Cara Sebenar Solat Atas Kerusi

Solat-Atas-Kerusi-Malaya-Journal

Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarga Baginda serta para sahabat Baginda selepasnya.

Masalah solat atas kerusi pada tahun lepas agak viral disebabkan video yang disebarkan di Facebook. Jadi, walaupun Admin agak lambat, bab ini tetap akan Admin bahaskan kerana bab ini penting sekali. Kadang-kadang kita kan sakit dan tak mampu untuk solat berdiri. Admin pun pernah exciden moto dan nak sujud memang tak boleh sebab lutut dua-dua luka teruk.

Perbahasan kali ini, Admin akan ringkaskan dalam bentuk sola jawab dan point sahaja. Mari kita baca dan amalkan satu persatu soal jawab di bawah.



 

Wajib Berdiri Sekiranya Mampu Ketika Solat Fardhu.

Hal ini kerana qiyam atau berdiri tegak merupakan rukun dalam solat fardhu lima waktu. Dan tanpa rukun tidak sah sesuatu ibadah itu. Sebagai contoh, kalau anda sakit pinggang sehingga tidak boleh nak rukuk atau sujud tetapi masih boleh berdiri, maka wajib anda berdiri semasa mengangkat takbir ketika solat fardhu.

Kalau nak duduk time rukuk dan sujud baru boleh. Tapi kalau dia terus duduk padahal masih mampu berdiri maka tak sah solat fardhunya. Tapi, kalan jalan pun atas kerusi roda dan memang tak boleh jalan langsung, baru diberikan keuzuran untuk tidak qiyam.

Untuk solat sunat pula tak kisah. Sebab Nabi SAW pernah solat sunat di atas kenderaan (unta). So, jumhur ulamak berpendapat rukun qiyam ketika solat hanya untuk solat fardhu lima waktu. Solat sunat nak solat duduk pun boleh sama ada sakit atau tidak. Cuma kalau tak sakit tapi solat duduk juga, pahala kurang sikit jela. Solat masih sah.



 

Duduk Atas Kerusi atau Lantai?

Syarak membenarkan seseorang itu solat secara duduk jika tidak mampu berdiri. Tetapi lebih utama jika dia duduk di atas lantai daripada menggunakan kerusi. Kalau tak mampu baru guna kerusi. So nak tahu mampu tak mampu kena try la duduk atas lantai dahulu bukan terus guna kerusi.

 

Tunduk ketika Rukuk dan Sujud.

Jika anda duduk di atas kerusi, pastikan anda tunduk untuk sujud melebihi kadar anda tunduk untuk rukuk. Dan lagi elok, jika anda tunduk ketika sujud sampai bawah aras punggung jika berkemampuan kerana sujud adalah suatu perbuatan yang meletakkan kepala di bawah aras punggung.

Namun, sekiranya anda solat di atas kerusi dan mampu untuk rukuk atau sujud seperti biasa, maka hendaklah dia melakukannya. Dan kat sini ada beza sikit, kalau anda mampu rukuk tetapi tak mampu sujud seperti biasa, kena rukuk secara duduk kerana dikhuatiri rukuk anda lebih rendah daripada sujud. Untuk penjelasan lebih mendalam sila dengar video di bawah:

 

Kesimpulannya.

Syarat dia senang je bagi mereka yang nak solat duduk ini. Kalau solat sunat ikut sukalah nak solat duduk atau berdiri. Tapi kalau solat fardhu lima waktu, perbuatan yang kita tak mampu buat sahaja baru kita boleh mendapat keuzuran. Syaratnya kena try dahululah berdiri, rukuk dan sujud seperti biasa. Kalau rasa sakit dan memang tak larat barulah anda boleh solat secara duduk. Yang penting kita kena ada ilmu untuk untuk diamalkan, bukan amalkan sesuatu mengikut suka sahaja.  Tak tahu mesti belajar atau tanya orang yang tahu.



Sebagai penutup, jika anda mahu dalil-dalil dan penerangan yang lebih lanjut tentang pelbagai hukum solat di atas kerusi, saya cadangkan anda baca sendiri  bayan linnas tentang hukum solat atas kerusi yang ditulis oleh Mufti Wilayah atau tonton sendiri penerangan video pendek di bawah. hal ini mereka lebih hebat daripada Admin pada bab ini. Admin hanya menyampaikan daripada mereka semua. Segala dalil dan penerangan juga akan diterangkan dengan mudah untuk difahami.

 

Wallahua`lam.

Comments

comments




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.