Beramal dengan sifat Rasulullah SAW

4-Cara-Beramal-Dengan-Sifat-Rasulullah-SAW-Malaya-Journal

Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan Sekelian Alam. Selawat dan Salam untuk Rasulullah S.A.W. dan tiada nabi lagi selepasnya, pembawa rahmat Keseluruh Alam.

Tauhid, Feqah dan Akhlak merupakan tiga jenis ilmu yang wajib dipelajari sebagai seorang Islam. Tauhid merupakan ilmu mengesakan Allah S.W.T, Feqah pula tentang kaifiat atau cara untuk beribadah kepada Allah dan akhlak pula ilmu beradab sebagaimana yang ditujukkan oleh Rasulullah SAW  sama ada kepada manusia atau pun kepada Allah S.W.T.

Tambahan pula, Syeikh Zaini Haji Ahmad juga pernah memberitahu saya melalui kuliah beliau bahawa selawat kepada Rasulullah SAW yang terbaik adalah dengan menunjukkan walaupun secebis daripada sifat-sifat Baginda SAW. Kerana kita sebagai umat Baginda dan orang-orang perlu menunjukkan contoh yang baik terutamanya kepada orang-orang kafir. Ini juga merupakan salah satu caranya untuk berdakwah. Malah, sejak zaman Baginda SAW lagi, kebanyakan orang-orang Arab Jahiliyah yang masuk Islam adalah kerana akhlak dan budi pekerti Rasulullah SAW yang sangat mulia.

Namun, pada hari ini kita hanya akan membincangkan tentang akhlak Rasulullah SAW dan bagaimana untuk mencapainya. Dan ia tidaklah mudah dan amat memerlukan bimbingan para ustaz dan keizinan daripada Allah S.W.T. Harapan saya hanya apabila kita melakukan empat cara di bawah, anda semua akan ada sedikit sebanyak akhlak-akhlak mulia sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW sendiri.

4 akhlak utama Rasulullah SAW:

1. Fatanah.

Fatanah bermakna cerdik atau cerdas. Tetapi apakah cara untuk menjadi cerdik? Ada satu jalan je. Iaitu dengan menuntut ilmu hingga ke liang lahad. Disebabkan itu, di blog ini, saya amat menekankan akan kepentingan menuntut ilmu kerana Allah S.W.T. dan elakkan daripada berhenti menuntut ilmu apabila mendapat sijil dan sebagainya.

 

2. Amanah.

Amanah pula bermaksud orang yang memegang pada janjinya walau di mana atau dengan siapa dia berjanji. Dan amanah merupakan suatu yang sangat berat kerana pada zaman sekarang ini. Hal ini kerana sangat ramai orang ditangkap kerana tidak menjaga amanahnya. Tidak kiralah sama ada ketua keluarga ataupun hingga ke peringkat ketua negara.

Di samping itu, sifat amanah ini juga merupakan salah satu jalan untuk mendapatkan ilmu hikmah. Iaitu ilmu untuk nak kenal Allah, ilmu nak rasa Allah itu Tuhan dan supaya hati kita sentiasa cinta kepada Allah. Dan ilmu ini hanya diberikan kepada orang-orang yang terpilih sahaja. Mungkin saya akan terangkan pada penulisan yang akan datang.

 

3. Siddiq.

Yang bermaksud sentiasa bercakap benar. Dan ini merupakan antara sifat yang paling dihormati masyarakat arab jahiliyah terhadap Rasulullah SAW. Sehingga Baginda S.A.W. digelar Al-Amin kerana tidak pernah becakap bohong. Tetapi sayangnya apabila Baginda SAW mengatakan bahawa baginda merupakan utusan Allah, kebanyakan mereka tidak menerimanya.

Namun, alhamdulillah kerana Syeikh Zaini telah memberitahu satu rahsia untuk melatih diri kita untuk melahirkan sifat siddiq (صدق). Iaitu dengan bersedakah (صدقة). Itulah rahsianya. Jika anda lihat, perkataan dalam bahasa arab antara siddiq dan sedekah adalah hampir sama. Jadi, perbanyakkan sedekah dan ketika kita bersedekah itu, berdoalah di dalam hati agar Allah mengurniakan sifat siddiq dalam diri kita ini.

 

4. Tabligh.

Akhir sekali adalah bersifat dengan tabligh yang bermaksud menyampaikan. Jadi, kita sebagai seorang Islam dan umat Rasulullah SAW, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menyampaikan ajaran Baginda SAW walaupun satu ayat sekalipun. Jangan beri bermacam-macam alasan untuk tidak berdakwah kerana zaman sekrang ini sangat mudah untuk berdakwah.

Sebagai contoh, anda boleh guna FB dan Twitter untuk share ilmu agama Islam yang telah sudah dipastikan keshahihannya. Anda juga boleh mengingatkan kawan-kawan anda ketika makan supaya makan tangan kanan dan membaca bismillah sebelum makan. Serta mengajak ahli keluarga anda untuk solat berjemaah di masjid. Ingat, anda tidak perlu jadi ustaz untuk ingatkan kawan-kawan supaya solat pada awal waktunya.

Macam-macam sebenarnya yang anda mampu buat untuk berdakwah. Jika anda suka menulis seperti saya, anda boleh juga menulis blog sendiri atau membukukan hasil penulisan anda.

 

 Kesimpulannya.

Beramal dengan 4 sifat Rasulullah SAW di atas ini merupakan jalan paling cepat untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T. Akhir kalam, sampaikanlah walau satu ayat daripada Rasulullah SAW. Sebagaimana hadith baginda SAW di bawah:

 بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

“Sampaikanlah olehmu sekalian dariku meski hanya satu ayat (al Qur’an).”

 

P.S. Jangan lupa untuk share artikel ini kepada rakan-rakan anda.

Comments

comments

Related Post

Abdurrahman Bin Auf R.A – Dermawan Yang Dija... ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...
Apakah Sambutan Maulidur Rasul Anda? ﷽ الحمد لله رب العالمين، وصلى الله وسلم وبارك على عبده ورسوله، نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين، وبعد Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana,...
10 Tanda Kita Mencintai Nabi Muhammad S.A.W ﷽ الحمد لله رب العالمين، وصلى الله وسلم وبارك على عبده ورسوله، نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين، وبعد Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana,...
Nabi Muhammad SAW dan Al-Quran Berpisah Tiada! ﷽ Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan Sekelian Alam. Selawat dan Salam untuk Rasulullah S.A.W. dan Tiada Nabi lagi selepasnya, Pembawa Rahmat Keselur...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.