selepasnya.

Dah lama tak bincang pasal tajuk ilmu. So, jom kita sambung balik tajuk pasal ilmu ini sebab kali ini penulis nak share bekalan atau tips daripada Rasulullah SAW kepada para penuntut ilmu. Terutamanya ilmu agama Islam. Sebagai pengenalan kepada penulisan ini, bekalan atau tips yang dimaksudkan di tajuk adalah lebih kepada adab-adab semasa menuntut ilmu yang diajarkan oleh Malaikat Jibril.

Hal ini kerana, dengan adab-adab menuntut ilmu inilah, segala ilmu kita itu, akan mendapat keberkatan daripada Allah SWT dan dapat memanfaatkannya sebaik mungkin. Kesemua bekalan ini adalah berdasarkan daripada hadith Baginda SAW yang telah disyarah oleh Ustaz Adi Hidayat kepada saya melalui kajiannya.



Bekalan Kepada Para Penuntut Ilmu.

Kitab Hadith 40 karangan Imam An-Nawawi: Hadith ke-2

عَنْ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَیْضًا قَالَ: (( بَيْنَمَا نَحْنُ جُلُوْسٌ عِنْدَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى الله عَلَيْ هِ
وَسَلَّمَ ذَاتَ یَوْمٍ إِذْ طَلَعَ عَلَيْنَا رَجُلٌ شَدِیْدُ بَيَاضِ الثِّيَابِ شَدِیْدُ سَوَادِ الشَّعْرِ، لاَ یُرَى عَلَيْهِ أَثَ رُ
السَّفَرِ وَلاَ یَعْرِفُهُ مِنَّا أَحَدٌ، حَتَّى جَلَسَ إِلَى النَّبِي صلى الله عليه وسلم ، فَأَسْنَدَ رُآْبَتَيْهِ إِلَى
رُآْبَتَيْهِ، وَوَضَعَ آَفَّيْهِ عَلَى فَخِذَیْهِ، وَقَالَ: یَا مُحَمَّد أَخْبِرْنِي عَنِ اْلإِسْلاَم، فَقَالَ رَسُولُ ا للهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : الإِسْلاَمُ أَنْ تَشْهَدَ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ الله وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ، وَتُقِيْ مَ
الصَّلاَةَ، وَتُؤْتِيَ الزَّآَاةَ، وَتَصُوْمُ رَمَضَانَ، وَتَحُجَّ الْبَيْتَ إِنِ اسْتَطَعْتَ إِلَيْهِ سَبِيْلاَ. قَا لَ
صَدَقْتَ، فَعَجِبْنَا لَهُ یَسْأَلُهُ وَیُصَدِّقُهُ. قَالَ أَخْبِرْنِي عَنْ الإِیْمَانِ، قَالَ: أَنْ تُؤْمِنَ بِاللهِ، وَمَلاَئِكَتِهِ،
وَآُتُبِهِ، وَرَسُلِهِ، وَالْيَوْمِ الآخِرِ، وَتُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ. قَالَ صَدَقْتَ. قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَ نِ
الإِحْسَانِ، قَالَ: أَنْ تَعْبُدَ اللهَ آَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ یَرَاكَ. قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَ نِ
السَّاعَةِ، قَالَ: مَا المَسْؤُولُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنَ السَّاِئلِ. قَالَ: فَأَخْبِرنِي عَنْ أَمَارَاتِهَا، قَالَ: أَنْ تَلِ دَ
الأَمَةُ رَبَّتَهَا، وَأَنْ تَرَى الحُفَاةَ العُرَاةَ العَالَةَ رِعَاءَ الشَّاءِ یَتَطَاوَلُوْنَ فِي البُنْيَانِ، ثُمَّ انْطَلَقَ،
فَلَبِثْتُ مَلِيَّا، ثُمَّ قَالَ: یَا عُمَر، أَتَدْرِي مَنِ السَّائِلُ؟ قُلْتُ اَلله وَرَسُولُهُ أَعْلَم. قَالَ: فَإِنَّهُ جِبْرِیْ لُ
((أَتَاآُمْ یُعَلِّمُكُمْ دِیْنَكُمْ

.رواه مسلم

Terjemahan Hadith:

Daripada Saiyidina ‘Umar juga, r.a. beliau berkata:
Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami
seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorang pun di kalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya. Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau. Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya. Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman. Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk. Lelaki itu berkata: Benarlah engkau. Dia berkata lagi: Terangkanlah kepadaku tentang Ihsan. Baginda bersabda: Ihsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu. Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: (Antara tanda-tandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing, kemudian berlumba-lumba membina bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya). Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai ‘Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.

Hadis riwayat al-lmam Muslim

(Hadis riwayat Muslim, kitab al-iman, no: 9 dan 10, al-Tirmizi, kitab al-iman, no:
2535, beliau berkata: hadis ini hasan shahih, al-Nasaa’ie, kitab al-iman, no: 4904, 4905, Abu Dawud, kitab al-sunnah,  Ahmad, musnad العشرة المبشرین , no: 346).



Berdasarkan Hadith di atas, orang lelaki yang datang menemui Baginda SAW itu adalah Malaikat Jibril yang menyamar sebagai manusia. Tetapi isi hadith di atas bukanlah fokus utama perbahasan kita. Kerana fokus utama kita adalah ciri-ciri seorang penuntut ilmu yang ditunjukkan oleh Malaikat Jibril untuk diajarkan kepada umat Nabi Muhammad SAW.

Jika, kita lihat pada awal hadith tersebut, Saidinar Umar r.a. ada menerangkan ciri-ciri Malaikat Jibril yang datang menemui Baginda SAW, iaitu:

  1. Memakai pakaian yang sangat putih.
  2. Berambut sangat hitam.
  3. Tidak ternampak kesan-kesan musafir.
  4. Duduk dekat dengan Nabi Muhammad SAW sehingga lutut bertemu lutut.
  5. Bertanya soalan.

Menurut para ulama’ , hadith di atas yang menerangkan tentang perwatakan Malaikat Jibril ini bukanlah saja-saja Saidinar Umar R.a menerangkannya. Sebaliknya, hadith di atas mengajar kita sebagai para penuntut ilmu supaya:

  1. Berpakaian kemas dan bersih ketika hendak menuntut ilmu.
  2. Rambut pula disikat dengan kemas dan terurus (atau pakai kopiah).
  3. Jika datang hendak menuntut ilmu, datanglah ke majlis tanpa singgah ke mana-mana.
  4. Ambil posisi paling depan supaya mudah untuk mendapatkan ilmu pengetahuan.
  5. Bertanya soalan jika tidak faham akan sesuatu ilmu.
  6. Serius dan bersungguh-sungguh ketika sedang menuntut ilmu. Bukannya hanya main-main atau ala kadar sahaja.
  7. Betulkan niat untuk menuntut ilmu kerana Allah SWT. Kerana di dunia akhir zaman ini, sangatlah ramai orang yang menuntut ilmu kerana hendak digelar orang alim, dihormati orang ramai, mencari harta dunia dan macam-macam lagi. Perkara ini sangatlah merbahayakan umat-umat Islam dan ditegah syarak.




Kesimpulannya.

Tulis, baca dan dengar sangatlah mudah untuk dilakukan. Tetapi kalau nak praktikkan ramai yang kecundang. Termasuklah diri saya sendiri. Jadi, saya seru kepada diri saya dan anda semua supaya mengamalkan 7 perkara di atas sedaya mungkin. Dan kalau terlupa tips atau bekal daripada Rasulullah SAW ini, bolehlah bookmark post ini atau share di laman social media anda. Kerana ilmu ini sangatlah sesuai untuk dipraktikkan lebih-lebih jika anda seorang penuntut ilmu di peringkat sekolah atau pun peringkat universiti. Semoga Allah SWT memudahkan proses pembelajaran anda semua.

Wallahua`lam.

Comments

comments

Related Post

3 Adab Menuntut Ilmu menurut Imam Al-Ghazali ﷽ Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan Sekelian Alam. Selawat dan Salam untuk Rasulullah S.A.W. dan tiada nabi lagi selepasnya, pembawa rahmat Keselur...
4 Perkara Penting Kepada Yang Sedang Menuntut Ilmu ﷽ Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan Sekelian Alam. Selawat dan Salam untuk Rasulullah S.A.W. dan tiada nabi lagi selepasnya, pembawa rahmat Keselur...
Agama Islam – Islam Is The Way Of life. ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...
16 Pesanan Ikhlas kepada Penuntut Ilmu ﷽ الحمد لله رب العالمين، وصلى الله وسلم وبارك على عبده ورسوله، نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين، وبعد Alhamdulillah,kerana kita dapat berjumpa sekali la...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.