Apa Itu Ibadah kerana ALLAH di dalam Setiap Perkara?

ibadah-kerana-ALLAH-Malaya-Journal

Kadang-kadang seorang muslim sering terlupa dan terpedaya dengan apa yang mereka sedang lakukan, termasuklah saya juga. Contohnya, sebarang pekerjaan yang dilalukan boleh menjadi ibadah kepada ALLAH tidak kira sama ada anda kakitangan kerajaan dan swasta atau pun seorang ahli usahawan sekalipun.

Tetapi kebanyakan muslim pada hari ini hanya mengetahui ibadah yang sangat cetetk iaitu sebagai puasa, solat, haji, umrah, membayar zakat dan berkorban. Sedangkan semua perkara yang kita buat selepas sahaja bangun dari tidur adalah dikira ibadah kita kepada ALLAH.

Jadi kita pergi kepada maksud ibadah kerana ALLAH itu sendiri kerana sering sekali manusia lupa  dan mensia-siakan ibadahnya. Menurut Dr Mohd Shafie Md Amin berdasarkan buku yang dikarang olehnya yang bertajuk You Are The Best: Kamu Umat Terbaik, ada dua perkara kita mesti lakukan untuk menjadikan setiap perkara menjadi ibadah kita kepada ALLAH:

  1. Niat Ikhlas Kerana ALLAH bukan kerana nak untung, bukan kerana mahukan gaji di hujung bulan dan sebagainya.
  2. Mengikut Peraturan ALLAH iaitu mengikut apa yang terkandung di dalam AL-Quran dan As-Sunnah.

Jadi, setiap perkara yang kita lakukan mesti berdasarkan 2 perkara di atas. Persoalannya:

  • Adakah jika kita berkerja keras sampai lewat malam hinggakan solat lima waktu pun dilewat-lewatkan dikira satu ibadah kepada ALLAH?
  • Adakah berniaga di bazaar Ramadhan sehingga tidak berpuasa merupakan ibadah kepada ALLAH?
  • Adakah mencari tender besar-besaran untuk bisnes anda sehingga sanggup melakukan rasuah dengan alasan Islam perlu berjaya dalam bisnes merupakan satu ibadah?
  • Adakah bermain bola di padang tanpa menutup aurat dikira bersukan kerana ALLAH?
  • Adakah memakai hijab mengikut trend terkini sehingga tidak cukup syarat menutup aurat dikira berhijab kepada ALLAH?
  • Adakah kita menuntut ilmu hingga ke peringkat ijazah dikira menuntut ilmu kerana ALLAH sedangkan kita jahil ilmu AL-Quran? (Sanggup habis beribu-ribu ringgit demi segulung ijazah tetapi ilmu Al-Quran ditinggalkan begitu sahaja).

Jawapannya, sudah tentu tidak sekali-sekali. Hanya niat kerana ALLAH tetapi tidak mengikut peraturan yang ditetapkan seperti di dalam AL-Quran dan As-Sunnah bukanlah dikira beribadah kerana ALLAH. Bahkan dikira sebagai perbuatan yang berdosa kerana lalai. Sedangkan beridabag kepada ALLAH adalah untuk mendekatlan diri bukan untuk menjarakkan diri kepada ALLAH.

Firman ALLAH kepada orang yang lalai:

وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِنَ الْجِنِّ وَالْإِنْسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لَا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لَا يَسْمَعُونَ بِهَا أُولَئِكَ كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُولَئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai (Al-A’raf 7: 179).

Ayat di atas merupakan ayat Al-Quran yang jelas sekali mengatakan bahawa orang yang lalai tempatnya adalah Neraka Jahannam. Dan orang yang lalai menurut Dr Mohd Ali Saripan Al-Hafiz bermaksud, orang yang mempunyai hati tetapi tidak digunakan untuk memahami Al-Quran, ada mata tetapi tidak digunakan untuk melihat Al-Quran serta mempunyai telinga tetapi tidak digunakan untuk mendengar ayat-ayat Al-Quran. Mereka itulah orang-orang yang lalai. Juga, mereka itu seperti binatang ternakan bahkan lebih sesat lagi.

Betapa teruknya ALLAH menggelar orang-orang yang lalai (digelar binatang ternakan). Jika anak-anak, suami atau isteri kita tidak memahami Al-Quran atau tidak belajar memahami Al-Quran, maka sudah pasti mereka tergolong di dalam kalangan “binatang ternakan”. Sedangkan binatang ternakan sepatutnya dibela di kandang-kandang tetapi mengapa anda membela mereka di rumah-rumah anda?

Marilah kita beristighfar dan renungkan bersama. Adakah kita tergolong dalam golong orang-orang yang lalai? Adakah kita melakukan setiap perkara ikhlas kerana ALLAH dan  mengikut peraturan-NYA? Jika ya, ucapkanlah Alhamdulillah dan jika  tidak, betulkan niat dan cara anda melakukan perkara tersebut. ALLAH masih tidak mematikan kita lagi bermakna pelung masih diberikan. Janganlah anda mensia-siakannya.

 

Comments

comments

Related Post

3 Cara Untuk Menjadi Hamba Allah Yang Sebenar ﷽ Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan Sekelian Alam. Selawat dan Salam untuk Rasulullah S.A.W. dan tiada nabi lagi selepasnya, pembawa rahmat Keselur...
Ibadah Qurban Adalah Ibadah Yang Sangat Mulia. https://www.youtube.com/watch?v=eqsezkf36lk   Penjelasan saya tentang ibadah qurban adalah berdasarkan video tentang ibadah qurban daripada...
Kepentingan Khusyuk Dalam Solat  ﷽ الحمد لله رب العالمين، وصلى الله وسلم وبارك على عبده ورسوله، نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين،أَمَّا بَعْدُ Khusyuk dalam solat adalah antara perkara...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.