Ciri-Ciri Pemimpin Dalam Islam

3-Ciri-Utama-Pemimpin-Dalam-Islam-Malaya-Journal

Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarga Baginda serta para sahabat Baginda selepasnya.

Memandangkan Pilihan Raya semakin hampir, penulis berasa terpanggil untuk menjelaskan ciri-ciri pemimpin dalam Islam pada artikel kali ini. Dan penulis berharap anda semua dapat manfaatkan ciri-ciri pemimpin ini untuk digunakan semasa mengundi nanti. Ingat, setiap satu undi sangatlah bernilai dalam terutamanya jika menggunakan sistem pemilihan secara demokrasi ini.

Seperti yang anda semua, ketua adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan dalam kehidupan seharian kita. Setiap kali kita pergi ke tempat kerja, tempat belajar dan sebagainya. Pasti akan ada ketua atau pemimpin yang diberi kuasa untuk mentadbir kawasan tersebut.

Justeru, dengan kehadiran PRU kali ke-14 ini, penulis mengambil peluang untuk menyebarkan ilmu tentang ciri-ciri pemimpin dalam Islam berdasarkan al-Quran bukannya pengalaman semata-mata. Dan kisah ini diambil melalui kisah Zulkarnain dalam surah al-Kahfi yang menceritakan tentang bagaimana beliau mentadbir seluruh dunia dengan adil sekali dengan izin Allah SWT.



Penulisan kali ini lebih kepada ciri-ciri pemimpin dalam Islam yang boleh dijadikan sebagai alat untuk mengukur calon wakil rakyat di kawasan anda. Dengan erti kata lain, jika mereka mempunyai ciri-ciri tersebut, maka dialah yang terbaik untuk dijadikan pemimpin anda semua. Tidak mengira bangsa atau pun parti politik.

 

Ciri-ciri pemimpin Dalam Islam.

1. Pemimpin yang adil dan teliti.

Firman Allah Ta’ala:

A086

Maksudnya: Sehingga apabila ia sampai ke daerah matahari terbenam, ia mendapatinya terbenam di sebuah matair yang hitam berlumpur, dan ia dapati di sisinya satu kaum (yang kufur ingkar). Kami berfirman (dengan mengilhamkan kepadanya): “Wahai Zulkarnain! Pilihlah sama ada engkau hendak menyeksa mereka atau engkau bertindak secara baik terhadap mereka“.

(Al-Kahfi 18:86)

Berdasarkan ayat di atas, Ustaz Ihsan Fadhli  telah menerangkan kepada penulis bagaimana Zulkarnain memainkan peranan penting dalam menunjukkan sikap yang adil terhadap rakyatnya. Buktinya, ayat di atas menjelaskan bahawa Zulkarnain telah menyelidik dahulu sebelum menghukum orang-orang yang bersalah. Dan melalui penyiasatan itulah, beliau mendapati bahawa bukan semua rakyatnya di kawasan itu yang bersalah (penyebab matair berlumpur). Jadi,  Zulkarnain hanya menghukum yang bersalah sahaja.



 

2. Pemimpin yang memahami rakyatnya.

Firmal Allah Ta’ala:

A093

Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan.

(Al-Kahfi 18:93)

Ayat di atas memberitahu bahawa walaupun Zulkarnain sukar untuk memahami bahasa kaum tersebut, beliau tidak pula menghiraukan mereka kerana tidak memahami bahasa mereka.

Kemudian, Allah Ta’ala berfirman lagi:

A094

Mereka berkata: “wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?”

(Al-Kahfi 18:94)

Dan setelah memahami permasalahan kaum tersebut yang meminta dibina tembok untuk menghalang kaum  Yakjuj dan Makjuj, beliau bersetuju dan tidak meminta sebarang bayaran pun daripada mereka.

Firman Allah Ta’ala:

A095

Dia menjawab: “(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.

(Al-Kahfi 18:95)



Tiga dalil di atas menjelaskan bahawa Zulkarnain bersungguh-sungguh untuk mendengar masalah rakyatnya di suatu tempat yang terpencil walaupun sangat sukar untuk difahami bahasa mereka. Yang bermakna, pemimpin  haruslah mendengar masalah rakyatnya walaupun ada masalah komunikasi. Lebih-lebih di zaman moden ini.

Namun, itu baru 50% sahaja, kerana pemimpin perlu menyelesaikan masalah tersebut berdasarkan apa yang dimahukan oleh rakyatnya. Sebab kadang-kadang pemimpin sering kali salah faham dengan permasalahan rakyatnya.

Sebagai contoh, Ustaz Ihsan Fadhli ada menceritakan kepada saya bahawa di masa dahulu, persatuan teksi pernah meminta kepada wakil rakyatnya supaya tidak memberikan monopoli lesen teksi kepada syarikat tertentu sahaja. Dan jawapan wakil rakyat itu pula adalah dengan memberikan tayar percuma kepada setiap pemandu teksi. Lain yang diminta, lain yang diberi. Jadi, pemimpin yang anda pilih seharusnya mampu menyelesaikan masalah anda bertepatan dengan solusi yang anda inginkan.

 

3. Pemimpin yang tidak bongkak.

Firman Allah Ta’ala:

A098

(Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: “Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar”.

(Al-Kahfi 18:98)

Ayat di atas menerangkan betapa tawaduknya Zulkarnain ini. Hal ini kerana,  selepas membuat tembok yang berjaya menghalang kaum yakjuj dan makjuj. Zulkarnain mengatakan bahawa tembok itu adalah rahmat daripada Allah SWT dan bukan dibina dengan kekuasaannya. Sedikit pun beliau tidak mengambil bahagian untuk mengaku bahawa dia telah membina tembok tersebut walaupun dialah yang menjadi pemimpin untuk menjayakan projek membina tembok tersebut.

Ciri ketiga pemimpin dalam Islam ini sangatlah penting kerana manusia sering kali lalai dan alpa apabila diberi pangkat atau harta. Tidak kiralah sama ada tok lebai atau tidak, dua-dua tewas juga kadang-kadang.



Kesimpulannya.

Pesanan ikhlas akan 3 ciri pemimpin dalam Islam ini ditulis khusus kepada bakal pengundi di Malaysia supaya anda semua dapat memilih pemimpin yang terbaik sebagai  wakil anda. Dan juga jangan lupa untuk solat sunat istikharah sebelum mengundi supaya Allah SWT memberi panduan kepada kita untuk memilih wakil rakyat yang

Wallahua`lam.

Comments

comments




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.