Ciri Orang Baik Menurut Pandangan Islam

Ciri-Utama-Orang-Baik-Menurut-Islam-Malaya-Journal

Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan Sekelian Alam. Selawat dan Salam untuk Rasulullah S.A.W. dan Tiada Nabi lagi selepasnya, Pembawa Rahmat Keseluruh Alam.

Setiap orang yang sedang membaca artikel ini sudah tentu mahu menjadi orang baik. Tetapi, persoalannya bagaimanakah hendak mengetahui bahawa kita sudah menjadi orang baik atau tidak? Maksud baik saya di sini pula bukannya baik disisi manusia tetapi baik disisi Allah S.W.T.



Jawapannya mudah sahaja kerana sudah disampaikan oleh Rasulullah SAW tetapi yang susahnya adalah untuk melakukannya. Dalilnya seperti di bawah:

 قَالَ حُمَيْدُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ سَمِعْتُ مُعَاوِيَةَ، خَطِيبًا يَقُولُ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ: ‏
…‏ مَنْ يُرِدِ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ

“Barangsiapa dikehendaki Allah (mendapat) kebaikan, maka akan dipahamkan ia dalam (masalah) agama.”

(Shahih Bukhari No.71)

Berdasarkan hadith di atas, Ustaz Adi Hidayat menerangkan kepada saya bahawa, berdasarkan kehendak Allah S.W.T., ciri utama orang baik  itu adalah dia akan difahamkan urusan agamanya. Iaitu agama Islam. Dengan erti kata lain, orang baik itu akan dapat membezakan di antara yang hak dan batil. Dia tidak akan terkeliru dengan agamanya kerana Allah S.W.T. telah memberikannya kefahaman dalam agama Islam.

Justeru, hadith di atas menunjukkan sifat orang baik itu terletak pada kefahaman ilmu agamanya bukan pada harta, gaji dan pangkat. Tetapi, ketiga-tiga perkara inilah yang kita terkejar-kejar termasuk juga penulis sendiri. Sebagai langkah pencegahan, marilah kita menuntut ilmu sebanyak mungkin untuk mendapatkan kefahaman ilmu agama dan seterusnya Insya Allah akan menjadi orang baik. Cara yang terbaik sudah pastilah dengan menghadiri majlis-majlis ilmu di masjid. Kemudian, berdoalah agar Allah menjadikan kita sebagai salah seorang yang mempunyai kefahaman dalam agama-Nya. Rupanya-rupanya sangatlah besar peranan menuntut ilmu agama ini.

Walaubagaimanapun, sayangnya, manusia sekarang lebih mementingkan harta, kedudukan dan pangkat. Ini menyebabkan mereka sukar untuk pergi ke masjid menuntut ilmu agama. Dan ini merupakan salah satu sebab saya menulis blog ini sebenarnya. Saya ingin mengingatkan kepada anda semua akan kepentingan menuntut ilmu al-Quran dan Hadith. Di samping itu, saya mahu mengajak anda bersama-sama mengimarahkan rumah-rumah Allah. Boleh kata, blog saya ini merupakan salah cara saya berdakwah menyampaikan ajaran Islam.

Saya juga sedar yang ia tidak akan cukup untuk mengajar anda semua tentang ilmu agama kerana kekurangan pemahaman saya sendiri. Tetapi anda faham atau tidak bukanlah kerja saya kerana kefahaman itu diberikan oleh Allah. Kita sebagai hamba hanya perlu fokuskan kepada usaha sahaja. Disebabkan itu, saya akan terus share segala ilmu yang saya pelajari di kuliah-kuliah agama supaya anda semua akan bertambah rasa rugi jika ketinggalannya mempelajari tentangnya. Harapan saya hanya dua, iaitu agar anda semua lebih bersemangat untuk datang solat berjemaah di masjid dan menghadiri kuliah-kuliah agama.

Jadi, mari kita muhasabah diri kita, apakah sebenarnya punca utama kita malas untuk mempelajari ilmu agama dan seterusnya menjauhkan kita daripada menjadi orang baik? Jom kita listkan senarai-senarai punca:

  1. Terlampau mengejar dunia.
  2. Sentiasa kalah dengan nafsu.
  3. Masih muda lagi.
  4. Ibubapa pun tak pergi dan tak pernah ajak.

Di atas merupakan di antara sebab-sebab yang saya dapat fikirkan. Sebenarnya ada banyak lagi tapi malas nak tulis semuanya. Jadi sekiranya salah satu daripada punca di atas pernah berlaku dalam diri anda, maka anda lebih kurang sahaja denga penulis. Kerana penulis sendiri pernah mengalaminya dan alhamdulillah penulis dapat melawannya dengan izin Allah.

Tetapi jika kita benar-benar mahu untuk menjadi orang baik, berjaya di dunia dan mendapat syurga di akhirat. Kita perlu membuktikannya dengan amalan ibadah kita. Kata-kata dan semangat ingin masuk syurga semata-mata tidak akan dapat membantu anda.

Malah, jika nak dibandingkan dengan orang-orang yang sering belajar di masjid, ada yang tua, ada yang muda, ada yang kaya dan ada juga yang hidup sederhana sahaja. Yang penting mereka masih ke masjid. Jadi persoalannya, mengapa kebanyakan kita jadikan alasan sibuk bekerja atau masih muda untuk tidak ke masjid?

Di sini saya hendak tekankan, orang-orang mudalah yang sepatutnya lebih ramai mengimarahkan masjid kerana mereka adalah warisan bangsa. Bak kata para ustaz, kebanyakan orang-orang ke masjid ini umur sudah mencecah 60 dan 70 series je. Yang 20 dan 30 series pula sibuk mengejar dunia. Walhal, mereka inilah yang akan menjadi pejuang-pejuang Islam di masa akan datang.

Tambahan pula, masjid dan surau sekarang ini sudah kebanyakannya mempunyai sistem penghawa dingin yang canggih dan siap ada makan malam lagi selepas solat isyak. Masjid pun lawa-lawa dan tandas pun bersih. Kalau macam ini pun kita masih datang masjid untuk solat jumaat sahaja, apa lagi yang ajk-ajk masjid perlu buat untuk ajak kita datang? Padahal, kesemua fasiliti yang berada di masjid tersebut adalah percuma dan tak perlu bayar apa-apa pun. Takde rasa malu ke? Sedih juga sebenarnya apabila menulis bab orang muda malas ke masjid ini.

Lebih teruk lagi, orang-orang muda kalau pergi futsal, melancong luar negara, naik basikal berpuluh-puluh kilometer, menonton cerita korea atau mendaki gunung tinggi-tinggi laju je turut serta. Tapi kalau bab datang ke masjid, punyalah susah. Padahal mereka inilah yang harus memperbanyakkan mendalami ilmu al-Quran dan Hadith. Namun, hidup akhir zaman tidaklah semudah itu, ramai yang tewas dengan fitnah dajjal dan sedikit sekali golongan pemuda seperti ini di masjid.



Akibatnya, inilah punca utama orang-orang kafir tidak takut untuk memijak dan menindas orang-orang Islam di serata dunia. Mereka sudah tidak takut lagi kepada orang-orang Islam kerana kita hilang rasa takut kepada Allah S.W.T. Nauzubillah. Akhir kalam, saya tekankan jom mengaji ilmu agama dan menjadi orang baik agar kita sama-sama dapat menegakkan dan mengembalikan zaman kegemilangan agama Islam.

Wallahua`lam.

Comments

comments

Related Post

Akhlak Mulia Adalah Hasil Yang Terbaik ﷽ Segala Puji bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana, Input-input pada kali ini saya dapatkan daripada kuliah subuh yang disampaikan oleh Prof. Dr....
Siapakah dia Mukmin Yang Sejati? ﷽ Segala Puji Bagi Allah dengan sebenar-benar pujian, selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk, Nabi Muhammad SAW, dan juga ke atas ahli keluarg...



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Never Miss A Post

 

Masukkan Email Anda Untuk Elakkan Anda Daripada Terlepas

Membaca Post Terbaru Malaya Journal

Thank You!

Welcome To Malaya Journal Family.