Tips Rahsia Cara Memulakan Perniagaan Anda

Cara-memulakan-perniagaan-Anda-Malaya-Journal

Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarga Baginda serta para sahabat Baginda selepasnya.

Pada hari ini saya akan kongsikan cara memulakan perniagaan anda sama ada secara online atau pun tidak. Sebenarnya, memulakan perniagaan bukanlah satu perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi jika anda mempunyai pekerjaan tetap pada hari Isnin hingga Jumaat.

Tetapi, ia bukanlah suatu yang mustahil kerana reserach di barat telah membuktikan bahawa orang yang mempunyai pekerjaan tetap dan memulakan perniagaan mempunyai 33% untuk berjaya melebihi  orang yang hanya bekerja untuk memulakan perniagaan mereka sahaja. Di antaranya orang seperti ini adalah Steve Jobs dan Larry Page yang merupakan seorang usahawan yang sangat berjaya di dunia.



Namun, 33% itu hanya sekadar motivasi dan nombor sahaja kerana segala kejayaan kita ini hanya milik Allah SWT. Tapi jangan salah faham bahawa kita tidak perlu beriktihar dan bermalas-malasan sahaja. Sebaliknya, kita hanya perlu berusaha bersungguh-sungguh sahaja untuk mencapai cita-cita kita selagimana ia tidak manjauhkan diri kita kepada Allah SWT.

Carilah Rezeki sebanyak manapun di atas muka bumi selagi ia tidak menjauhkan diri kita kepada Allah SWT.

Senjata Rahsia tentang Cara memulakan perniagaan Anda.

Sebenarnya tips tentang cara memulakan perniagaan ini saya telah dapatkan daripada buku Content Inc. yang ditulis oleh Joe Pulizzi. Beliau merupakan seorang usahawan yang berjaya dari Amerika dan aset syarikat beliau lebih kurang bernilai 30 juta US Dollar.

Dan di dalam buku tersebut, Joe Pulizzi telah menceritakan kepada saya tentang rahsia memulakan perniagaan. Iaitu dengan menggunakan kaedah “reverse engineering” atau dalam bahasa Melayu ia dipanggil kejuteraan balikan. Untuk memahami cara memulakan perniagaan ini dengan lebih lanjut,  cuba bayangkan jika anda sudah mempunyai 100,000 followers di media sosial atau 100,000 subsribers di Youtube atau pun di blog kepunyaan anda, apakah yang anda boleh lakukan dengan mereka?

Jawapannya, sudah tentu dengan followers inilah anda boleh menjual produk atau servis syarikat anda kepada mereka semua. Hal ini kerana,  followers ini akan ditukar kepada bakal pelanggan utama anda dan disebabkan mereka sudah kenal anda, makan semakin mudahlah anda untuk menjual kepada mereka semua. Pada pandangan saya juga, cara memulakan perniagaan dengan cara ini adalah lebih selamat kerana kita tidak perlu kepada modal yang besar.



Jadi, dengan menggunakan cara memulakan perniagaan ini, fokus utama anda di sini bukanlah untuk buat produk anda kemudian cari pelanggan untuk menjual produk tersebut. Sebaliknya, anda mencari bakal pelanggan anda dahulu atau followers anda dahulu, kemudian anda berinteraksi kepada mereka atau membantu mereka secara online sampai mereka percaya kepada anda. Akhir sekali, apabila bilangan followers anda sudah meningkat sama ada di Youtube, Facebook fan page atau pun di Instagram dan Twitter, barulah anda mengeluarkan produk atau servis yang anda mahu jual.

Cara memulakan perniagaan ini juga lebih selamat kerana anda hanya lebih kepada “provide value” kepada orang ramai secara percuma. Spoiler alert, pada permulaannya agak sukar bagi anda, kerana anda akan sukar untuk menarik perhatian orang ramai di media sosial tanpa sebarang produk dan servis.

Disebabkan itu, anda hanya perlu fokuskan kepada dalam bidang yang anda pakar sahaja dan bantu orang yang menghadapai masalah dalam bidang tersebut secara percuma. Saya cadangkan anda fokus kepada sama ada dari bidang entertainment atau pun ilmu dalam bidang yang anda pakar.

“We get paid for bringing value to the marketplace. It takes time,… but we get paid for the value, not the time.”

Selain itu,  cara memulakan perniagaan secara reverse engineer ini adalah lebih kepada branding bukannya bisnes. Jadi, apa yang anda buat adalah memperkenalkan diri anda kepada seluruh dunia secara online melalui Facebook, YouTube, Website/Blog atau pun Instagram. Dan apabila anda sudah mula dipercayai oleh peminat anda, maka ia akan memudahkan anda untuk memulakan bisnes anda kerana potential buyers adalah daripada followers anda sendiri. Urusan jual beli akan menjadi mudah ketika ini.



Sebagai contoh, jika anda membeli beg Gucci, Fendi atau LV, adakah anda membeli beg itu semata-mata atau kerana brand beg tersebut? Jawapannya sudah tentu kerana brand tersebut kerana kalau beg mahal kalau jenama tak terkenal apa gunanya kann. Jadi, saya sangat galakkan anda semua untuk menggunakan  cara memulakan perniagaan ini untuk memulakan perniagaan anda semua.

 

Case Study  Cara Memulakan Perniagaan Secara Reverse Engineer.

1. Insta Famous.

Cara ini paling senang dan agak segan sedikit kerana anda perlu menjadi funny untuk entertain orang ramai melalui Instagram mereka. Tetapi tak dosa pun selagi tidak melanggar larangan Allah SWT.  Diantara orang Malaysia yang paling berjaya menggunakan cara ini adalah Luqman Podolski yang followernya sudah mencecah 1.2 juta. Dengan follower dia inilah, dia telah menjadi mendapat tawaran untuk mempromosikan berbagai-bagai produk di Malaysia seperti McDonalds dan juga apps bus.

 

2. YouTube Famous.

YouTube pula menggunakan kaedah Google Ads untuk membayar kepada sesiapa yang create content di YouTube dengan syarat video tersebut ditontonn oleh berjuta-juta orang.  Konsep dia senang sahaja, lagi banyak orang tengok video itu, lagi banyak pihak Google akan membayar anda.

Anda jangan pelik pula kenapa post kat YouTube tiba-tiba pula pihak Google yang bayarkan. Ini adalah disebabkan YouTube adalah hak milik Google dan segala iklan di dalam YouTube adalah disediakan oleh pihak Google.



Diantara orang Malaysia yang paling hebat sebagai seorang YouTubers adalah Mat Lutfi. Beliau merupakan seorang graduan daripada Australia kalau tak silap saya dan sekarang beliau meneruskan kerjaya sebagai seoang Youtubers, Penulis dan speaker based in Kuala Lumpur.

Untuk pengetahuan semua, beliau memulakan create video di YouTube sejak di Australia lagi dan pada hari ini bilangan subsribers beliau sudah mencecah 400 ratus ribu lebih. Hasilnya, dalam setahun anggaran Mat Lutfi dibayar lebih kurang RM48,000 atau lebih oleh pihak Google.

 

3. Blogger/ Website Famous.

Cara ketiga pulak adalah lebih kepada penulisan iaitu cara yang saya paling gemari. Jika anda seorang yang kurang suka untuk bercakap dan malu, cara ini lebih baik untuk anda.  Diantara website yang paling famous di Malaysia adalah MalaysiaKini, Rotikaya, Oh Bulan , Malaya Journal dan lagi-lain lagi.

Dengan menggunakan website mereka ini, mereka telah dapat total control segala maklumat dan boleh memilih cara monetisation yang paling menguntungkan.  Sebagai contoh, mereka menggunkan khidmat seperti Google ads, Instant Article di Facebook, coaching session, content marketing dan lain-lain lagi.

Walaubagaimanapun,  saya syorkan anda menulis tentang ilmu dalam bidang anda tahu dan pakar bukannya menulis tentang gossip yang boleh menjatuhkan maruah orang lain sehingga menyebabkan fitnah tersebar ke seluruh dunia.



4. Artis

Case study terakhir ini sudah tentu yang paling banyak dapat memudahkan anda memulakan bisnes iaitu dengan menjadi artis yang terkenal. Saya malas nak cerita panjang tentang case study ini kerana anda sudah banyak kali dengar ramai pelakon, pengacara dan penyanyi yang memulakan perniagaan mereka setelah mereka sudah terkenal di seluruh Malaysia.

Antara artis yang menggunakan cara memulakan perniagaan seperti ini ialah Neelofa, Fazura, Zizan Razak, Fattah Amin, Rozita Che Wan dan lain-lain lagi. Tetapi tidak semuanya berjaya menggunakan taktik ini kerana ilmu bisnes dan ilmu dalam bidang seni sangat berbeza sekali. Contohnya, Uqasha Senrose telah gagal menjual tudung jenamanya yang tersendiri.

Disini saya mahu tegaskan, untuk maju dalam bisnes anda perlu berdoa pada Allah SWT, berusaha bersungguh-sungguh dan mempunyai ilmu tentang bisnes. Kalau nak harapkan famous sahaja memang tak larat.

 

Kesimpulannya.

Cubalah cara memulakan perniagaan dengan cara di atas dan jika anda mahu tahu lebih lanjut tentang teknik tersebut. Silalah beli buku Content Inc seperti dalam gambar di atas. Setelah baca buku tersebut pastikan anda praktikkan segala ilmu yang anda pelajari. Malah, Joe Pulizzi juga akan ajar step by step untuk create content seperti yang dilakukan oleh luqman podolski, Mat lutfi dan lain-lain seperti di atas.

Wallahua`lam.

Comments

comments




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.