Cara Efektif Meninggalkan Maksiat Menurut Al-Quran dan Hadith

Jom-Tinggalkan-Maksiat-Dan-Bersegera-Bertaubat-Malaya-Journal

Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarga Baginda serta para sahabat Baginda selepasnya.

Sebelum ini saya sudah menerangkan beberapa cara tentang meninggalkan maksiat seperti mengenangkan azab-azab Allah, kesan maksiat kepada pelaku maksiat  dan 5 cara mudah meninggalkan maksiat. Namun, cara di atas agak kurang praktikal kerana hanya bermain dengan mental dan iman kita sahaja. Jika, Iman kita tidak kuat, maka bisikan syaitan dan dorongan hawa nafsu akan mengatasi iman tersebut.

Jadi,  cara-cara di bawah telah diajarkan oleh saya oleh Ustaz Adi Hidayat  untuk dijadikan sebagai cara paling efektik untuk meninggalkan maksiat berdasarkan dalil Al-Quran dan Hadis yang sahih.

 



Ingatlah Bahawa Kita akan Mati Suatu Hari Nanti.

Tetapi yang lebih penting untuk diingatkan adalah kita tidak tahu bila kita akan mati. Dan ini adalah cara yang terbaik sekali kerana peringatan bahawa kita mati pada bila-bila masa adalah daripada Allah SWT sendiri. Sebagaimana Firman Allah:

A185

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

(A-li’Imraan 3:185)

Malah, Allah SWT juga mengingatkan kita di ayat di atas, bahawa kesenagan dunia ini hanyalah sementara dan bagi orang yang terpedaya sahaja.  Tetapi, kalau ayat di atas pun masih tak cukup buat anda semua,  Allah SWT juga ada mengingatkan akan kematian kita dalam surah yang lain:

A034

Maksudnya:  Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan.

(Al-A’raaf 7:34)



Menurut Ustaz Adi Hidayat, tempoh yang dimaksudkan itu adalah ajal kematian kita di dunia ini. Iaitu suatu yang tidak ada seorang manusia pun boleh campur tangan dan tidak ada manusia yang boleh melambatkan atau mempercepatkannya.

Oleh itu, kita sebagai seorang Muslim yang mempercayai Qada’ dan Qadar Allah hanya perlu mempersiapkan diri dengan melakukan ibadah kepada Allah SWT. Bukannya hidup dengan melakukan pelbagai maksiat. Demi Allah, orang-orang beriman hanya perlu beribadah kepada Allah, istiqomah dengan amalan tersebut dan hanya tunggu mati sahaja. Kemudian, Insya Allah segala Janji Allah akan didapatkannya selama-mana amalan dia diterima oleh-Nya.

 

Bayangkan kita Mati ketika melakukan Maksiat.

Firman Allah Ta’ala:

A008

Oleh itu (berpegang teguhlah pada ajaran Islam yang sedang engkau amalkan, dan) janganlah engkau menurut kemahuan orang-orang yang mendustakan (agama Allah).

(Al-Qalam 68:8)

Ayat dia atas menerangkan, kita hanya perlu istiqomah dan tingkatkan amal ibadah kita. Kerana orang beriman hanya menunggu ajal tiba sahaja. Sebab kita tahu kematian adalah pintu untuk kita ke syurga Allah. Tetapi jika hidup kita hanya dipenuhi dengan maksiat, adakah kita akan ke syurga Allah? Jawapannya sukar sekali kerana Allah itu Maha Adil.



Justeru, pastikan kita bertaubat dengan taubat nasuha dan tinggalkanlah maksiat tersebut. Di samping itu, jangan risau walaupun dosa anda sebanyak buih di lautan sekalipun, Allah pasti akan mengampun kita semua selagi kita tidak syirik kepada Allah SWT. Sebagaimana Firman-Nya:

A017

Sesungguhnya taubat kepada Allah itu hanya(layak) bagi orang-orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan, kemudian mereka segera bertaubat, Taubat mereka itulah yang diterima Allah; dan Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

(An-Nisaa’ 4:17)

Selain itu, jangan sesekali menangguh taubat kerana apabila nyawa sudah dikerongkong, taubat kita sudah tidak lagi diterima Allah sebagaimana Allah tidak menerima taubat Firaun di zaman Nabi Musa. Tapi kalau malas juga nak bertaubat, ada 2 trick senang.

Trick pertama, jangan buat maksiat kalau malas nak bertaubat dan trick kedua adalah setiap kali anda nak buat maksiat, bayangkan jika nyawa anda ditarik pada ketika itu juga.  Fikirkanlah, adakah anda semua akan mati dalam keadaan taat kepada perintah Allah jika mati ketika melakukan maksiat? Jawapannya, sudah tentu tidak. Sudah Faham Sekarang? Kalau dah faham jom amalkannya. Saya sendiri sudah try, dan berkesan sekali dengan izin Allah. Selamat mencuba. Bertaubatlah sebelum terlambat.



Firman Allah Ta’ala:

A018

Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang-orang yang selalu melakukan kejahatan, hingga apabila salah seorang dari mereka hampir mati, berkatalah ia: “Sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini,” (sedang taubatnya itu sudah terlambat), dan (demikian juga halnya) orang-orang yang mati sedang mereka tetap kafir. Orang-orang yang demikian, Kami telah sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

(An-Nisaa’ 4:18)

 

 

Berpuasalah Untuk Menahan Nafsu.

Cara yang terakhir ini pula adalah berdasarkamn hadis sahih daripada Nabi SAW. Hadisnya adalah seperti di bawah:

Rasulullah SAW bersabda, bermaksud: “Wahai golongan pemuda! Sesiapa yang berkemampuan untuk al-baah maka hendaklah dia berkahwin kerana sesungguhnya perkahwinan itu lebih menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu penghalang baginya (daripada syahwat).” –

(Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi, Nasai, Abu Daud, Ibn Majah).



Tapi hari apa nak puasa ye? Saya cadangkan anda semua berpuasa sunat pada isnin dan khamis kerana banyak fadhilatnya. Dr Abu Anas Madani akan menerangkan fadhilatnya di video di bawah:

 

 

Kesimpulan.

Hawa nafsu dan bisikan syaitan bukanlah suatu yang mudah untuk dikalahkan. Justeru, ramai orang Islam yang tewas dan melakukan maksiat disebabkan hal ini. Kerana , Rasulullah s.a.w. pernah bersabda setelah pulang dari perang Badar .”Kita telah pulang dari jihad yang kecil (peperangan) dan kita menuju kepada jihad yang lebih besar. Para sahabat berkata: Apakah jihad yang lebih besar? Rasulullah s.a.w. bersabda: Jihad menentang hawa nafsu”. Selamat beramal semua. Semoga kita sentiasa dijaga oleh Allah SWT daripada melakukan maksiat.

Wallahua`lam.

Comments

comments

Related Post

Kesan Melakukan Maksiat Pada Diri Kita ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...
Kelebihan dan Pentingnya Ingat Mati Pada hari Jumaat (15/9/2017) yang lalu, seperti biasa saya pergi ke kuliah maghrib tetapi kali ini ada keistimewaannya yang tersendiri. Dan saya rasa ...
Kempen Cepat Kaya Dunia Akhirat ﷽   “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ”   ...
Solat Sunat Taubat ﷽ الحمد لله رب العالمين، وصلى الله وسلم وبارك على عبده ورسوله، نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين، وبعد Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana,...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.