4 Sebab Mengapa Cinta Dunia Sangat Merbahaya

Penyakit-Cinta-Dunia-Malaya-Journal

Telah banyak ayat al-Quran menceritakan akan keburukan cinta dunia, memperingatkan manusia supaya menjauhinya dan sekaligus menyeru manusia memburu Akhirat bukannya dunia.

Firman Allah:

“Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.”

(Al-Hadid 57: 20)

Berdasarkan ayat di atas, Allah Ta’ala telah berFirman  untuk memperingatkan kita akan kesenangan di dunia ini hanyalah bagi orang-orang yang terpedaya. Persoalannya, adakah kita salah seorang daripada kalangan orang-orang yang terpedaya itu? Jika anda tanya saya, sudah tentulah saya salah seorang daripada mereka.

Namun, selepas Dr Mohd Ali Saripan mengingatkan saya semasa kuliah maghrib di Masjid Jamek Ar-Rahimiah, saya telah sedar dan cuba meninggalkan dunia ini secara perlahan-perlahan. Saya kurangkan mengharapkan dan memburu sesuatu yang tidak pasti saya akan dapat semasa hidup ini. Saya “train”  diri saya supaya bersyukur dengan apa yang diberikan Allah kepada saya. Sifat ini dipanggil qanaah (artikel seterusnya) dan saya sedang berlatih menghidupkan sifat ini di dalam diri saya. Saya berharap anda pun begitu juga. InsyaAllah.

 

4 kesan cintakan dunia.

1. Manusia akan sering lalai.

Abu Musa Al-Ashari berkata: Telah bersabda Rasulullah S.A.W:

” Siapa lebih menyukai dunianya, dia meremehkan Akhiratnya. Siapa lebih menyukai Akhiratnya,tentulah meremehkan dunianya.Pentingkan yang kekal di atas yang fana”

Itulah pesan Baginda terhadap kita tetapi mengapa kita masih lagi tegila-gilakan dunia yang fana dan sementara ini? Jadi sepetutnya kita sama-sama berhentilah memburu dunia ini. Cukuplah mencari keperluan hidup sahaja.

 

2. Sumber kepada kesalahan.

Sabda Rasulullah S.A.W:

“Cinta dunia sumber kepada kesalahan”

Hal ini kerana apabila kita terlalu cintakan dunia sudah semestinya kita akan sering terlupa untuk mengingati Allah Ta’ala. Sedangkan Allah menciptakan kita tidak lain dan tidak bukan hanya untuk mengabdikan diri kepada Allah. Sebagaimana Firman Allah:

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku.

(Az-Zariyat 51: 56)

3. Mereka Ibarat orang yang tidak berakal.

Sabda Rasulullah S.A.W.

“Dunia ini rumah orang yang tidak ada rumah,kekayaan orang yang tidak ada harta, yang mengumpulkannya hanyalah orang yang tidak berakal, yang merebutnya hanyalah orang yang tidak berilmu, yang mendengkinya adalah orang yang tidak faham (pada agama) dan yang menguasahakannya hanyalah orang yang tidak punya keyakinan”

Akibatnya, orang yang memburu dunia ini terleka dengan dunia yang fana ini sedangkan mereka mengetahui mati adalah pada bila-bila masa. Namun, mereka tidak mengendahkannya. Adakah itu tanda orang-orang yang berakal? Sudah tentu tidak.

4. Kemungkinan besar mereka akan ke neraka.

Kerana Rasulullah S.A.W. telah bersabda:

“Pada hari Kiamat, dikumpulkan beberapa kaum. Amal mereka sebesar gunung Tuhamah. Mereka diperintahkan masuk neraka.” Mereka bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah mereka solat?” Rasulullah berkata, “Benar, mereka solat,puasa,bahkan bangun malam untuk beribadah tetapi apabila terlihat dunia, lantas mereka berpaut padanya”

Sangat menakutkan point keempat ini. Kecut perut saya dibuatnya kerana saya sering begini. Jadi, saya rasa marilah kita sama-sama beristighfar, minta ampun, bertaubat dan berdoa agar kita tidak tergolong daripada golongan yang disebut di hadith di atas. Aamin.

Ini adalah sebahagian kesan-kesan akan seseorang yang terlalu cinta akan dunia yang bersifat sementara ini. Ingatlah, dunia ini dicipta sebagai tempat persinggahan dan tempat beribadat. Tempat kenikmatan yang sebenar sudah tentunya syurga Allah.

Kesemua point di atas saya ringkaskan dari terjemahan Mukshafah Al-Qulub karangan Imam Al-Ghazali. Semoga point di atas dapat memberi manfaat dan peringatan bagi saya dan anda semua.

Juga peringtan daripada Saidina Ali r.a dalam khutbahnya,

“Jangan engkau gementar oleh kemanisan dan kepahitan dunia. Dia akan hancur. Jangan terpaut oleh gemerlapan dan kenikmatan dunia kerana ia akan lenyap. Sungguh aku hairan kepada pemburu dunia, sedang mati tengah memburunya. Ia masih lalai, padahal mati tidak pernah melupakannya”.

Sebagai akhir kalam, jika kamu yakin akan kebaikan dan keburukan Akhirat seperti keyakinan kamu terhadap dunia, tentu kamu lebih suka mencari Akhirat. Kerana akan lebih menolong urusanmu. Jika kamu mencari sebahagian dunia untuk masa depan kamu, kamu akan sibukkan diri mencari sesuatu yang mungkin tidak kamu dapatkan.

Sabda Rasulullah S.A.W tentang dunia:

“Jangan engkau sibukkan hatimu mengingati dunia”

Apatah lagi memburunya.

 

Rujukan:

Penenang Jiwa (Pengubatan & Rawatan), Terjemahan Mukasyaf Al-Qulub (Karangan Imam Al-Ghazali), Muhammad Qadirunnur, terbitan thinker’s publisher, cetakan kelapan belas, 2015, hal. 141-156

Comments

comments

Related Post

Orang-orang Yang Paling Rugi Di Dunia ﷽ Segala Puji bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana, Hari ini kita akan bincangkan siapakah dia orang-orang yang paling rugi itu? Iaitu orang-oran...
Husnul Khotimah: Pengalaman Seorang Doktor Pakar ﷽ الحمد لله رب العالمين، وصلى الله وسلم وبارك على عبده ورسوله، نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين، وبعد Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana,...
4 Tips Menepis Fitnah Dunia Akhir Zaman. ﷽ Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan Sekelian Alam. Selawat dan Salam untuk Rasulullah S.A.W. dan Tiada Nabi lagi selepasnya, Pembawa Rahmat Keselur...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.