Berdoa itu Senjata Orang Mukmin.

Segala Puji bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana,

Pada pagi 9 Muharram 1439 selepas solat subuh berjemaah di masjid, tiba masanya waktu yang ditunggu-tunggu oleh saya pada setiap bulan. Iaitu kuliah subuh pagi sabtu yang disampaikan oleh Ustaz kamal Mahadi. Beliau juga merupakan ustaz favourite saya kerana ustaz Kamal Mahadi membincangkan kitab La Tahzan. Iaitu sebuah kitab yang ditulis Dr ‘Aidh bin Abdullah Al-Qarni, seorang yang sangat hebat di dalam ilmu al-Quran dan al-Hadis.

Sebelum ni, saya sering terlepas kuliah subuh Ustaz Kamal Mahadi kerana saya berniaga di Pasar Karat Shah Alam pada setiap Ahad daripada pukul 7 hingga 12 tgh hari. Dan kuliah Ustaz Kamal Mahadi selalu diadakan pada kuliah subuh setiap akhir bulan. Jadi saya sering terlepas kerana kebanyakan akhir bulan pada hari ahad. Tetapi pada bulan Muharram 1439 ini, hujung bulan terletak pada hari sabtu dan saya diberi kesempatan oleh Allah S.W.T. untuk turut serta di dalam kuliah beliau. Alhamdulillah.

Jadi, semasa menulis untuk artikel kali ini, saya berasa sungguh bersemangat kerana ini adalah input-input kuliah subuh yang pertama saya dapat share kepada anda semua daripada mulut Ustaz Kamal Mahadi sendiri.

Seperti biasa, pada kuliah subuh ini Ustaz Kamal Mahadi menyambung perbincangan kitab La Tahzan pada tajuk yang  ke-100 iaitu Jangan bersedih, kerana Allah mengabulkan permohonan orang musyrik apalagi seorang muslim yang bertauhid? Dan setelah selesai kuliah Ustaz Kamal Mahadi, saya mendapat 3 input-input berguna yang saya ingin sampaikan kepada anda semua.

 

Cara berdoa sebagai seorang muslim.

Berdoalah dengan tulus ikhlas pada setiap waktu.

Dan point ini sangatlah menyentap dan menyedarkan saya juga sebenarnya. Saya ibarat tersedar dari lamunan dunia dibuatnya. Kerana saya sering lalai atau tidak khusyuk ketika berdoa. Sedangkan berdoa kepada Allah Ta’ala bermakna kita sedang memohon sesuatu dari Tuhan Sekalian Alam. Tetapi dilakukan dengan tidak bersungguh-sungguh dan apabila doa tidak dimakbulkan, kita kata pula Allah S.W.T. tidak memakbulkan doa kita. Sangatlah membahayakan iman kita padahal kitalah yang salah sebenarnya.

Firman Allah S.W.T.

فَإِذَا رَكِبُوا فِي الْفُلْكِ دَعَوُا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ فَلَمَّا نَجَّاهُمْ إِلَى الْبَرِّ إِذَا هُمْ يُشْرِكُونَ

Maksudnya:

“Dalam pada itu, apabila mereka naik bahtera (lalu menemui sesuatu bahaya di laut), mereka memohon pertolongan kepada Allah dengan doa yang tulus ikhlas kepadaNya. Kemudian setelah Allah menyelamatkan mereka (naik) ke darat, mereka berlaku syirik kepada-Nya.”

(Al-Ankabut :65)

Kelebihan berdoa sebagai seorang muslim.

Berdoa itu senjata para Muslim.

Dan point ini dijelaskan oleh Ustaz Kamal Mahadi melalui kisah yang berlaku terhadap gurunya. Ustaz Kamal Mahadi berkata, gurunya sering ditanya oleh anak-anak muridnya, apabila rezeki mereka terasa sukar padahal pelbagai usaha dan iktihar sudah dilakukan oleh mereka. Kemudian guru beliau berkata, jika anda sudah melakukan kesemuanya, sejauh manakah pula usaha kamu berdoa kepada Allah?

Soalan itu, sangatlah membuat saya kembali sedar akan kehebatan dan kekuasaan Allah Ta’ala. Dan kita semua tahu bahawa segala takdir,musibah dan rezeki adalah datangnya daripada Allah S.W.T. sendiri. Kerana tidak kira sehebat manapun kita, jika kita tidak diizinkan Allah, tidak akan berjayalah kita. Bak kata pepatah, kita hanya merancang manakala Allah yang menentukan (sama ada berjaya atau tidak).

Sebagaimana firman Allah:

At-Taghabun-64-11-Malaya-Journal

Maksudnya:

“Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”

(At-Taghabun 64: 11)

Jadi, seharusnya kita seorang Muslim, jangan pernah berputus asa dari rahmat Allah.

 

Jika Doa tidak dimakbulkan, apakah yang harus kita lakukan?

Jawapan sangat mudah tetapi sangat sukar dilakukan walaupun saya sendiri. Tetapi tidaklah mustahil untuk dilakukan dan jawapannya adalah dengan ucapkan Alhamdulillah sama ada doa kita dimakbulkan atau tidak. Dengan erti kata lain , kita memuji dan taat kepada Allah di dalam setiap qada’ dan qadar yang ditentukan oleh-Nya. Mungkin sesuatu yang lebih baik ada disediakan oleh-Nya kepada kita pada masa akan datang. Atau kemungkinan juga apabila kita menerima rezeki tu, pada masa akan datang kita akan semakin jauh daripada Allah. Jadi Allah tidak memberikan rezeki itu kepada kita sebagaimana ramai orang Muslim yang lupa daratan apabila diberikan rezeki yang bermacam-macam. Sesungguhnya, Allah lebih tahu daripada kita sendiri.

Firman Allah:

وَهُوَ كُرْهٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

maksudnya: dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

(Al-Baqarah 2: 216)

Kerana bab ini agak tinggi dan sukar untuk difahami dengarlah video pendek penjelasan daripada guru saya Syeikh Zaini Ahmad sendiri supaya anda lebih memahami maksud saya di atas,:

 

Kesimpulannya.

Menurut Syeikh Zaini Ahmad, Allah memberi berdasarkan pengetahuan-Nya dan kehendak-Nya bukan di atas kehendak hamba-Nya. Jika anda menerima sesuatu atau doa anda dimakbulkan, itu bermakna Allah berkehendak ke atas hajat anda itu. Sebagai tanda bersyukur kepada Allah S.W.T. ucapkanlah Alhamdulillah sebanyak mungkin.

Sebaliknya, jika doa anda tidak dimakbulkan, ucapkanlah juga Alhamdulillah kerana itu tanda seorang Muslim kenal hambanya. Oleh itu, teruskan berdoa kepada Allah. Jangan berhenti bekerja, berdoa dan bertawakal kepada Allah.

 

Comments

comments

Related Post

Banyakkan berdoa kepada Allah di Akhir Malam ﷽ الحمد لله رب العالمين، وصلى الله وسلم وبارك على عبده ورسوله، نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين، وبعد Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana,...
Adab-Adab Berdoa kepada Allah Ta’ala Adab berdoa yang saya mahu kongsikan pada kali ini bukanlah seperti yang ada selalu baca atau dengar di kuliah agama atau pun di mana-mana bacaan onli...
9 syarat berdoa kepada Allah supaya cepat dimakbul... ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk,Muhammad SAW (Rasul dan hamba-Nya), dan juga ke a...
Doa Para Malaikat Kepada Orang Beriman ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.