China One Child Policy Telah Dibubarkan

Republic-Of-China-Malaya-Journal

Korang tahu tak pasal China One Child policy ni? Kalau tak tahu, meh nak cerita sikit. China One Child policy ini basically setiap keluarga hanya boleh ada satu anak je. Dua anak tak boleh. JIika dapat dua anak, mereka akan dikenakan tindakan oleh kerajaan China. So jangan main-main policy ini. “This is a law not a suggestion” kepada seluruh rakyat China Republik.

Malah, jika anda rakyat China dan mengadung anak kedua, anda akan disaman oleh kerajaan. Jika tidak mampu untuk membayarnya, anda akan dipaksa untuk melakukan “abortion” atau “sterilization” untuk memastikan rakyat China Republik ada seorang anak sahaja.

 

Tujuan utama atau alasan kerajaan China buat one child policy adalah untuk mengawal populasi penduduk yang terlalu ramai. Sekiranya rakyat mereka mempunyai anak-anak lebih daripada seorang, populasi negara mereka akan menjadi tidak terkawal. So, diorang buatlah China One Child Policy ini walaupun extreme sangat. Habis cerita.

Sedih jugak sebenarnya orang-orang China ini sebab anak-anak diorang tak akan pernah rasa kasih sayang adik beradik. Dan bila diorang dah besar dan dah kahwin, anak-anak diorang pulak tak akan pernah rasa kasih sayang seorang pakcik atau makcik. Sebab ibubapa takde adib beradik. Dahsyat jugak sebenarnya china one chlid policy ini.

Dan yang paling Admin pelik, setahu Admin ni, kalau Raya Cina nanti mesti orang Cina selalu makan besar, tapi family sikit jela. Tak macam makan besar sangatlah kalau macam tu. Tapi lain ceritanya di Malaysia, orang-orang cina boleh makan ramai-ramai kerana mereka ada anak-anak yang ramai. So orang-orang Cina yang tinggal di Malaysia patut bersyukur sangat-sangat sebab dah berhijrah di Malaysia.

Walau bagaimanapun, setelah bertahun-tahun China mengamalkan one child policy ini. Masalah baru yang besar pula telah timbul, iaitu masalah gender yang tidak seimbang. Orang lelaki China telah melebihi orang perempuan China sebanyak 33 juta. Jadi, kebanyakan orang cina ini tidak mempunyai pasangan masing-masing disebabkan China one child policy.

 

Disebabkan itu, “China Two child policy” telah diaktifkan oleh kerajaan setelah membubarkan china one child policy. Berdasarkan masalah di atas apa yang anda semua faham? Jawapannya senang sahaja, Republik China memansuhkan china one child policy bukan disebabkan “human rights” tapi sebab kacau “dating game” diorang.

Masalah besar yang kedua timbul pula adalah kerana masyarakat orang-orang tua terlampau banyak di China dan orang-orang muda pula kekurangan. So, orang-orang tua ni takde anak-anak yang boleh tolong kalau ada masalah. Sebab anak diorang satu je. Kalau anak tu pergi kerja,  terpaksalah orang tua itu menggagahkan diri mereka menjaga dirinya. Kesian Diorang.

 

Akhir sekali lepas dah activate the new two child policy , diorang buat kempen sikit takut diorang tak tahu. Boleh tengok video tu kat bawah. Yang peliknya, video tu dalam bahasa Inggeris tapi orang yang dengar video tu kebanyakannya tak faham bahasa inggeris.

 

Wallahua`lam.

P.S. Bersyukurlah yang ada adik-beradik ramai dan tak nak gaduh-gaduh dah tau. Minta maaf dan maafkan sementara mereka masih hidup.

Comments

comments




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.