Bersyukur kepada Allah Suatu Keperluan

Sentiasa-bersyukur-Kepada-Allah-Malaya-Journal

Tajuk yang akan dibincangkan pada kali ini adalah tentang mengapa bersyukur kepada Allah S.W.T adalah satu keperluan bagi seorang mukmin yang sejati? Lebih-lebih lagi pada zaman sekarang ini ramai orang mukmin terlalu leka memburu dunia sehingga terlupa akan alam kubur dan alam akhirat. Padahal mereka semua tahu bahawa mati boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.

Jadi, saya merasakan tajuk bersyukur kepada Allah S.W.T adalah satu tajuk yang cukup penting  untuk menyedarkan masyarakat kita di Malaysia terutamanya, serta menjadi peringatan kepada saya. Tajuk kali ini  juga sangat penting untuk kita fahami dan amalkan supaya Iman dan Aqidah kita sentiasa selamat, terpelihara  dan terjaga. InsyaAllah.

 

Mengapa Kita Perlu Bersyukur Kepada Allah?

Jawapan mudah sahaja, kerana Allah sudah berfirman banyak kali di dalam Al-Quran itu sendiri akan hambanya harus sentiasa bersyukur kapada-Nya.

Antara Firman Allah Azza wa Jalla adalah:

al-Baqarah-2-152

Maksudnya: “Maka ingatlah kamu kepada-Ku (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), nescaya Aku ingat kepadamu; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).

(Al-Baqarah 2: 152)

Firman Allah lagi:

An-nisa-4-147

Maksudnya: Adakah Allah menyeksa kamu, sekiranya kamu bersyukur (akan nikmatNya) serta kamu beriman (kepadaNya)? Dan (ingatlah) Allah sentiasa Membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya), lagi Maha Mengetahui (akan hal keadaan mereka).

(An-Nisa 4: 147)

Lagi Allah ber-Firman:

Al-Araf-7-144-Malaya-Journal

Yang bermaksud: (Allah) berfirman “Wahai Musa! Sesungguhynya aku memilih engkau daripada manusia yang lain (pada zamanmu) untuk membawa risalah-Ku dan firman-Ku. Oleh itu,berpegang teguhlah kepada apa yang Aku berikan kepadamu dan hendaklah engkau termasuk dalam golongan orang-orang yang bersyukur”.

(Al-Araf 7: 144)

Allah juga berfirman:

As-Sajadah-32-9

Maksudnya: Kemudian Dia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya. roh ciptaan-Nya. Dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.

(As-Sajadah 32: 9)

 

Berdasarkan empat dalil al-Quran (sepatutnya ada banyak lagi) di atas, Allah memerintahkan dan mengajar kita supaya sentiasa bersyukur kepada Allah tetapi amatlah sedikit kita bersyukur. Mangapa? Kerana kebanyakan kita hanya bersyukur ketika menerima nikmat daripada Allah. Sedangkan musibah dan cubaan juga adalah merupakan suatu takdir daripada Allah. Dan kita sebagai seorang mukmin perlulah redha dan bersyukur dengan apa yang kita ada dan musibah yang menimpa.

Jika anda atau saya ditakdirkan hidup sederhana, adakah anda berasa tidak puas hati dan kerja siang dan malam demi mencari rezeki? Sehingga ada yang sanggup meninggalkan solat atau melewat-lewatkannya. Sedangkan segala rezeki kita sudah ditentukan Allah. Tetapi mengapa kita melakukan sedemikian rupa? Adakah anda malu untuk hidup sederhana dan kelihatan seperti orang yang tidak berjaya di dalam hidup? Sesungguhnya itu adalah tipu daya dan helah dunia semata-mata. Kita hidup bukan untuk mendapatkan pujian orang ramai tetapi untuk mencari keredhaan Allah.

Saya juga sering kali terleka dengan permainan dunia ini. Jadi marilah kira Istighfar sebentar. Supaya kita kembali bersyukur kepada Allah.

Apakah Akibat Tidak Bersyukur Kepada Allah?

Disebabkan hidup tidak bersyukur kepada Allah, mereka hidup hanya untuk memburu dunia semata-mata seakan-akan umur mereka berbaki lagi 60 tahun. Mereka terpedaya dengan biskan syaitan dan tewas pada hawa nafsu mereka sendiri. Akibatnya mereka hidup dalam kehidupan yang sempit sama ada kaya atau miskin.

Sebagaimana Firman Allah:

Taha-20-124-Malaya-Journal

Yang bermaksud: “Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta”

(Taha 20 :124)

Berdasarkan dalil di atas, ingatan dan petunjuk Allah Ta’ala bermaksud dengan empat perkara menurut Sheikh Zaini Ahmad. Empat perkara tersebut adalah:

  1. Solat.
  2. Al-Quran.
  3. Majlis Ilmu (kuliah agama dan sebagainya).
  4. Mendekati para Alim Ulama’.

Kesemua peringatan dia atas adalah merupakan cara kita untuk mengelakkan kehidupan yang sempit. Jika anda berasa duit sentiasa tidak mencukupi walaupun gaji anda besar atau hati sentiasa rasa gelisah dan tidak tenteram, perbanyakkanlah melakukan 4 perkara di atas. Kemudian berdoalah kepada Allah agar Allah memberi ketenangan ke dalam hidup anda.

Sebagai renungan, cuba kita imbas kembali orang-orang yang diberi nikmat oleh Allah seperti sebahagian besar para nabi, para alim ulama’ dan generasi awal umat Islam. Kebanyakan mereka tidaklah kaya, tidak memiliki rumah yang besar, tidak  mempunyai kenderaan yang baik atau pun memiliki pengawal peribadi.

Namun demikian, mereka ternyata masih mampu membuat kehidupan ini leih bermakna dan membuat diri mereka dan masyarakat berdekatan lebih bahagia. Yang demikian itu, adalah kerana mereka sentiasa bersyukur, redha dan sentiasa memanfaatkan setiap pemberian Allah di jalan yang benar. Disebabkan itu, umur, waktu dan kemampuan mereka menjadi penuh dengan keberkatan.

Sebaliknya terdapat sekelompok manusia yang telah dikurniakan nikmat Allah yang sangat banyak berupa harta, tanah, kenderaan dan anak-anak. Tetapi kesemua itu menyebabkan mereka sentiasa gelisah dan berasa cemas kerana mereka menyimpang daripada fitrah manusia yang suci dan tuntutan hidup yang sebenar.

Sebagai contoh, jika mereka ahli perniagaan, mereka sentiasa takut bisnes mereka tidak sampai target jualan atau pun kalah ditangan pesaing mereka. Disebabkan itu, mereka sering bekerja walaupun mereka sudah memiliki banyak harta.  Mereka menyangka segala harta, wang dan anak-anak dapat memberi ketenangan kepada mereka, padahal hanya Allah yang mampu memberi ketanangan yang mereka inginkan.

Sebagaimana Firman Allah:

Al-fath-48-4-malaya-Journal

Yang bermaksud:  Dia lah yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang yang mukmin untuk menambahkan keimanan di atas keimana yang mereka telah sedia ada;

(Al-Fath 48: 4)

 

Kesimpulannya.

Sekiranya ada inginkan kebahagian, maka terimalah segala yang Allah Ta’ala berikan kepada anda dengan rela hati. Redha dan bersyukur dengan tubuh yang anda miliki, redhalah dengan keluarga yang anda miliki,suara anda,kemampuan daya ingatan anda,pemahaman anda dan seberapa pun gaji yang anda terima.

Oleh kerana itu, janganlah anda bersedih memiliki wajah yang kurang cantik atau hensem,kekurangan harta, anak yang sedikit dan rumah yang kurang indah. Terimalah segala pemberian Allah dengan penuh kerelaan hati.

…  ۚ نَحْنُ قَسَمْنَا بَيْنَهُم مَّعِيشَتَهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا …

Yang bermaksud: …. Kami telah menentukan antara mereka penghidupan mereka dalam kehidupan dunia…

(Az-Zuhkruf 43: 32)

Comments

comments

Related Post

Apakah jalan-jalan orang yang telah diberi Nikmat ... ﷽ Pada kali ini, saya mahu membahaskan apa yang saya pelajari melalui Ustaz Aiman Mohd Shafie semasa kuliah maghribnya yang lalu. Dan pada malam ters...
3 Cara Untuk Menjadi Hamba Allah Yang Sebenar ﷽ Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan Sekelian Alam. Selawat dan Salam untuk Rasulullah S.A.W. dan tiada nabi lagi selepasnya, pembawa rahmat Keselur...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.