Rukun, Sunat dan Cara Menyempurnakan Wuduk

Cara-Mengambil-Wuduk-dengan-Sempurna-Malaya-Journal

الحمد لله رب العالمين، وصلى الله وسلم وبارك على عبده ورسوله، نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين، وبعد

Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana,

Bab cara berwuduk atau cara ambil air sembahyang merupakan di antara tajuk yang hangat dibincangkan. Disebabkan itu, saya akan menjelaskan dengan semudah mungkin agar anda mudah faham dan mengamalkannya. Kesemua ilmu ini telah diambil daripada kuliah syarahan Mastika Hadis Jilid 2 yang diadakan di Masjid Negara dan disampaikan oleh Dr Abdul Basit.

Disebabkan, penjelasan atau syarahan Dr Abdul Basit yang agak panjang iaitu 1 jam 37 minit. Saya dengan rendah diri menulis rumusan berdasarkan ilmu yang didapati daripada syarahan kuliah beliau. Kesemua ini hanyalah kesimpulan atau isi-isi penting daripada kuliah tersebut. Selain itu, anda juga boleh jadikan penulisan saya ini sebagai teks bacaan semasa mendengar kuliah tersebut jika tidak mempunyai buku seperti kebanyakan mereka yang mendengar secara live.

Pertama sekali saya akan menjelaskan makna wuduk dari segi bahasa (lughah) dan istilah. Kemudian saya akan mengongsikan rukun wuduk, sunat berwuduk, syarat wajib wuduk, perkara yang membatalkan wuduk, perkara yang diharamkan bagi orang yang tidak berwudu’, perkara makruh ketika berwudu’ dan diakhiri dengan cara mengambil wuduk dengan sempurna. Penutupnya pula, saya akan tutup dengan bacaan doa yang disunatkan baca selepas selesai berwuduk. Semoga dipermudahkan. Insya Allah.



Makna Wuduk.

  • Dari segi bahasa: Cantik, indah dan bercahaya. Iaitu untuk memberi cahaya kepada muka kita.
  • Dari segi istilah : Suatu perbuatan menggunakan air.

 

Rukun Wuduk.

Terdapat enam rukun wuduk. Iaitu dua rukun kering (rukun 1 dan 6) dan dua rukun basah (2 hingga 4).

  • Niat wudhu: Iaitu untuk membezakan jenis ibadah yang dilakukan.
  • Membasuh muka: Tempat tumbuh rambut hingga ke dagu dan paras telinga kanan hingga ke paras telinga kiri serta melebihkan sedikit.
  • Membasuh tangan meliputi kedua siku.
  • Menyapu sebahagian kepala.
  • Menyapu kedua kaki meliputi kedua buku lali serta melebihkan sedikit.
  • Tertib: Iaitu menurut susunan yang disebut dalam al-Quran.

 

Sunat  Wuduk.

  • Basuh kedua tapak tangan.
  • Berkumur-kumur.
  • Masukkan air ke dalam hidung.
  • Menyapu air keseluruh kepala.
  • Basuh kedua telinga (dalam dan luar).
  • Mendahulukan yang kanan.
  • Gosok di celah jari tangan, kaki dan janggut jika panjang.
  • Mengulangi 3 kali perbuatan.
  • Berturut-turut: Iaitu bersambung dari awal sampai akhir tanpa bertangguh.



Syarat-Syarat Wajib Wuduk.

  • Islam.
  • Mumayyiz: Boleh bezakan yang baik dan buruk.
  • Suci daripada haid dan nifas.
  • Jangan ada sesuatu benda pada anggota yang boleh mengubah air seperti gincu dan mekap.
  • Jangan ada sesuatu yang boleh menghalang air daripada terkena kulit seperti titisan lilin dan sisik ikan.
  • Mengetahui mana yang sunat dan mana yang wajib.
  • Jangan iktikad mana-mana perkara yang fardhu itu sunat.
  • Air yang diambil wuduk itu suci.

 

Perkara yang Membatalkan Wuduk.

  • Keluar segala sesuatu daripada antara dua jalan kemaluan kecuali air mani. Tetapi jika keluar air mani wajib mandi.
  • Hilang akal disebabkan tidur,mabuk, pengsan. Tidur disini bermaksud tidur yang tidak tetap punggung.
  • Bersentuhan kulit lelaki dan perempuan yang bukan mahram (mazhab syafie’ sahaja)
  • Hadas kecil atau besar.
  • Makan daging unta (hanya untuk mazhab hambali).

 

Perkara yang diharamkan bagi orang yang berhadas kecil.

  • Solat Fardhu atau solat sunat.
  • Sujud Tilawah atau sujud syukur.
  • Tawaf.
  • Menyentuh mushaf al-Quran: Al-Quran di dalam henset dikecualikan.

 

Perkara makruh ketika berwuduk.

  • Curah air yang berlebihan.
  • Kurang basuh dengan tiga kali dengan sengaja tanpa sebab.
  • Berborak ketika mengambil wuduk.

 

Cara mengambil wuduk dengan sempurna.

  • Mulakan membasuh kedua tapak tangan dengan bacaan bismillah.
  • Berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung sebanyak 3 kali.
  • Niat serentak bersama membasuh muka dalam hati.
  • Membasuh muka tiga kali daripada atas hingga ke bawah sembil membersihkan kelopak mata. Jika ada celak perlu hilangkannya terlebih dahulu.
  • Kemudian, basuh tangan daripada hujung jari hingga ke siku dan lebihkan sedikit sebanyak tiga kali.
  • Menyapu seluruh kepala sebanyak tiga kali.
  • Menyapu dalam dan luar telinga sebanyak 3 kali.
  • Membasuh kaki kanan dari hujung jari hingga meliputi buku lali dan bahagian atasnya sedikit sebanyak tiga kali. Kemudian ulang pada kaki kiri pula. Gosokkan di celah-celah jari dan pastikan tumit yang terlipat kulitnya mengenai air wuduk tersebut.
  • Tertib.



Video Cara Mengambil Wuduk Dengan Betul.

 

Doa selepas wuduk.

Doa selepas wuduk ini adalah daripada hadith yang shahih. Jadi, marilah kita sama-sama amalkannya. Hadithnya seperti di bawah:

Uqbah telah menceritakan daripada Umar bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda: Tidaklah salah seorang di antara kalian berwuduk lalu menyempurnakan wuduknya, kemudian dia berkata, “Asyhadu al laa ilaaha illAllah wahdahu laa syarikalah, wa asyhadu anna Muhammadan ‘Abdahu wa rasulluh” ( Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba dan utusanNya.” melainkan akan dibuka pintu syurga yang lapan untuknya. Dia masuk dari pintu manapun yang dia kehendaki.

(Shahih Muslim)

doa-lepas-wuduk-Malaya-Journal
                   Doa Selepas Wuduk

 

Sebagai penutup kata, segala kekurangan daripada penulisan dia atas datangnya daripada saya dan yang baik itu datang daripada Allah S.W.T. Saya juga ingin meminta maaf jika ada yang tersinggung disebabkan kesalahan saya itu. Semoga kita semua tergolong dalam kalangan orang yang diberi syafaat oleh Rasulullah S.A.W. Selamat beramal semua.

Wallahu’alam.

Comments

comments




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.