Cara Menunaikan Solat Sunat Tahajud

Bangunlah-untuk-Solat-Sunat-Tahajud-Malaya-Journal

Okay, artikel kali ini tentang cara menunaikan solat sunat tahajud dan saya akan terangkan semudah mungkin agar anda mudah faham dan senang untuk praktikkannya.

Apa itu solat Sunat Tahajud?

Solat Sunat Tahajud adalah solat untuk menolak daripada tidur kerana ia adalah solat pada akhir malam. Iaitu semasa kebanyakan orang tidur dan lalai dibuai mimpi, anda pula bangun kerana Allah Ta’ala untuk menyembah-Nya. Melakukan solat sunat tahajud adalah suatu yang sangat digalakkan bagi orang mukmin dan ia adalah sumber kekuatan dan tanda syukur kita sebagai seorang mukmin.
Diriwayatkan Aisyah r.a, ia berkata :
“Nabi SAW mengerjakan solat malam hingga bengkak kedua telapak kaki beliau, lalu aku katakan kepada beliau, “Mengapa engkau melakukan seperti ini, ya Rasulullah, padahal dosamu yang lalu mahupun yang akan datang telah diampuni oleh Allah? “Beliau menjawab, “Apakah aku tidak boleh menjadi hamba Allah yang bersyukur?”
(HR Bukhori VIII/449 dan Muslim 2819 dan 2820)

Firman Allah di dalam Al-Quran tentang Solat Sunat Tahajud.

Firman Allah:
Al-Isra' 17-79
Dan daripada sebahagian malam bertahjudlah kami sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. 
Firman-Nya lagi:
Wahai orang yang berselimut (Muhammad)! Bangunlah (untuk solat Tahajud) pada malam hari, kecuali pada sebahagiannya (tidak sepenuh malam), Iaitu separuh daripadanya atau kurangkan sedikit dari separuh itu, Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan “Tartil”.

Waktu Melakukan Solat  Sunat Tahajud

Waktu solat sunat tahajud adalah selepas solat isyak dan selepas bangun daripada tidur. Yang bermaksud kita tidur selepas isyak dan bangun pada pukul 3 pagi (atau sebelum) hingga sebelum masuk waktu subuh. Waktu paling utama melakukan solat sunat tahajud adalah pada waktu sahur iaitu pada akhir malam. Jika anda hendak bersahur, bolehlah diawalkan sedikit solat sunat tahajud anda untuk memberi ruang untuk bersahur.

 

Cara Melakukan Solat  Sunat Tahajud

1. Lafaz niat

Maksudnya: Sahaja aku solat sunat tahajud dua rakaat kerana Allah Ta’ala.

2. Bacaan Surah Lazim.

Bacaan selepas surah al-Fatihah tidak ditetapkan. Anda boleh membaca sebarang surah yang diingini.

 

3. Berapakah Jumlah rakaat Solat Sunat tahajud?

Jumlah rakaat tidak dihadkan dan mengikut kemampuan anda sendiri. Sekurang-kurangnya dilakukan sebanyak 2 rakaat. Yang penting adalah istiqamah bukannya bilangan rakaatnya.

Rasulullah SAW telah bersabda,:

“Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit.” 

 (Riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah.)

Kelebihan waktu Solat Sunat Tahajud 

Pada waktu ini, anda sangat digalakkan untuk banyakkan berdoa, berzikir dan membaca al-Quran.

Seorang Sahabat bertanya kepada Nabi Muhammad S.A.W. tentang waktu manakah doa paling didengari-Nya? Lalu Baginda bersabda:

waktu-doa-mustajab-Malaya-Journal

Doa selepas Solat Sunat Tahajud

Dan selepas selesai solat sunat tahajud, anda digalakkan membaca doa di bawah. Tetapi jika anda ingin berdoa dengan doa anda yang tersendiri pun boleh. Doa di bawah bukanlah wajib.

bacaan-doa-solat-sunat-tahajud

Maksudnya:

“Ya Allah bagi-Mu segala pujian, Engkaulah Pencipta semua langit dan bumi serta segala yang terdapat di dalamnya. Bagi Engkau segala pujian,Engkaulah yang menerangi semua langit dan bumi dan orang-orang yang berada di dalamnya. bagi Engkau segala pujian, Engkaulah yang benar dan janji Engkau adalah benar, syurga adalah benar dan neraka adalah benar, para nabi Engkau adalah benar, Muhammad SAW adalah benar, dan hari kiamat adalah benar. Ya Allah kepada-Mulah aku serahkan diriku, dan kepada-Mu aku beriman, kepada-Mulah aku bertawakal dan kepada Mu aku bertaubat. Dan dengan pertolongan-Mulah aku menentang, dan kepada-Mu aku berhukum. Ya Allah ampunilah dosa-dosaku yang terdahulu dan terkemudian,dosa yang tersembunyi dan yang nyata dan dosa yang hanya Engkau sahaja yang mengetahui. Engkaulah Tuhan yang terdahulu (yang tiada permulaan) dan yang terakhir (yang tiada kesudahan), tiada tuhan kecuali Engkau dan tiada daya upaya kecuali dengan pertolongan Engkau.”

Alhamdulillah, selesai sudah penjelasan tentang solat sunat tahajud.marilah kita sama-sama menghidupkan malam sebagai tanda syukur kita kepada Allah Ta’ala. Dua rakaat pun sudah mencukupi. Dan jika anda masih tidak memahami akan perkara di atas, jangan malu, jangan segan, anda boleh comment di bawah untuk bertanya apa-apa soalan yang berkaitan.

Comments

comments

Related Post

Kempen Cepat Kaya Dunia Akhirat ﷽   “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ”   ...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.